Monday, January 1, 2024

1st Anniversary Tanpa Vape

Pernah berhenti merokok pada 2011. Dapat la bertahan dalam 3 tahun lepastu lebuh. Puncanya bila breakdown straight sampai 2-3 hari tak balik rumah dan ada di site dengan geng-geng yang merokok. Terjebak kembali selepas 3 tahun dan terasa susah nak berhenti. Kemudian kenal vape dan berkawan dengan Ryu Rain dan Punk (saja takmau tag) dengan niat nak berhenti rokok tembakau. Aku berjaya switch ke 100% vape selama beberapa tahun dan akhirnya dengan kehadiran Nur Izzara, aku bertekad nak stop terus. Aku sendiri pilih tarikh 1 Januari 2023 nak stop dan aku tak bagitau siapa pun termasuk isteri niat aku nak stop. Aku cuma maklumkan bila ditanya.

Harini Alhamdulillah cukup 365 hari aku dah tak hisap vape dan rokok jauh sekali la. Aku memang kena ucapkan terima kasih pada wife sebab bagi semangat untuk berhenti.

2 comments:

  1. tahniah, semoga disiplin berterusan

    aku yang boleh kira hari-hari menganalisis tembakau dan sekali-sekala cecair vape, pendapat aku vape lebih memudaratkan

    syukur aku dapat berhenti merokok ketika mana belum tahap kritikal/tegar tahun 2004 dulu (merokok sejak 1999)

    la ni cuba untuk kawal pemakanan pula terutama pengambilan gula

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...