Salah satu projek aku yang lama terbengkalai akhirnya berjalan jua. Dah terperap lama dah projek ni. Dan aku tak pasti samada benda-benda yang aku simpan masih ada ataupun dah hilang. Kalau hilang boleh diterima lagi, tapi kalau terjumpa dalam keadaan renyuk, memang amat meremukkan hati aku.
Akhirnya, dua poster ni selamat dibingkaikan. Seperti biasa, menggunakan bingkai yang paling cap ayam di kedai frame. Apa lagi kalau bukan 'frame kotak' - nama yang digunakan oleh pembuat frame untuk refer kepada jenis frame yang tak berbingkai ni. Dua lagenda rock Malaysia yang sememangnya aku minat. Buat masa ni, takder tempat nak display sebab 'workstation' merangkap bilik komputer aku kat rumah masih dalam keadaan tak kemas lagi. Jadi, letak tepi dulu.
Tempat letak tu sekadar nak test saja la... Tak tau lagi nak letak mana. Limited edition Poster Calendar Sayap-Sayap Wings. Skeptikal tentang tahun 2009? Aku tak kisah... Aku ada, korang takder.. Hahahahahaha, selamat dah dalam frame.
Satu lagi valueble piece yang aku ada. Dan berkemungkinan besar akan mengundang kemarahan para guitarist. Pick/Spektrum guitar yang aku bingkaikan!! Aku ada 10 keping, 1 aku amik pakai, 9 aku sumbat masuk dalam frame berbaldu ni. Dah nampak macam anugerah platinum pulak... Maaf yerk kawan-kawan. Aku tau korang mungkin akan marah dengan ayat yang macam ni - "Satu penghinaan besar kepada pemuzik bila benda tu dalam almari, boleh pecah kepala ketar tangan tau!!" - ni ayat Zan Bassist (muakakakak aku ingat lagi ayat ko Zan). Tapi maaflah, pick ni special sangat kat aku sebab ni pick Edrie Hashim sempena pembukaan web Neo Gendang. jadi, tak salah aku kasi frame terus...
Skeptikal yang lagi satu. Naperlah aku buat semua ni dan menghabiskan duit aku? Erm... minat satu hal. Dan, kalau ada rezeki time aku nak pencen nanti, bolehlah kalau aku ada rezeki... Bukak pusat jamming yang ada surau. Masuk waktu solat jer aku off karan suruh semua pi semayang!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...
takpe brader.. dah minat tu apa2 bulih jadi... gua sapot dari blakang..!
ReplyDeleteMuka aku hang tak mau buat frame??? Aku kan ada Iras2 Lola (Drummer XPDC Dulu) hahaha..
ReplyDeleteuih pick gitar tu yang tak tahan
ReplyDeleteWoit!..bila masa aku kuar statement tu?
ReplyDeleteSetahu aku medula-oblongata aku tak pernah terhentak dengan kuat dalam tempoh setahun dua ni. Memang aku belum hilang ingatan lagi..huhuhu