Saturday, July 9, 2022

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan


Kalau bukan pasal anak ajak tengok, memang susah aku nak layan tengok sebab Top Gun: Maverick pun aku tak sempat nak tengok.

Rokiah, abang datang.

Quote-quote dari Wahid (Beto Kusyairi) semuanya banyak yang mengesankan sampaikan kadang-kadang aku rasa tajuk filem ni kena tukar jadi nama Wahid.

Yang penting, ada ilmu baru sini. Waktu Wahid kena bebel dengan Rokiah sebab selalu pergi jumpak Mat Kilau, padu betul Wahid bagi:

"Sebab pemikiran macam awak inilah bangsa kita lemah!"

Sekian tips untuk digunapakai jika bini anda tak bagi keluar jumpa kawan. Aku tak bertanggungjawab jika terjadi perkara sebaliknya.

Yang Benar,
Dahi yang bersilau,
Akulah Mat Silau

Wednesday, July 6, 2022

Motovlog #2: Work Life Balance?


 Minggu ni rasanya kemuncak stress aku tahun ni. Jadi, meraban ajalah dalam video 15 minit ni 

Sunday, July 3, 2022

Darah Tinggi


Aku dah lama hidup dengan tekanan dalam julat 130-140/80-89 dan biasanya doktor akan kata bacaan ni walaupun agak tinggi (elevated), tetapi masih 'normal' untuk lelaki.

25 Jun 2022 mungkin adalah tarikh yang merubah segala-galanya. Selepas selesai meneguk kopi Tealive Signature, setengah jam lepas tu aku rasa kepala aku berat betul. Dan selepas 10-15 minit rasa itu tak hilang, perkara pertama yang aku agak mungkin darah aku naik. Ini berdasarkan pengalaman aku ketika gastrik ataupun sakit urat di mana memang darah aku akan naik sedikit. Balik rumah terus check dan agak merisaukan bila bacaan Diastolic (bacaan bawah) menunjukkan angka atas 100. Mungkin 102 aku dah lupa. Ni adalah pertama kali aku dapat bacaan 155/102 kalau tak silap. Merasa agak panik, aku rest saja dan berharap semuanya akan ok.

Pada esok harinya, Ahad. Aku terjaga waktu tengah tidur lebih kurang 12.30 malam dan terus mencapai alat mengukur darah dan agak terbeliak biji mata melihat bacaan Diastolic adalah 110! Perkara ini berlarutan beberapa hari dengan purata bacaan bawah melebihi 90. Hari Selasa ketika di pejabat, aku putuskan untuk ke klinik depan pejabat dan bacaan adalah 102 bawah. Terus klinik bagi MC dan syorkan mula mengambil ubat darah tinggi. Aku mengelak dan meminta peluang untuk bertenang kejap dalam seminggu dan tengok hasil berikutnya.

Pada hari Khamis malam Jumaat, aku ke klinik lain untuk 2nd opinion dan bacaan malam tu adalah 102. Aku menyerah kalah dan kini secara rasminya aku dah start ambil Amplodipine 5mg untuk mengawal tekanan darah aku.

Tak cukup dengan tekanan kerja rasanya, keadaan terkini ni cuma menambah strees pada aku dan secara terus-terang, memang aku rasa down abis.

Thursday, June 30, 2022

Pengangkutan Awam dan Kos Sara Hidup


Ni mungkin post pertama aku buat bawak motor sambil membebel. Namanya motovlog.



Untuk topik kali ini, aku memilih isu pengangkutan awam yang secara tak langsungnya ada berkait dengan kos sara hidup zaman sekarang.

Nak tulis mungkin susah panjang-panjang dan aku takda kepakaran akademik untuk mengulas panjang lebar keputusan yang dibuat oleh bijak pandai dalam kerajaan. Cara paling mudah, membebel macam sembang di kedai kopi sajalah!

Sunday, June 26, 2022

Open Face Helmet Mount Untuk Action Camera


Dia mai balik dah passion hangat-hangat taik ayam aku ni. Kali ni dengan action camera pulak. Padahal dulu waktu guna Yi Action Camera, pernah jadi tukun sebab lama tak ride.

Mounting untuk helmet biasanya orang letak di tepi dan atas helmet. Cuma baru-baru ni dalam 3-4 tahun lepas, dah ada chin mount tetapi design dia untuk helmet full face. Videw di bahagian dagu ni nampak lebih best untuk POV (Point of view) atas jalan ketika bawak motor.

Untuk helmet open face, terpaksa la DIY sikit untuk dapatkan position chin mount tu. Ada 3 option yang aku consider untuk buat:

1. Guna mounting biasa, tapi kena letak putty untuk muatkan dengan curve visor. Ni leceh sikit sebab kerja-kerja nak buat boleh jadi selekeh kalau tangan takda seni.

2. Terus skru mount pada visor. Ni aku nak buat, tapi terbayang harga visor helmet KYT yang menjangkau RM150.00, aku KIV sat plan ni.

3. Gunakan bag clip sedia ada dan DIY.

Aku gunakan option no 3 sebab barang dah ada dan modal cuma beli anti-slip padding (lapik kaki kerusi/meja) dan acryliic tape untuk support. Nanti bila dah siap rekod, aku letak sini satu untuk sample POV ketika bawak motor.

Friday, June 24, 2022

Akaso Brave 7 LE Video Test



Test run Akaso Brave 7 LE untuk waktu malam. Noise agak tinggi tapi aku rasa masih ok la.

Untuk test ni, aku menggunakan setting 1080P 60FPS manakala untuk microphone, menggunakan Boya BY-M1 + Sony PCM A-10.

Tuesday, June 21, 2022

Akaso Brave 7 LE: Unboxing


Akhirnya aku terbeli jugak Akaso Brave 7 LE (aku beli kat sini) ni. Semua ni disebabkan action camera aku yang lama, Yi Action Camera dah tak boleh tekan shutter camera tu. Aku ada juga teringin nak lompat ke kem GoPro, tapi memikirkan harganya yang aku tak boleh nak buat pengiraan ROI (return of investment), aku fikir aku cuma boleh sambar setakat mana yang aku berani beli sajalah.


Akaso Brave 7 LE ni bukanlah baru sangat. Dah hampir 2 tahun dalam pasaran. Ketika aku beli ni, model Brave 8 baru saja keluar. Tapi harganya dah melebihi seribu ringgit. Membaca review luar negara dan mengabaikan semua content creator yang dapat set percuma untuk review, aku rasa macam tak berbaloi untuk beli action cam atas seribu ringgit sedangkan nak pakai dalam waktu-waktu tertentu saja dan aku bukan nak buat duit pun dengan beli action cam mahal-mahal.


Dengan harga RM555.00 ni, aku berada di tengah-tengah la kot, memandangkan Yi Action Camera dulu aku beli dalam julat harga paling sama dengan yang ni. Bezanya, Akaso Brave 7 LE ni datang dengan aksesori yang penuh seperti gambar di atas termasuk dengan waterproof case. Untuk action camera dengan rating IPX7, pemberian waterproof case adalah satu bonus la kot.


Yang pasti, camera ni berat lagi berbanding Yi Cam aku dulu. Reviewer banyak puji bentuk camera ni tapi aku rasa macam mainan pun ada. Casing cover battery dan slot usb terasa agak 'fragile' dan bila-bila masa boleh patah/loose. Kamera ni didatangkan dengan dual screen, jadi nak selfie vlog senang on the move untuk pastikan framing tak lari. Terseksa bila fikirkan dulu aku ambik video dengan Yi Cam tanpa dapat agak muka aku dalam viewfinder atau tak.


Skrin juga didatangkan dengan touch screen. Aku tak tahu nak komen macam mana bab ni. Tunggu dan lihat masa pakai nanti ajalah kot.


Slot USB ni aku paling bengang sebenarnya. Akaso Brave 7 LE ni asalnya didatangkan tanpa support external camera. Lepas firmware update, katanya dah boleh guna.

Tapi yang slack tu, dia gunakan port paling bermasalah dalam sejarah barang elektronik; micro usb. Apa susah sangat ka nak standard kan penggunakan usb type-c dalam kamera ni? Lepastu pulak kedekut nak belanja audio jack untuk tujuan external camera. Jadi aku tak boleh nak komen penggunaan external camera ni. Mungkin aku akan beli (dahla kena guna mikrofon Akaso jugak!) walaupun dah ready siap-siap untuk kecewa dengan kualiti bunyi.


Manual dia bagi ni sangat kedekut. Takda print lebih-lebih. Setakat Quick Start lepas tu bagi QR Code untuk download PDF manual. Selaku pembeli yang selalu baca manual, aku rasa sedikit terhina dengan apa yang Akaso lakukan. Ni semua akibat reviewer kat YouTube yang asyik tunjuk lempar manual taknak baca tu la ni! Sedangkan manual tu penting gila terutama bila jumpa problem nak setting apa-apa.

Ok setakat tu sajalah pandang pertama aku. Tak try habis lagi pun. Harap-harap berbaloi la nak pakai.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...