Aku menerima berita yang amat mengejutkan pagi ni daripada Zul. Cukup mengejutkan.
"Salam. Ingin dimaklumkan sahabat kita, ijan @ roshizal presiden Sayap2Wings kembali ke rahmatullah 7.30pg td. alfatihah."
Aku tergamam ketika membaca sms tu. Biar betul Zul ni!!!!? Aku telefon Zul, tapi tak dapat. Aku call pulak Zan, kedengaran bunyi sibuk... Ya, Zan berada di hospital, arwah masih di sana untuk dibawa pulang ke rumah. Katanya, sesak nafas...
Aku terkedu lagi. Baru dua-tiga hari lepas rasanya aku bercakap dengan arwah. Arwah menjemput dengan bersungguh-sungguh untuk aku tumpang tidur di rumahnya, sebab sama-sama nak pergi ke Konsert Search 1 Ogos 2009 nanti. Aku menolak pada mulanya kerana takut menyusahkan. Tapi arwah berkeras dan aku setuju.
Sekarang, dengan persiapan Search yang nampak kelam kabut dan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan 'konsert penghargaan' mereka tu di Bukit Kiara, niat aku tu terus terpadam untuk ke sana kerana aku telah kehilangan seorang sahabat, yang berdedikasi terutamanya melibatkan Sayap-Sayap Wings. Ya, aku tidak akan pergi ke Konsert Search nanti, muktamad.
Hari ini, aku kehilangan seorang lagi sahabat, presiden dan seorang otai rock.
Roshizal Bin Ibrahim (aka carvedijan, ijan)
19 July 1974 - 25 June 2009
Alfatihah. Rest In Peace Bro Ijan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2026 Fun Walk
Event ni sebenarnya anjuran tadika anak aku yang bongsu. Isteri yang daftarkan. Cuma aku tak sangka dia akan register terus satu keluarga ke...
-
Laporan Kutujukan Khas Untuk Ayahanda Tercinta: Abu Bakar Bin Ahmad , serta Seluruh Bikers Malaysia Semoga Kita Memperoleh Manfaat Dari Cata...
-
Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan me...
-
Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...

mmg tak sangka..tp kuasa Allah Dia Maha Mengetahui.
ReplyDeletealfatihah
ReplyDelete