Thursday, February 12, 2009

Kenduri, Memancing dan Garage Gig



Gambar: Aku
Gambar Edited: Nasryzal 'Demonic'

Malam minggu yang lalu, aku berangkat ke Kuala Kangsar pada tengah malam buta untuk menghadiri majlis kenduri di Kuala Kangsar. Tapi, malam sebelum kenduri tu.... Memancing dulu... Hehehehe. Habuk pun tarak!

Selepas selesai majlis kenduri, aku berangkat pula ke Sayong, Kuala Kangsar untuk menghadiri gig sempena ulangtahun www.rockapak.org yang ke-2. Dikhabarkan, telah dirancang untuk diadakan Battle Of The Band pada malam tersebut, tetapi dibatalkan atas faktor permit, tetapi ia telah digantikan dengan gig yang telah mendapat kelulusan Ketua Kampung!!! (hehehehe, macam dalam filem ROCK pulak!!)

Band yang terlibat dengan gig tersebut ialah: (klik sini untuk video)
  • Reunion (Sungai Siput, Perak)
  • The Flangers (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
  • Nazindraloka (Kuala Kangsar, Perak)
  • Cryin Rockers (Kuala Kangsar, Perak)
  • Metallan The King (Kuala Kangsar, Perak)
Yang menariknya tentang gig ni, tiada kelab-kelab mewah ataupun disko ker apa ker sebagai venue, tetapi hanyalah sebuah garaj sahaja. Ya, GARAJ!! Sebijik macam kita dok tengok tv cerita mat saleh tu.... Dan sebijik macam stage-stage dalam gambar-gambar klasik SYJ, Lefthanded, Search dan Wings perform masa zaman kegemilangan rock di Malaysia dulu (rock kapak, rock kangkang, rock klasik, glam rock).

Band yang hadir pun hebat-hebat belaka dalam membawa lagu-lagu tribute seperti REUNION yang mempersembahkan Orang Timur (SYJ) dan Heavy Chain (Loudness). Menarik tentang Reunion ialah gitarisnya ialah bekas gitaris SYJ08.



The Flangers pun boleh tahan hebatnya, semuanya lagu MAY yang dibawak, memang boleh layan kepala, semuanya rancak dan bertenaga. Dalam gig ini juga telah menampilkan Cryin Rockers yang telah mengeluarkan single terbaru mereka untuk edaran di... Kuala Kangsar (kalau nationwide terus kan lagi bagus).




Gambar, aku akan kemaskinikan kemudian...



Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami

Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Meminta lepaskan
Jerangkung dalam almari...

Sunday, February 1, 2009

Dah Lama Tak Memekak

31 Januari 2009 tarikh keramat...

Berbicara tentang gitar, sebenarnya secara rasminya, aku tak pernah berlatih secara serius sejak JUN 2008 memandangkan masa dan waktu kerja yang tidak mengizinkan. Pada minggu ni, banyak kilang member-member aku yang shutdown, cuti panjang la diaorang sempena Tahun Baru Cina.

Entah macam mana, Mizie ajak pergi jamming. Gila ker hapa aku tengah sengkek ni, dia ajak aku pergi jamming pulak!!! Tetapi dengan pantas dia dan Halim cakap diaorang akan payung kos untuk aku. Tapi masalahnya, aku dah lama tak pegang gitar, takkkan terus nak pergi jamming? Tapi diaorang kata, tak kisah...

Aku pantas telefon Shahrul untuk mintak tolong dia record video sessi jamming (sebenarnya tiap kali main atau practice, aku suka rekod untuk tujuan self-revised). Shahrul pulak offer untuk jadi photographer, semata-mata nak test DSLR Canon yang dia baru beli tu. Bun pun datang jugak masa sessi jamming tu, tapi dia blah awal (mungkin tak masuk kepala atau kami main terlampau teruk, wakakakakakaka)

Hasilnya, kami dapat la main dan men'sumbang'kan lagu pada malam 31 Januari 2009, setelah rata-rata semuanya dah lama tak main... Chord salah, tempo out, suara lemak merdu sampai lembu pun boleh pengsan.....

Maka aku namakan senarai lagu-lagu yang kami main. Pandai2 lah cari kat Youtube video sessi jamming kami tu...

1. Lena Dibelit Ular Sawa
2. Lena Dibelit Intan Payung
3. Ku Dalam 8 Dilemma
4. Hidup Berasingan
5. Lupakan Ajelahh...
6. Dendam Cinta Seusia Dah Tua
7. Sketsa Tak Jadi
8. Hati Besi Buruk
9. Cintamu Kembang Semangkuk




Kalau ada yang dapat teka lagu yang kami main tu, korang memang Mat Rock yang tinggi integritinyalah...... Sesuka aku jer rename semua tajuk lagu tu sebab kami memang berjaya men'sumbang'kan tenaga kami untuk sessi jamming kali ni.

Nampak gayanya, memang kami semua kena berlatih balik main, rugi wo kalau tak main....

p/s: Helmi Kobra jenuh gelak tengok kami main...

Monday, January 26, 2009

Happy Chinese New Year

After 2 years not blogging in English, I beg an apology if my entry this time sucks from the term of grammar and spelling. Well, it has passed two years man! (since Mblog)
I take this opportunity to wish to all my Chinese friends a happy and prosperous new year, especially to these persons:
1. Thong Lin Da (Ameera Linda Thong Abdullah) - hey, try to find Mee Bandung or Air Bandung when you and husband arrive at Bandung, hahahahha. Happy honeymoon.
2. Mr Yap, Nokia @ Carrefour Seberang Jaya - Hey man, happy selling. Bila mau naik pangkat?
3. Sam @ Mblog - I've got your Raya message man, dont forget to save my Celcom number. You now is a Captain!!!!! Whoa!!! When you getting married, there's a bunch of soldiers will raise their sword above you and your wife man, thats pretty cool huh?
4. Boy & Michael @ Activextreme Penang - hey guys, wait for me to start overclocking again. Phenom II looks promising.
Well, these persons below are quite special, they are my best buddies in SRK St. Mark Butterworth. I haven't seen them about 13 years now. I hope we can meet again soon (well, I missed the reunion dinner guys because Im working that time, sorry!)
I hope I dont misspelled your surnames.
1. Lim Wu Kheng - Is your face still look like Jackie Chan?
2. Lim Seng Liang - You have make me addict to Dragon Ball comics
3. Ang Chiew Chuan - I heard you open a Kopitiam in Bagan Jermal?
4. Earnest Yeang Kong Meng - Where have you been?
5. Marvin Tham Ma Win - Do you still gila-gila?
6. Khoo Shou Wern - Still study meh?
7. Surannit Sureen Chit - I know you're Siamese, but why I still wishing you a Happy Chinese New year................. And WHY you still wish me back? Hahahhahahahaa

Sunday, January 18, 2009

Orang Bujang Hujung Minggu 2

Mood: letih
Layan: Mutiara (Mutiara), Riyadh (Rantaian Cinta), U-Topia (Jemala Kasih)



Hari ni sebenarnya aku standby, tapi bertindih pulak dengan aktiviti Pemuda UMNO di mana ada satu kejohanan bowling yang diadakan di Megalanes, Megamall Prai. Jadi, aku tiada pilihan melainkan membawa siap-siap notebook dan peralatan yang lain, kot-kot la Operation Center call aku sebab ada breakdown, boleh aku cargas terus ke tempat kerja.




Kejohanan bowling ni, aku masuk suka-suka aja. Dari dulu masuk memang tak pernah menang. Lagipun, member-member semua masuk, jadi sebab nak seronok ngan kawan-kawan, aku pun masuk sekali ajalah..... Kena kutuk jugakla sebab aku sampai bawak backpack kerja pi main bowling, tapi macam mana, dah nama pun kerja makan gaji dan jadi kuli aja pun...



Kami main pun semuanya just for fun aja, seronok-seronok jumpa kawan-kawan. Memang langsung tak serius main, jadi peluang ni lah yang ada untuk try skill Mr. Bean dan macam-macam lagi. Dalam kejohanan tu, seperti jangkaan, Pedi menang No. 1 dan dengan tak disangka-sangka, Latip dapat jugak hamper walaupun No 13!!!




Lepas main bowling, aku, Latip, Pedi, Halim ngan Jan Hayabusa ronda aja sekitar Pacific tu. Teringat jugak zaman-zaman sekolah menengah dulu kerap la ronda-ronda shopping complex ni, bila dah mai tua-tua macam ni, rasa malas dah nak ronda-ronda macam ni. Sampai aja kat Archery Shop ni, kami berlima pun apa lagi, mulalah nak try. RM4.00 aja seorang dengan 12 shots. Hahahahaha macam-macam style punya memanah da... Aim gila-gila tapi anak panah pi merata!! Kalau pi perang memang confirm kena tembak dulu sebelum anak panah masuk dalam bow. Wakakakakak.

Acara ronda-ronda kami pun dihabiskan dengan makan di foodcourt aja sebab boycott McDonalds. Kalau tak, memang kami selalu lepak McD aja pun...

Saturday, January 17, 2009

Bersenam?



Terkangkang!!!! Adoi... Aku ngan Latip dah lama gila tak beriadah sekali terutamanya aku. Hari ni, kami gatal kaki pi berjalan mendaki Bukit Mertajam. Malas nak cerita.. letih.. sempat berjalan sampai aras 2500M dari paras laut aja, lepas tu dua-dua give up. Balik!!!





Last sekali aku naik bukit ni, masa tahun 2007, masa tu aku masih lagi dengan unit radio. Masa tahun 2007, aku memang tangkas naik bukit ni..... sebab aku naik HILUX 4WD, wakakkakakaka... Seram tak hengat punya ibusawat atas tu jangan cakap la, dahla besar, tapi sunyi sepi, memang tempat jin bertendang. Kali ni aku pi, siap ada chalet kat bawah tu. Jadi, sapa yang rajin bersenam, bolehla ke sini selalu.. Aku? Give up!!!! hehehehe

Thursday, January 15, 2009

Dell XPS M1530

Dell XPS M1530 Notebook (S510111MY)
Intel(R) Core(TM)2 Duo Processor T8300 (2.4 GHz, 3MB Cache, 800 MHz FSB)
Genuine Windows Vista(R) Home Premium SP1 32 bit Edition (English)
4GB ( 2 X 2048MB ) Dual Channel DDR2 SDRAM
Dell(TM) Keyboard with Touchpad (English)
256MB NVIDIA(R) GeForce(R) 8600M GT
160GB SATA Hard Drive
Targus USB Wireless Optical Mouse
56K USB MODEM
Optical Drive Internal 8X DVD+/-RW Combination Drive with dual layer write capabilities
Integrated Sound Blaster Audigy ADVANCED HD Audio Software
PalmRest Palmrest with Fingerprint Reader
Wireless Network Card Intel(R) 4965AGN Wireless-N Mini-Card
Bluetooth Module Dell(TM) Wireless 355 Bluetooth Module
Laptop Batteries Carry 1 Year Warranty Only From Invoice Date
Batteries 6-cell Lithium Ion Primary Battery [750-13436]
Belkin Messenger Bag Fits up to 15.4" Screen (Midnight Blue Electric Blue)
Integrated 10/100 Fast Ethernet
1 ExpressCard Slot, (DOES NOT SUPPORT PCMCIA CARDS)
Dell(TM) Media Direct
McAfee(R) Security Center(TM) 30 days trial (English)
Remote Control Dell(TM) Travel Remote Control
Midnight Blue LCD display with Integrated 2.0 mega pixel web cam
TV Tuner & Remote Control TV Tuner with Remote Control
Label (Core 2 Duo & Intel Wireless)
15.4" UltraSharp(TM) Widescreen WSXGA+ (1680x1050) TFT Display with TrueLife(TM)
Software Microsoft(R) Works 9.0 (Does Not Include Microsoft(R) Office 2003/2007 Software)(English)
Power Options 90W AC Adapter
Dell Services: Datasafe Backup Service Dell Online Backup 2GB

----------------------------------------------

Dalam banyak-banyak Desktop yang aku pernah pasang, dan dalam banyak-banyak Laptop yang pernah aku test, pakai dan tolong order, Ini adalah kali pertama aku buat review tentang laptop.

Dulu Dell XPS rata-rata harganya RM6,000.00 ke atas. Tapi sekarang, ia dah dalam paras sederhana iaitu bermula RM3,000.00 ke atas untuk siri XPS 1530 ni. Sebenarnya, laptop ni aku tak sempat lagi try habis-habisan dan semestinya..... Benchmarking dan Torture Test.


Cuma aku akan review dari nilai estetiknya sajalah kot.
Dell XPS1530 ni tak lain dan tak bukan, ayah aku yang punya. Bila baru aja sampai petang tadi, akulah orang yang dipanggilnya untuk membuat self-inspect dan pasang 2-3 benda yang dia tak familiar... contohnya... Kenapa laptop ada REMOTE CONTROL DAN ANTENNA!!!!??



Heheh, sebenarnya, add-on tu aku yang gatai tangan pi order, dan hasilnya, aku pun taktau macam mana nak set sebab tak ada complete manual! Hahahaha. Memang tak sama TV Card untuk laptop ni dengan yang Desktop punya. Kalau yang untuk desktop, kalau tak baca manual pun dah boleh set channel tv tu. Tapi ntah macam mana, TV Tuner untuk Dell XPS ni integrate sekali dengan Windows Vista, dan bermulalah episod panjang untuk aku start study balik tentang benda tu.



Dulu, aku hanya boleh lihat aja Dell XPS sebab dalam tahun 2003-2005, harganya memang la bagak mahal. Kali ni, dah ada dalam tangan, senang sikit nak review. Memandangkan aku belum buat torture test dan benchmarking, mungkin review aku akan sedikit bias dari segi estetiknya. Apa yang nak dikatakan, mengikut mata aku yang rabun ni, memang cun abes daaaa.... Kalau buka laptop ni kat kedai Mamak, memang meletop! (dan kemudian berpotensi menjadi mangsa samun atau pecah cemin kereta).

Saiznya sederhana (yerlah, dah XPS 1530, skrin 15 inci widescreen la..), cuma aku bagi high end terus dekat GFX, maximum setting 256mb dan hasilnya... DVD dan Game screen yang memang ada class. Sound Blaster Audigy Advance HD plak, kalau pakai speaker laptop, memang mengecewakan. Dell Latitude D630 lebih okay bunyinya.

Kesimpulannya,
Setakat blog entry ni ditulis, laptop ni........ WOW!

Sunday, January 11, 2009

Orang Bujang Hujung Minggu


Memandangkan semalam aku dah dapat DVD Player free, aku pun apa lagi, tanpa membuang masa terfikirkan home theatre set yang tersadai sebelah bilik aku ni. Memandangkan abang aku dah ada set baru, set lama ni dah tersadai dekat 3 tahun dah.

Masalah utama ialah ketiadaan televisyen, jadi aku amik LCD Monitor aku sebagai ganti. Masalah kedua pulak timbul, macam mana nak sambung player dengan kabel RGA tu. Apa lagi, mula la kontek kawan-kawan.. Nasib baik Ayie nak tolak TV Box dia, aku pun sambar la, RM50 HUTANGGGG, gaji nanti bayar.

Selepas selesai pasang semua, kepuasan tu memang dapat dirasai. Walaupun monitor aku besar 15 inci aja dan bukan Plasma, janji LCD, hehehe. Lagipun, set orang bujang aja, lepas ni bolehla aku layan puas-puas semua DVD aku, VCD konsert Wings, Search, Rage Against The Machine, Loudness, dan lain-lain termasuk Modern Talking! Kuang kuang kuang....

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...