Tuesday, August 4, 2009

Rock N Retro Sinar.fm



Macam ku kenal... Botak dan gitar pun macam aku punya... Tapi jauh panggang dari api la kalau nak dibandingkan dengan legend yang dikenali sebagai Iron Maiden Singapore ni.



Dengan himpunan orang awam, daripada baby sampailah ke Pak Lebai (kompom aku tak tipu), kebanjiran manusia tak dapat dinafikan lagi.



Keriangan yang terpancar setelah lama tidak membuat open show... Ditambah pulak dengan penghargaan daripada peminat yang menghadiahkan EP berharga kepada beliau.. Iaitu EP album bapanya yang mereka sendiri tiada, mampu membuatkan wanita bersuara power ini menangis terharu.



Dengan himpunan otai-otai yang tidak perlu diperkenalkan lagi, bisa membuatkan rockers utara terubat gundah gulana merasa peluh meleleh acapkali konsert menjelma, dan mampu membuatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik berjoget sekali.



Kehadiran insan-insan boroi semestinya... Menghangitkan suasana!!! Har Har Har....

Sebenarnya, aku dah tak tahu hujung pangkal macam mana nak cerita konsert Rock N Retro Sinar.FM ni. Suasana free concert ni lain sikit daripada Tapak Pesta Sungai Nibong. Mungkin keluasan tempat ni menjadikan.... Mungkin 12-15 ribu manusia membanjiri Tapak Ekspo ni untuk mengimbas kembali nostalgia zaman Rock dan Pop yang begitu gah sedikit masa dahulu.



Kehadiran MAY yang bertenaga persembahannya amat dinantikan. Asyik sekali mendengar gorengan-gorengan gitar dari Abu yang mampu menghangitkan setiap ayam goreng yang dijual dengan rentak dan tune yang sama dalam album, mendapat pujian ramai daripada juri-juri proffessional yang tak bertauliah. Mus seperti biasa, berjaya mengawal crowd. Dan setiap kali nama MUS dilaungkan... Aku pun dengan perasannya menyahut.



Rusty Blade.
Tak mampu aku nak review panjang-panjang pasal legend ni. Apa yang aku boleh katakan. Konsert ni... Dah jadi MACAM DEPA YANG PUNYA!!! SERIUS WA CAKAP SAMA LU!!. Dengan langsuir headbang sekali atas stage sewaktu Langsuir Liar dimainkan, penonton histeria.. Sehinggalah lagu yang sepatutnya terakhir dimainkan iaitu Pertama Dan Terakhir.. Dengan lautan manusia melaung untuk encore, Yantzen tak menghampakan peminat dengan.. membelasah beberapa lagi lagi termasuk Ikrar Perwira. Rusty Blade, band of the night!!!



Papa Rock yang cukup sporting dengan peminatnya, adalah satu fenomena kali ni di Penang. Sing Along Kamelia menenggelamkan Fantasia Bulan Madu, di tempat yang sama beberapa bulan lalu. Keputusan kalau ada pertandingan Kamelia Vs Fantasia Bulan Madu.. Adalah seperti Malaysia membelasah Manchester United 4-0. Hahahaha jangan marah aku. Ini kenyataaan.



Sayap-Sayap Wings menerima tempiasnya kali ni. Produk yang dijual, habis setengah dalam masa konsert berlangsung. Dan kesempatan aku menolong dalam menjual official merchandise Wings ni, bertemu pulak aku dengan hardcore dan fanatik Wings yang lain. Lu rasa lu true? Lu hardcore? Then... Lu sanggup hadiahkan gitar kat Guitarist Idola lu? Yeargh!!! Itu kenyataannya. Bro Joe Wings menerima sebuah Ibanez RG370DX Lefthanded yang baru daripada seorang fan-nya, Bro Zul dari Alor Setar. Jadi.. Lu kata lu true hardcore? Lu pikir la sendiri.. Aku pun tak sampai lagi tahap tu, nak beli gitar sendiri pun terketar-ketar!!!! Aku respek habis pada semua Fan-Fan Wings yang lain. Lu semua memang rock kangkang habessssssss!!!!!!

Kesimpulannya.. Pada aku, inilah Free Concert paling berjaya sekali tahun ni. Mengalahkan Sure Heboh yang entah apa-apa!

7 comments:

  1. takda lagi ke gambar ramli ram dan ramlah sarip?

    ReplyDelete
  2. lama aku tak nengok rusty blade atau yantzen solo. untung korang

    ReplyDelete
  3. Bang.. Mintak gmbaq Kumpulan New boyz?

    ReplyDelete
  4. Sing along lagu Kamelia mmg best! Pernah ikut sing along bersama Ramli Sarip di IB satu ketika dahulu. Magikal!

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...