Friday, May 1, 2009

SEARCH: Soundcheck Seberang Jaya



Selepas sembahyang Jumaat, aku kelam kabut pergi ambik Shahrul. Tempat tujuannya cuma satu; Tapak Ekspo Seberang Jaya. Macam nak pergi perang pulak aku dengan beg-beg tu semua.



Boring betul tunggu lama-lama ni. Apa lagi, pekena la sebatang dua dulu sementara subjek yang dikenalpasti nak sampai.



Sebenarnya, aku dapat tiket eksklusif untuk bertemu SEARCH (backstage pass). Belasah ajalah, sebab tu aku ajak Shahrul.



Yeah!!! Lu rock? Phewiiitttt!! Sound test 1-2-3-4.
Pastu abes.
Sound check paling senang dan yang paling tak sakit kepala. Hehehe, steady la Bro Amy. Bila pulak Armani Exchange sponsor? Ray-Ax dah tak sponsor ker?



Akhirnya, kalau ikut jadual, pukul 4 dah start. Tapi paham-paham ajalah.... Pukul 5 lebih baru la nak nampak muka-muka member SEARCH ni. Terus buat soundcheck. Bro Yazit mendominasi stage. Dekat-dekat sejam jugak dia asyik ketuk drum tu. Antara beat yang sempat aku tangkap ialah intro Kamelia - Sweet Charity.



Ingatkan kami saja audiens yang mengantuk tunggu... Bro Nasir pun sama la ngantuk ngan kami. Hahahahahahaha....



Lepas tu, Bro Nasir apalagi, tak melepaskan peluang la bila turn dia untuk buat soundcheck. Hehehehehehe. Nampak gaya, Isabella dah tentu masuk dalam list dalam konsert esok malam. For sure!!!



Dan yang pastinya, kehadiran bro Din memetik Jackson kali ni betul-betul menarik perhatian audiens. Lagu yang sempat aku tangkap dia test ialah Crazy Train (Ozzy)/Sweet Dreams (Marilyn Manson) - tak pasti.. Hehehehe.



Akhirnya, giliran encik John kita, Hillary Ang pula test power. Macam nak pecah dada ja sebab sound terlampau kuat. Dan yang pastimya, saudara Ayed la yang nak kena check balik semua tu.



Hahahahah, klasik abes gambar ni!!!! Aku macam balik zaman 80-an la!!! Ni salah seorang pemenang Celcom jugak ni. Brader, berapa lu abis duit kat bundle pergi cari spek ngan seluar carrot tu? Heheheh, lu memang rock abes la wa cakap sama lu!!!



Bersama orang di belakang tabir www.muzikrock.com, brader Khys kita. First time jumpa. Selama ni, aku asyik email dia ja. Database musik rock terbesar untuk Malaysia setakat ni selain dari MasterComp. Heheheh...



Huhuhu, brader Din takmo kawan ngan aku la pulak... Takpelah.



Sesungguhnya, hari ni ada kelemahan sikit daripada segi masa. Kalau SEARCH datang awal sikit, dah tentu lebih banyak sessi fotografi boleh dibuat. Dan akhirnya, TIKET EKSKLUSIF aku dah rasa macam tak eksklusif. Tapi ok la, boleh jugak tengok buat soundcheck. Terima kasih pada Celcom untuk bagi backstage pass ni. TQ so much.



Ya...................... Siapa lagi jurugambar rasmi aku hari ni kalau bukan Encik Shahrul kita. Semua gambar dia amik. Biar dia test camera ngan lens baru tu puas-puas. TQ bro!

till then, rock in!!!! \m/ \m/

Akhirnya..


Posted via SE k850i

Aku dan Shahrul dah ada di venue konsert. Sessi eksklusif bersama SEARCH. Masih menunggu bro Kamal dari www.muzikrock.com untuk join sekali.

Wednesday, April 29, 2009

Celcom - Gambar Kemenangan

Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yang asyik tanya aku apa yang aku menang, gambar apa yang aku hantar dan sebagainya.. Aku akan jawab.

Gambar tersebut dihantar untuk pertandingan:

Celcom: I Am Rockstar
Keyword: SEARCH
Availability: WAP Browsing only
Cara: Berikan Video/MMS yang menunjukkan anda dalam aksi rock. (macam poyo jer bunyik)
- amik gambar/video gedik GAYA ROCK ANDA macam aku amik tu..
- lepas tu, send MMS ke 26388 (pakai CELCOM la bai, takkan nak pakai line lain pulak..)
- lepas dapat confirmation la, apa la.. boleh terus ke untuk view gambar korang di MeTV. (bukak browser WAP henfon tu, pastu pergi jer kat homepage, carilah link ke MeTV).

Gambar yang aku hantar tersebut mengandungi beberapa unsur-unsur yang sedikit poyo. Hehehe. Berikut adalah unsur-unsur yang terdapat dalam gambar yang aku bagi tu.


Berambut pendek tak semestinya tak rock, malahan kalau bertopi pun tak semestinya tak rock. James Hetfield pun rambut pendek dan Amy Search pulak botak. Tapi maintain rock abes tak hengat. Jadi takda masalah dari segi rambut. Masalah pada aku cuma satu, memang aku nak botak dah pun. Jadi, aku terima aja ketentuan ini.



Ni saja aku nak tambah. Janggut ni macam-macam pendapat ada. Tapi bukan nak kata la, Janggut aku ni asli kaler oren kalau panjang sikit. Pencelup-pencelup sorry tak pakai. Asli 100% halal dia jadi kaler tu semulajadi. Antara insan-insan yang berjanggut oren sapa lagi kalau bukan Joe Wings.



Gitar dan baju band. Selalu jugak dulu-dulu ramai yang pakai baju Loudness, Iron Maiden dan sebagainya. Tapi aku suka sangat kalau dapat pakai yang dari Malaysia punya. Lebih class dan tak terlampau over. Gitar pulak jangan dicakap la. Instrument Favourite aku. - kredit to bro Kamal muzikrock.com




Kasut Aliph. Barang kemestian seseorang rockers. Susah nak dapat dah sebab rare gila benda ni. Dulu RM45-80 je (purata), sekarang mencecah ratusan ringgit sebab dah jadi collector's items. - Gambar credit to CDgtxx dari rockapak.org




Drug, Sex and Rock and Roll tak dapat dipisahkan. Tapi bukannya kita nak ikut pun sebab kita kan ada hukum agama. Gambar dari klip Alam Barzakh (Wings) - kredit to bro Kamal muzikrock.com





--------------------------------------------------------------------



Inilah gambar kemenangan tersebut:

1. Bertopi sebab botak
2. Perut boroi diselimutkan oleh t-shirt Hukum Karma - Wings!
3. Gitar Dean Dime 'O' Flame pinjam Metallan punya - kapak habes!
4. Seluar jeans buruk bertampal sana sini size jumbo sebab dah boroi. Kalau pakai seluar PVC kang ter'priapppp' pulak...
5. Kasut Nike yang ada iras-iras Aliph.
6. Hisap rokok dah tinggal puntung saja. Tapi sebab camwhore punya pasal, capai gitar dan mintak Nas terus snap satu gambar.
7. Tempat bersejarah, dekat aja dengan menara jam Kuala Kangsar. Hehehehehe.... Paham kan?



Terima kasih kepada semua yang bagi rate kat aku dalam pertandingan tersebut, terima kasih kepada Celcom sebab sponsor hadiah, terima kasih kepada Nas sebab amik gambar, terima kasih kepada Raja Mazlan (Metallan) sebab bagi pinjam gitar dan terima kasih kepada member-member di www.rockapak.org kerana sokongan hangpa semua!!!!



ROCK ON!!!!!! \m/ \m/

Terima Kasih Celcom!



Aku tak tahu berapa ramai Mat Rock lain yang masuk pertandingan MeTV yang dianjurkan oleh Celcom. Tapi yang pasti, aku telah dihubungi oleh Cik Shahida dari Celcom dan mengesahkan aku adalah salah seorang pemenang untuk Pertandingan "I Am Rockstar" Search Di Awan Biru.

Nampaknya, makin panas konsert ni nanti di Seberang Jaya.

Celcom, Terima Kasih!!! Yeehaaaa~

Bro Amy, pinjam tagline sat..
Pheeewitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

Search Di Awan Biru - Merchandise

Aku CARI di TESCO
I've SEARCHED at TESCO

Aku MENCARI di TESCO
Im SEARCHING at TESCO

Cari di TESCO
SEARCH at TESCO

akhirnya.. aku beli benda nih.. Aku merempit balik rumah macam orang gila hilang akal



Yang pastinya...

Tour Updated (18 April 09)

1
Saturday, 2 May 2009
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang


2
Saturday, 9 May 2009
Stadium Tertutup MBJB Johor Bharu

3
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Jengka Maran Pahang

4
Friday, 22 May 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu

5
Friday , 29 May 2009
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Baru cancel!!!! Rujuk sini!!!!

6
Friday , 5 June 2009
Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu

7
Saturday, 27 June 2009
Stadium Perpaduan, Kuching

8
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

Sunday, 12 July 2009
Stadium Likas, Kota Kinabalu - aku tak tipu!!!!! Rujuk sini!!!!!!

10
Saturday, 18 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11
Saturday, 01 August 2009
Stadium Nasional Bukit Jalil, KL

adalah tarikh muktamad sehingga setakat ini.



Setelah konsert di Batu Kawan dulu, aku pulangkan tiket setelah dua kali ditangguhkan. Kali ni aku tanak melepas dah. Sebuah kumpulan Lagenda Rock Malaysia. Inilah kumpulan yang membuatkan aku terus melekat dengan irama rock Melayu. Pengaruhnya begitu kuat. Aku tanak cerita dan membebel panjang-panjang. Ni apa yang aku dah beli.






Ok, sesiapa yang belum tahu. Di setiap tempat penjualan tiket. Semua merchandise ini dijual. Malahan, petang sebelum konsert, akan turut dijual barang-barang memorabilia ni. Dapatkan sebelum terlambat. Printing dilakukan oleh GROUSIEY PRINTHOUSE. Sesiapa yang pernah pakai baju WINGS, dah tentu tahu dengan jenama ni kan? Cuma kali ni, satu perubahan drastik telah dilakukan pada label tag baju tersebut. Semua tag adalah berlabel SEARCH.



Wah, nampaknya cadangan aku dan rakan-rakan di Sayap-Sayap Wings telahpun diterima oleh pihak Grousiey iaitu untuk meletakkan label band di setiap tag baju, dan nampaknya ia telah dimulakan dengan tag label SEARCH. Steadylah!!!

Di sini, dengan ekslusifnya, aku paparkan barang-barang rasmi yang akan dijual nanti (dan sekarang). Terima kasih pada Encik Apoxx Grousiey dan Encik Ijan Sayap-Sayap Wings untuk info ini.


Jadi, siapa nak jumpa aku, insya-Allah bertemu jua kita di Tapak Ekspo Seberang Jaya, 2 May 2009 nanti. Jumpa di sana!!!!!

Monday, April 27, 2009

Layan Kapak Jap



Kahkahkah... Sekali sekala layan kapak apa salahnya....
Dah lama tak pegang gitar, semalam pegang terus rekod.
Sumbang tak hengat....

Friday, April 24, 2009

J. Krust di Kiosk @ Bertam



Diibaratkan hidup macam roda, setelah aku berada di bawah roda pada hari tu, hari ni aku berada di bahagian atas roda pulak. Jadi, bila dah berada di atas roda ni, bukannya nak hingat masa depan kan? Jadi, aku pun hari ni nak berlagak rasa macam orang kaya.

Aku parking sebelah Lancer 2.0GT dengan bangganya tadi. Lancer, lu kena respect lu punya taiko lama, lu punya old big grandfather... Proton Saga 1.5m Megavalve. Hahahahaha!!

Aku malas cari parking jauh-jauh, jadi aku parking betul-betul depan kedai ni.



Alahai, cinonetnya Expresso ni. Celah gigi pun tak lekat...



Tadaaaaaaa, setelah ditambah gula dan creamer Tesco. Inilah Expresso paling mahal aku pernah minum. RM3.80. Baik minum Expresso dalam tin Nescafe tu lagi best.



Hehehe, first time try. Carbonara With Mushroom Chicken. Rasanya marvellous ketika panas berasap. Makan punya makan, makcik Nurul tak lalu dah katanya. Dia kata, kembang tekak makan. Kesimpulannya... Masa panas memang sedap. Bila dah sejuk... Erm, macam makan pizza sejuk. Sesiapa yang tak lalu, memang nampak macam muntah kucing. Hahahahaah. RM8.00-9.00. Aku tak ingat harganya. Macam mana la mat salleh dok makan benda ni hari-hari. Nasik jugak yang sedap.



Aku punya meal hari ni. Lapar sangat-sangat. Bayangkan lunch pukul 5.30 petang. Gila ker apa? Aku banyak kerja hari ni, gunakan cuti sebaik mungkin untuk bayar hutang, beli barang, pergi Celcom tanya pasal bil yang tak masuk akal dan sebagainya. 1/4 Chicken with 2 Sidelines ni berharga RM12.00. Berbaloi, murah sikit dari Kenny Rogers. Aku makan sampai takleh bangun. Owh, serving ni boleh pilih samada nak amik mushroom sauce atau black pepper sauce. Aku amik black pepper.



Semua aktiviti di atas ni terjadi disebabkan trip aku nak memancing 24 jam di Karang 30 dibatalkan atas faktor cuaca kurang elok. Aku dah siap semua barang, siap beli bekal lagi macam tanak balik sebulan. Abang Rahman kempunan nak test set mesin+rod baru, aku kempunan nak jigging... Abang Azzahari lagi kesian, dia dah beli umpan sotong sampai 5 kilo.... Bayangkanlah, aku apply cuti hari ni sebulan lepas.. Tapi, Allah maha berkuasa, cuaca tak elok. Takkan nak gadaikan nyawa demi minat? Baik duduk rumah buat ibadat sikit.

Last-last, semua megi dan satu karton mineral aku sedekah aja kat mak aku. Bolehla aku makan megi hujung bulan nanti time duit aku dah kering. Hehehehe.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...