Seperti manusia-manusia lain yang akan menyambut Syawal, aku tak terkecuali untuk membuat persediaan yang paling malas dan last minit. Mengenangkan bilikku syurgaku yang dah berzaman tak berkemas, langkah pertama telah dimulakan tadi.
Poster ni dah outdated. Bercadang nak buang. Tapi sayang giler. Keputusan yang paling baik, esok bawak ke opis untuk digantung dan diberi kepada member yang betul-betul gila kereta. Owh, yang nak digantung kat opis ialah poster kalendar Malaysian Cub Prix. Boss gua mesti bengkak gila lar...
Section yang aku taktau dah nak kemas macam mana. KIV dulu. Harap custom pedalcase jer besar, stompbox cuma ada 3 bijik dan sampai sekarang aku cuma boleh main lagu Cak-Cak Lempung saja. Belum ada peningkatan, tapi gua ingat pesan Steve Vai kat gua dulu masa dia tumpang tido kat bilik gua. Dia kata "you must practice, practice and practice". Tapi gua kata, "Haiya, me spik no English!"
Ni lagi satu hal. Tak sangka pulak fishing gear aku dah bertingkat-tingkat. Hahahhaha, kalau kemelesatan ekonomi tahap serius nanti, nelayan sepenuh masa adalah target gua. Persediaan jer nih. Raket dah 2 tahun gantung sebab asyik dok kalah dengan Lin dan saja. Nanti bila dah terurus hidup sikit, akan start aktif balik.
Erm, semua rak dan bahan-bahan berkaitan muzik, vcd, dvd, LP, magazines dan segala mak-nenek yang berkaitan dengannya aku dah letak luar bilik aku. Bersepah gila. Kompom kak ipar aku bising esok. Nanti la aku pikir macam mana nak susun benda-benda ni. Nampak gaya, kena invest beli rak buku satu neh.
Future rocking section yang aku sendiri tengah pikir macam mana nak letak. 4 dah siap. ada lagi 4 poster aku tak siap frame lagi. macam mana yerk nak letak. Hrm...
Tempat penyejuk mata aku selama ini. Tengah fikir nak sambar lagi 2 atau 3 wall stand untuk gantung benda ni. Dah dekat setahun aku gantung gitar-gitar ni dan takder masa langsung nak 120% practice. Sibuk giler. Aku bukan born-gifted guitarist, jadik.... memang slow learner sikit. Harap-harap bro Sham Kobra dapat terima balik aku belajar dengan dia, insya-Allah lepas exam aku start kelas balik dengan dia. Garang siot dia tu, asyik kena ketuk jer jari aku bila fingering tak betul.
Lapang sikit, dengan penaja premium berada di sisi. Hahahahahahha~
Wait seminit.. Apa kaitan kemas bilik dengan Raya? Hampes... Esok kena tolong mak aku kemas rumah pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGSUIR MELAYU MYSTIC PENINSULAR TOUR
Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...
-
Gambar: Kadir Chan Pada 14 Julai 2024 yang lepas, dengan satu keputusan luar jangka yang isteri sendiri tak sempat hadam apa benda yang aku...
-
Pengumuman Green Day beberapa hari lepas untuk sidang konsert di Indonesia pada awal tahun 2025 membuka persoalan adakah mereka akan turut m...
-
Hari pertama perjalanan aku ke Thailand adalah pada Jumaat, 5 Julai 2024. Pertama kali melalui sempadan Wang Kelian-Wang Prachan...
Awal lagi nak raya tu!! minggu depan buleh le kemas....
ReplyDeletesila dapatkan seorang isteri..nescaya bilik anda akan sentiasa berkemas...huhuhu..
ReplyDeletepaling penat nak kemas bilik huhuhu sam ala ngan bilik aku..bersepah cd kdg bila nak carik tak jumpa.
ReplyDeleteMus, hang punya amp dekat2 sama la dengan aku punya... tapi aku punya dia tulis 'PRINCE' hang punya 'PARK' kan? kertas biru tu pun sama.. haha.. best2..
ReplyDeleteaku stuju ngan cdngn en.berteromber tu.
ReplyDeletesekali steve vai pnh tido situ daa...
ReplyDeletehuhu....
blh thn bilik tuh.rock!
@skid
ReplyDeleteha'ah, betul jugak
@berteromber
duit belum cukup... nak tambah gadget dulu. kuikuikui
@matakucing
setuju. Pernah hilang satu EP CD, 4 tahun baru jumpak balik. Kaset Dookie pernah hilang 4 tahun, rupa2nya dok ada baik punya dalam tape deck. 3 tahun duduk dalam tape deck. hahahaha
@Sham
Betul! @0 markah. Park Scorpion Pro 25W. Kalau Marshall 25W may RM650++
@Takilala
nak sambar gitar dulu lagi sebijik. heheheh
@abang besi
hahahahha. Barang ko aku dah pos petang tadi. Insya-Allah esok atau lusa sampai. Pos Ekspress
Aku pun baru cadang nak uplaod gambar bilik aku sebelum kemas ni. Ingat weekend ni nak buat operasi. Tapi..aku sendiri tak sampai hati nak tengok bilik aku sekarang..huhuhu
ReplyDeleteTunggu aku kemas la gamaknya baru amik gambar..hahaha
normal lah man's cave macam ni,
ReplyDelete(Man's cave - merujuk pada filem "I love you, Man"...karektor utama tu peminat RUSH! bilik dia mak datuk libang libu siap drum set sebijik)
Mus pasang skali aircond + wall paper kat dinding..
ReplyDelete