Hari ni, aku ralat sangat.
Aku terima berita kematian Abang Azmi semalam. Al-Fatihah.
Aku ingat lagi, last sekali aku jumpa dan bersembang dengan dia, ialah tentang rancangan untuk menghidupkan semula kolam ikan di tempat kerja aku. Dulu, Abang Azmi la yang selalu tukar air kolam, cuci kolam sebab water pump kolam dah lama rosak. Jadi aku dengan dia dah berkira-kira nak beli water pump baru untuk kolam tu.
Abang Azmi disahkan menghidapai komplikasi hati, buah pinggang dan jantung secara serentak. Aku terima berita kematiannya sewaktu aku memancing semalam. Jadi, aku rancang nak menziarah keluarganya dengan rakan-rakan sekerja pagi ni.
Tapi pagi tadi, hujan lebat membuatkan aku tersangkut di rumah. Tak berani aku nak bawak motor hujan-hujan atas Penang Bridge sebab dah dua kali aku hampir kemalangan atas jambatan maut tu sewaktu hujan. Tak pasal-pasal kang ada pulak kenduri arwah kat rumah aku.
Al-Fatihah buat abang Azmi Bin Majid, Penyelia Teknik Bahagian Kabel Utama, Zon 1 Bayan Baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jubli Perak Kemenangan
Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...
-
Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...
-
Kenangan aku untuk SPM agak perit sebenarnya. Untuk PMR 1998, kalau tak silap ada 9-11 orang (tak ingat) dapat straight 8A waktu tu di Penan...
-
Entry aku kali ni adalah feedback dari Site Mazlan Hari ni lepas kursus, abang Jasni ajak pi try Mee Udang yang diwar-warkan dalam Majalah 3...
al-Fatihah~
ReplyDelete