Aku ingatkan bila aku dah terkena pasal kes TV dulu (jika tak ingat, boleh baca kat sini), kemungkinan itu cuma kebetulan kecil saja.
Hari ni, cuti punya pasal, aku dan Nurul keluar la beli barang-barang rumah sikit. Aku jadi driver ja.
Nak dijadikan cerita, makanan kucing ni, selalunya berharga RM13.99. Jadi, Nurul pun amik la macam biasa. Tapi masa dekat-dekat nak balik, check balik dekat resit tu, dah naik harga RM16.99 untuk makanan kucing ni.
Aku yang sememangnya suka cari pasal dari dulu, terus ke Information Counter Giant (Sunway Carnival) untuk tanyakan kenapa jadi macam tu padahal dekat pek tertera dengan jelasnya harga RM13.99. Setelah 2-3 kali berulang ke tempat asal pek tersebut diletak, dengan jelas takde harga dipamerkan (Kesalahan 1: Kementerian Pengguna). Lepas tu, pompuan Info tu suruh salah sorang staff kat situ check harga pek kucing dalam sistem Giant. Dengan confidentnya dia cakap, pek tu harga RM16.99.
Aku, sebagai pengguna. Menggunakan hak pengguna aku - HAK UNTUK BERSUARA.
Aku hentam staff kat situ.
Aku kata, itu korang punya pasal la sistem korang, apesal tak letak display?
Dah menyusahkan orang!!! Bila sticker melekat dengan jelas harga RM13.99, peduli apa aku dengan database korang?
Untuk kali keduanya, staff department Pet Food dipanggil. Kali ni, staff tersebut menyatakan harga di pek ialah harga lama, harga baru ialah RM16.99. Tak sempat label katanya.
Ah, bullshit!
Aku tak nampak sorang pun staff Giant yang re-label balik atau tengah sibuk buat kerja-kerja penukaran harga barang kat situ tadi. Nak menipu lagi?
Aku terus bagi warning; kalau aku bawak kes bodoh harga RM13.99 ni sekalipun, aku confirm menang kat mahkamah.
Hanya permintaan maaf saja yang staff tu bagi.
Untuk kali kedua, aku maafkan walaupun aku rugi. Diaorang ada offer untuk refund, tapi aku dah lambat sangat nak ke tempat lain.
Kesimpulan yang aku tetap nak bagi: GIANT MEMANG PENIPU!
Berhati-hatilah kalau korang nak beli barang kat situ. Baik aku beli kat kedai runcit rumah aku lagi bagus!
Perasaan marah aku membuak-buak bila ada beberapa driver bangang dan aku pun taktau macam mana boleh pass lesen memandu park kereta depan main entrance. Aku nak keluarkan trolley aku pun susah. Nasib baik aku tak bawak pad-lock tadi, aku rasa macam nak lock aja trolley aku kat kereta-kereta yang ada driver bangang tu.
Saja ja aku letak trolley betul-betul sentuh bonet kereta tu. Bangang!! Menyusahkan orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...
ni nampak sangat menipu nye nih!
ReplyDeleteterang terang!..bagus bro! gua sokong!
tapi kalo gua jadi lu,
gua tak park troly kat depan kete
dia..gua park kat atas bonet dia!
bangang tul!
ni nampak sangat menipu nye nih!
ReplyDeleteterang terang!..bagus bro! gua sokong!
tapi kalo gua jadi lu,
gua tak park troly kat depan kete
dia..gua park kat atas bonet dia!
bangang tul!
Padahal Giant tu syarikat Malaysia tu.. Sapa nak jawab ni?
ReplyDeletemmg cam tu..aku pon pernah terkena.. aku ingat kena stby buku kecik ngan kalkulator la kalau nak bli brg..sblm byr kira siap2
ReplyDeleteSabar..sabar.. Tapi patut kena buat aduan kat Kementerian ni.. Kot-kot boleh saman 1 juta ke...
ReplyDeleteambik price tag tu letak kat kete yg parking depan entrance tu kasi jual terus.. ni semua kes menzalimi orang nih... buat report best ni bro!
ReplyDeleteNampak sgt pekerja Giant tu mengular, tak letak harga baru.
ReplyDeleteaku sokong pasal ko sanggup bersemuka, kalo aku pun, mungkin aku just shrug it off dan tak beli kat sana lagik.
ReplyDeletethanks for sharing this info
ekau nie mmg la semangat pendekar halilintar!salute!!!!
ReplyDeletenampaknya hang pun jenis baran menyirap darah (mcm aku) jugak naa...
ReplyDelete@ijau,
ReplyDeletesekali sekala