Sunday, May 17, 2009
Blues Takde Duit
Akhirnya, dua poster ni selamat dibingkaikan. Seperti biasa, menggunakan bingkai yang paling cap ayam di kedai frame. Apa lagi kalau bukan 'frame kotak' - nama yang digunakan oleh pembuat frame untuk refer kepada jenis frame yang tak berbingkai ni. Dua lagenda rock Malaysia yang sememangnya aku minat. Buat masa ni, takder tempat nak display sebab 'workstation' merangkap bilik komputer aku kat rumah masih dalam keadaan tak kemas lagi. Jadi, letak tepi dulu.
Tempat letak tu sekadar nak test saja la... Tak tau lagi nak letak mana. Limited edition Poster Calendar Sayap-Sayap Wings. Skeptikal tentang tahun 2009? Aku tak kisah... Aku ada, korang takder.. Hahahahahaha, selamat dah dalam frame.
Satu lagi valueble piece yang aku ada. Dan berkemungkinan besar akan mengundang kemarahan para guitarist. Pick/Spektrum guitar yang aku bingkaikan!! Aku ada 10 keping, 1 aku amik pakai, 9 aku sumbat masuk dalam frame berbaldu ni. Dah nampak macam anugerah platinum pulak... Maaf yerk kawan-kawan. Aku tau korang mungkin akan marah dengan ayat yang macam ni - "Satu penghinaan besar kepada pemuzik bila benda tu dalam almari, boleh pecah kepala ketar tangan tau!!" - ni ayat Zan Bassist (muakakakak aku ingat lagi ayat ko Zan). Tapi maaflah, pick ni special sangat kat aku sebab ni pick Edrie Hashim sempena pembukaan web Neo Gendang. jadi, tak salah aku kasi frame terus...
Skeptikal yang lagi satu. Naperlah aku buat semua ni dan menghabiskan duit aku? Erm... minat satu hal. Dan, kalau ada rezeki time aku nak pencen nanti, bolehlah kalau aku ada rezeki... Bukak pusat jamming yang ada surau. Masuk waktu solat jer aku off karan suruh semua pi semayang!!!
Saturday, May 16, 2009
XPDC - RASOPARISO
(layan jer, dari Life Records aku amik artkel ni dan gambar)
Komen aku: XPDC, perkataan REUNION korang tu, sama macam kat blog aku punya watermark la... cari la font lain.. Nanti orang kata aku tiru font lu pulak... Har Har Harr. Nantilah, kluar album, aku bagi review personal pulak...
-------------------------------------------
Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu.....bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.
Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik 'Heavy Metal' Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula...BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat 'brutal' mereka.
IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama...inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.
Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.
Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60's / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.
“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.
Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru ini pula ialah:
-Rasopariso (reggae rock)
-Aku Tetap Aku (ballad)
-Aku Yang Hilang (moderate)
-Apalagi Nak Di Kenang (A go-go)
-NtahyeNtahtidak (Moderate)
-Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
-Rasa (ballad)
-Sampai Bila (Heavy Metal)
-Puing Cinta (60's)
-Negatif (Heavy Metal)
-Curahan Rasa (moderate ballad)
-Menentang Arus (moderate ballad)
“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.
Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri dijangkakan untuk menjengah pasarannya sekitar bulan Jun/ Julai 2009. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.
Thursday, May 14, 2009
Hari Paling Berfaedah
Gerak Gerak Gerak Khasss!!!
Wednesday, May 13, 2009
Hari Ni Hari Apa?
Aku sekadar tulis.
Aku masih hidup walaupun duit aku tinggal RM15.40 dalam poket.
Aku rasa, stok Megi aku berlambak lagi kat rumah.
Ya, hari ni adalah hari ulangtahun ke-40 tarikh hari ni.
Aku harap keamanan ini akan kekal.
Amin.
Tuesday, May 12, 2009
Lefthanded & Friends Kembali!!!
Klik gambar tu untuk membaca dengan lebih jelas, dan sebelum bertanya apa-apa pada aku.
Terima kasih pada Zan yang bagi flyer ni pada aku. Sebenarnya, konsert ni aku dah dengar sama naik dengan SEARCH dulu. Cuma malangnya, konsert ni promosinya amat.... lembab!
Lembab bukan bererti slow atau takder terus. Tapi terjemahkan LEMBAB dan LEMPAP. Bunyi dekat-dekat sama kan? Kalau cuaca LEMBAP, ada perasaan sikit ngantuk tak? Hah, lebih kurang macam tu lah yang aku nak maksudkan! Kalau pepatah Melayu; "hidup segan mati tak mahu" punya promosi la terus terang aku kata.
Bro Zul ada ajak aku untuk tengok konsert ni. Best jugak kalau nak layan ni. Tapi 1 hb Jun aku dah nak jadik budak-budak sekolah balik, masuk kem Guantanamao, terpaksa la aku lupakan konsert ni. Tak sempat nak patah balik Penang la bai... Kalau aku ada kereta dan gaji aku at least sebulan RM3000.00, KONPOM (amacam, aku melayukan perkataan PPSMI ni, CONFIRM) pi!!
Jadi, pada "lu orang" yang lu rasa LU ROCK SANGAT BILA LU TENGOK SEARCH, apa kata lu layan Lefthanded pulak? Rock di malaysia bukan SEARCH dan WINGS saja tau, ada banyak lagi.... (sebab ada jugak yang tau Search dan Wings sahaja, sedihnya aku)
Sunday, May 10, 2009
Potret Hidup
Akhirnya, VCD Wings Live in Stadium Negara 1991 aku dah khatam 2 kali hari ni, termasuk dengan sessi tayangan umum di warung paper. Hahahaha, gorengan ikan bawal Joe Wings dalam tv tadi berjaya menarik semua otai-otai lama tengok sekali VCD tu beramai-ramai dalam warung paper yang kecik tu. Aku puas.
Dengar ceritanya, semalam happening gila di Johor Bharu, 'kampung' SEARCH. Cis, kat sana ada encore!! Argh..... Tensen-tensen, aku neh.
Letih aku keja malam semalam. Dah lama tak keja malam.
sibuk aku, akan menjadi lebih sibuk bulan 6 nanti dan ke atas. Aku pun tak dapat bayangkan nanti nak jadi macam mana keadaan hidup aku yang caca-marba neh.
(thanks Shahrul, aku suka gambag ni. Henpon keramat yang amik video soundcheck SEARCH di Seberang Jaya. Lengoh hang tau ka 2 jam dok pegang henpon macam tu. Macam nak patah tengkok)
Wednesday, May 6, 2009
Update dan Promote
V'sion akan ke udara di KL.fm 97.2MHz (erm, kl punya transmission la kot) pada
7 May 2009
8.30 Malam
KL.fm 97.2MHz
untuk satu sessi temuramah.
Jadi, kengkawan yang dapat frekuensi 97.2 KL.fm tu, dengar-dengarlah suara Ramo dan Omma Akiera (ex-guitarist Laksamana) untuk mempromosikan single baru diaorang.
Untuk maklumat tambahan, Ramo dah pernah bersiaran dengan Joe Burnmark untuk mempromosikan single Jasad Liar yang terbaru dulu (tahun ni jugak), tapi dibatalkan atas sebab yang tak pasti.
Baru bersembang dengan Bro Omma tadi dan bertanyakan tentang cara-cara nak mendapatkan single tu. Jawapnya, masih dalam proses untuk dibuat. Stok yang ada sekarang hanya untuk diedarkan kepada media.
Bila jadi macam ni, aku jugak yang rugi. Susah betul nak dapat benda-benda macam ni. CD Rosli Mohalim dan Man Keedal Rockestra pun aku belum jumpa (sebab Man Keedal DIY jual sendiri). Ruginya aku...
p/s: Hrm... nak terjah ke ex-guitarist Ababil yang namanya tak disebut dalam www.muzikrock.com? Hrm... berat ni, masih dalam perancangan..
Till then,
Rock On \m/ \m/
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...