Apa perasaaan hangpa bila memulakan hidup seperti biasa dan nak bersosial secara maya ni tiba-tiba dapat mesej macam ni?
Untuk yang tak berapa aktif di media sosial mungkin takkan rasa apa-apa tetapi ini adalah kisah hidup aku....
Facebook kena disable tu aku boleh lagi rasa tak panik, tapi dua tiga hari lepas kejadian FB aku kena disable dan dekat opis aku nak check email (Gmail) aku dan dapat mesej yang password aku dah ditukar ni buat muka aku bertukar jadi warna biru!
Ini disebabkan profile email aku yang terlibat ni adalah profile utama dalam banyak-banyak email yang aku ada dengan Gmail ni. Terus jadi masalah besar.
Gambar di atas adalah kronologi yang jadi selepas aku berjaya recover balik akaun Google aku tu. Segala persoalan pasal 2 Factor Authentication memang kantoi habis dan tak valid untuk ditanya bila tengok apabenda si hacker ni buat dekat akaun aku. Suspek utama adalah PC aku dah kena backdoor dan ada keylogger installed dalam tu. Jadi mudah kerja dia untuk teka password aku.
Menambah garam di luka adalah YouTube MamuVinyl aku turut kena disable. Ni betul ibarat jatuh ditimpa tangga kemudian ada benda lain jatuh atas tangga tu kemudian kena pada aku.
Segala kenangan video aku di YouTube sekarang ni habis macam tu saja dan untuk Facebook pulak, segala post dan gambar kenangan sejak 2007-2023 bersamaan 16 tahun lenyap macam tu saja. Terduduk juga aku dibuatnya.
Aku try buat profile FB baru (sebenarnya ada aku buat backup profile, jadi dah ada friend sikit dalam tu) dan try add semula kawan-kawan, tapi nampaknya susah untuk kawan-kawan yang dah level influencer untuk accept bila friendlist mereka dah lebih 5000 orang dan follower sampai tahap berpuluh ribu orang. Senang cerita, feel ada profile FB ni dah tak sama dengan profile asal.
Sekali kena tegur macam ni pulak kan. Terus sel otak berhubung; kalau profile aku dah hilang sebab kena disable pun orang tak perasan dan cari, inikan pula kalau aku mati, lagi orang tak peduli pun sebenarnya kan?