Minggu ni merupakan minggu 'killer' dalam sejarah aku bekerja di toooooooooooooot. Sejak Sabtu minggu lepas, hari-hari ada breakdown. Sejak 3 hari lepas, balik sampai rumah dalam 2 pagi. Tertekannya aku..........
Hari yang paling teruk, kelmarin la. Aku merasa kejap 'kerusi panas' pegawai aku, bila member aku yang senior (merangkap tugas pegawai) cuti kecemasan. Masya-Allah, aku rasa baik aku jadi kuli aja dari aku jadi bos! Punyalah tension bila tak sampai 30 minit, handset aku berbunyi, ada ja problem yang sampai. Tapi paling sempoi, kes breakdown di Taman Lip Sin di mana 3 hari diperlukan untuk recover balik service streamyx kat area tu. Bayangkan, 3 hari!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! Balik pukul 2 tiap-tiap hari, macam nak gila. Nasib baik hari ni, vendor dah sampai walaupun dibayar untuk settlekan masalah yang memang aku tak dapat solve tu. Berbaloi jugak diaorang datang, rupa-rupanya, ada multiple problem kat equipment tu, patutla aku ngan senior-senior aku tak dapat solve. Adoila, yang pasti, nama aku dah sedikit tercemar sebab pasal aku, 3 Assistant Request dikeluarkan kepada vendor untuk solve problem dimana dari 3 AR tersebut, 1 AR ditarik balik sebab at last aku berjaya jugak solve problem yang berlaku pada sebuah equipment yang dah berusia hampir 10 tahun tu.
Disebabkan masalah-masalah kerja yang bertimbun, aku tak dapat online selama seminggu. Huhuhuhu... Jadi tadi aku kemas la balik bilik aku yang tak well-maintained ni dan susun balik semua harta-harta aku yang aku sayang ni. Dan sekarang, susah betul aku nak rip semua ni disebabkan komitmen aku untuk kerja dah semakin meningkat, dan secara automatiknya, aku kena terus bekerja untuk survive, kahwin, beli kereta, nak sara anak, nak beli rumah dan nak beli gitar baru. Wakakakakakakkkakaka hampeh betul aku neh.
Abis jer keja, aku sempat pegi PC Fair di PISA, penang, sempat la sambar CD Wallet untuk simpan CD-CD aku dengan rapi, maka, semua cover-cover CD dapatlah disimpan dengan rapi agar semua leaflet dalamnya tidak terusik. Hehehehehheh. Aku malas nak kira balik semua yang aku ada, sebab kalau aku kira balik, hampeh..... Memang menyesal la tengok angka RM29.90 boleh mencecah beribu-ribu lemon dan boleh buat downpayment 10% kereta Persona takpun gitar RG Series yang baru. (takpun duit kenduri kahwin aku). Esok, plan aku adalah nak jumpak ehem-ehem memandangkan dah 2 minggu aku ignore dia sebab sibuk ngan keja dan aku nak pi PISA sekali lagi untuk beli printer untuk kakak aku. Lepas tu aku pun tatau nak pegi mana. Ada tak tempat yang takleh mengabihkan duit? Suggest kat aku!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...
No comments:
Post a Comment