1810 Hours
Mazlan menerima kunjungan puan-puan sri. Aku pulak tumpang sekaki untuk berbuka puasa. Tempat diterjah, Restoran Seri Pantai, Hammer Bay. Komplot mengejut antara Aima dan Mazlan Acececececececece. Aima bawak office-matenya, Kamar. Aku? Muka tak malu, join sekaki. First time naik keta
1830 Hours
Pekejadahnya duduk kat kedai makan awal-awal. Mana boleh tahan. Bawak dua tetamu bershopping Jeruk Penang di Medan Suri. Tujuan utama... Mencari buah nau. Cilakak sekali lagi, pesal aku buka lampu, wiper belakang yang jalan!!!!?? Kamar, ko modified keta
1900 Hours
Patah balik ke restoran. Acecece dah telan air liur. Aku pulak asyik dok pegang kotak rokok.
Aima? Asyik dok pegang henpon. Dok SMS sapa aku tak tauler..
1915 Hours
Makan mula sampai. Ces, Lan.. Diaorang konker sotong feveret kita.. Cepat curik balik!!!!
1931 Hours
Allahummakasumtu.. Wabi ka'a..
Encik Acecece terus ngap.. Hampeh punya Lan. Aku tak abes baca doa lagi neh!!!
1931-2000 Hours
Upacara melantak terus bersambung.
Meja sunyi sepi..... sehening air di kali.
Full set juadah berbuka.
Kailan Ikan Masin
Tomyam Campur
Sotong Goreng Tepung
Siakap Tiga Rasa
Pari Bakar
Sessi Hikmat Hembusan Naga berapi oleh aku.
Aima? Semua dia bedal dan licinkan. Lapar sangat la tu. Aku ngan Encik Acecece sempat makan setengah pinggan aja, yang lain semua dia sapu.
2030 Hours
Balik, semayang maghrib. Acecece jadik imam. Apara Semayang Maghrib pukul 8.30!!!!
Dialog dalam hati yang aku dengar:
Aima (dalam hati): "Wah, aku rasa ada bakat jadi isteri mithali nanti"
Acecece (dalam hati): Piiirahhhh!
Kamar (dalam hati): Sengal la bebudak neh!
Mengantuk, nak balik...
Total damage = RM53.00
Rasa sedap atau tak? Biar orang jauh yang komplen kat sini nanti. Tengok komen dia. Gua taknak bias masakan-masakan Penang ni. Gua dah lali.
Aima and Kamar, terima kasih kerana menjenguk kami.
Dan seterusnya bagi aku peluang bawak keta yang sungguh racing sekali. Masuk race, kompom dapat No. 1 dari belakang... Tapi No. 1 satu dari segi save minyak.