Saturday, April 18, 2009

PC Fair @ Penang 2009


Tahun ni, berlangsung lagi buat kesekelian kalinya PC Fair di Penang. Dan aku pun buat kesekian kalinya berjaya mengosongkan poket aku untuk berbelanja di sini. Dalam zaman gawat-gawat pun, ramai jugak orang yang datang. Semalam hari Jumaat, boleh tahan la orang yang datang.. Tapi hari ni hari Sabtu, orang.. Punyalah ramai tak hengat.

Kali ni, untuk kali ke tiga, aku membeli lagi LCD Monitor.

Cuma kali ni advance sikit. BenQ 22" Full HD 1080. Tapi bukan aku punya LCD, ayah aku yang punya. Aku tolong beli aja. LCD yang lama tu dah arwah sebab kucing kencing (bukan yang kes aku haritu). RM540.00 dan setahun lagi aku cuma dapat tahan geram saja tengok harga LCD makin jatuh dan murah.

Ingat lagi harga dulu-dulu. Samsung 17" punya harga RM1250.00, Sekarang? Teramatlah murah. Rasa macam nak nangis...


Beg LENOVO. Tapi malangnya LENOVO Thinkpad takder kat dalam. Huhuhu impian aku tu nak ada LENOVO. Tapi takde notebook pun, ada beg pun jadilah.

Aku beli semata-mata nak ganti beg yang sedang mengisi Dell Latitude D630 yang sedang aku pakai sekarang. Beg ni ciplak jer ni, tapi ok lah.. Bukan aku nak pakai beg pergi hiking pun. Jadi, bolehla setakat nak isi notebook. RM Fat-Fat holiau dia bagi kat aku harganya iaitu RM88.00. (pun lepas ni sakit ati jugak lagi sebulan dua kalau aku tengok kat tempat lain lagi murah).

Adik aku lagi berlagak dari aku, sekali dia bedal Case Logic RM299.00, agak-agak la nak beli beg pun... Aku pun beli cap ayam saja, menandakan aku memang kedekut. Hahahaha.


Boy dan Michael dari Activextreme ni merupakan salah seorang individu sumber rujukan aku terutamanya bila aku nak dapatkan bekalan-bekalan untuk aku overclock PC dulu.

Dulu, company diaorang ni la satu-satunya yang membawa banyak barang high-end untuk Overclocking Purposes di Penang.

Dan secara rasminya, aku adalah salah seorang pelanggan Melayu tetap di kedai diaorang ni. Graphic card yang Boy sedang pegang tu, Saphire ATI HD4890 - antara yang terbaru dalam pasaran. RM999.00 jer. Harga yang hampir sama dengan 6600GT yang aku beli dulu.

Sebab itulah, kalau nak pakai komputer, kita memang takleh merungut tentang harga.
Beli dan pejam mata.
Kalau tak, memang sakit hari terutamanya apabila melibatkan RAM. Pasaran harga RAM memang turun naik. Kadang-kadang murah, dan kadang-kadang mahal tak masuk akal. Dulu, kalau sebut PC Fair, memang jumpa ramai member, tapi kali ni... Kurang. Mungkin semua dah slow sikit bab-bab komputer ni tambahan pula sekarang ni ekonomi macam gawat sikit. (gawat hapanya, semua pakat borong barang macam nak gila!).

Aku cuma terserempak dengan Shazwan ja kali ni. Tu pun dia borong beli CD-R ngan DVD-R (Woi, hang nak buat CD pirate ka? Mai sikit kat aku...)

5 comments:

  1. Wah! dah ada domain sendirik. Aku pun ada pegi PC Fair baru2 ni. Meriah juga. Aku tangkap EEE PC sebiji utk jadi berkerja dgn lebih produktif. Chewah.

    ReplyDelete
  2. Eeeeeeeeeee PC tu! Tak susah ker nak cari spare part MOBO kalau mobo tu kong nanti?

    ReplyDelete
  3. salam bro... leh tlg bagi tau apa model beg lenovo tu?

    beli kat PC fair kedai mana?

    ReplyDelete
  4. @Dark
    tak sure la pulak model apa. Belasah je beli aritu

    ReplyDelete
  5. aisehh... kedai mana bro beli? ingat x?

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...