Saturday, April 18, 2009

Eksklusif: Motosikal Baru Dari Suzuki Malaysia

Dah baca khabar angin aku tentang SUZUKI haritu?

Dengan ini, secara tak eksklusif. Aku dedahkan gambar dan nama motosikal baru Suzuki untuk pasaran Malaysia.
Nampaknya... pengumuman, gambar rasmi di media dan sebagainya adalah seperti biasa.... lembab!!

Namun, kebanyakan kedai yang menjual sudahpun menerima berita bahawa Suzuki bakal mengeluarkan motosikal baru, tetapi tanpa info dan gambar yang lengkap..

Secara rasminya, pesaing baru untuk kategori 4-Lejang, 150cc kepada Yamaha dan Honda.
Motosikal jenama luar dengan siri nama yang lebih 'Malaysia'. Paul Tan mungkin lebih kepada kereta, apa salahnya aku tumpukan kepada motosikal kan?

Dipersembahkan:


Suzuki Belang R150



Belang R150 Brochure




Belang R150 Specifications





Sekarang. Dunia telah melihat.
Kita tunggu pula berita rasmi (atau lebih tepat, pengiklanan rasmi dan lebih agresif) dari Lion Suzuki (M) Sdn. Bhd. tentang motosikal baru ni.

Kalau tak, apa yang Roda-Roda cakap memang betul.. Ada yang 'tak kena' dengan PR Suzuki untuk promotional di media.


Iklan dari Filipina...

Kiosk @ Bertam


Hari ni merupakan hari yang amat 'hectic' buat aku.. Huru-Hara!
  • Kelam kabut beli barang dekat PC Fair
  • Dapat tau office kena pecah masuk
  • Baru nak tengok keadaan office, ada sistem breakdown
  • Pergi balik balai polis teman Abang Jasni buat report.
  • Kelam kabut balik rumah hantar anak sedara pergi tuisyen.
Jadi, lepas-lepas hantar tuisyen, ada sikit masa free kan?
Boleh ker nak manja-manjakan badan ala-ala pergi spa? Boleh.... Boleh blah... muakakaka..

Nurul.. Lama jugak tak jumpak dia. Ada perasaan rindu sikit. Tapi tak sampai tahap Rock leleh lagi la. Hahahah. Jadi, aku telefon Nurul. Dia ajak makan dekat-dekat tempat anak sedara aku tu tuisyen. Inilah tempatnya. Kiosk @ Bertam. Di Bertam Perdana, Kepala Batas.




Nurul belasah Black Pepper Chicken Chop, aku pulak mentekedarah Black Pepper Sirloin Steak. Pelik... Black pepper warna coklat. Tapi rasa black pepper tu tetap ada. RM9.00 dan RM16.00 kerosakan telah berlaku pada.... Nurul. Dia belanja. (aku tengah miskin, huhuhuh) (T_T)



Boleh dikatakan, susunan Kiosk sini best. Ala-ala dekat KL... Macam di Hartamas? Bukit Bintang? - ala-ala macam tu la. Kedai tersusun elok di celah-celah shop lot yang lain. Cuma kedai tak banyak, Secret Recipe ada di bangunan sebelah dan Noodle Station di bangunan satu lagi.

Kesimpulan yang aku boleh bagi:
Bolehlah kalau nak rasa...

PC Fair @ Penang 2009


Tahun ni, berlangsung lagi buat kesekelian kalinya PC Fair di Penang. Dan aku pun buat kesekian kalinya berjaya mengosongkan poket aku untuk berbelanja di sini. Dalam zaman gawat-gawat pun, ramai jugak orang yang datang. Semalam hari Jumaat, boleh tahan la orang yang datang.. Tapi hari ni hari Sabtu, orang.. Punyalah ramai tak hengat.

Kali ni, untuk kali ke tiga, aku membeli lagi LCD Monitor.

Cuma kali ni advance sikit. BenQ 22" Full HD 1080. Tapi bukan aku punya LCD, ayah aku yang punya. Aku tolong beli aja. LCD yang lama tu dah arwah sebab kucing kencing (bukan yang kes aku haritu). RM540.00 dan setahun lagi aku cuma dapat tahan geram saja tengok harga LCD makin jatuh dan murah.

Ingat lagi harga dulu-dulu. Samsung 17" punya harga RM1250.00, Sekarang? Teramatlah murah. Rasa macam nak nangis...


Beg LENOVO. Tapi malangnya LENOVO Thinkpad takder kat dalam. Huhuhu impian aku tu nak ada LENOVO. Tapi takde notebook pun, ada beg pun jadilah.

Aku beli semata-mata nak ganti beg yang sedang mengisi Dell Latitude D630 yang sedang aku pakai sekarang. Beg ni ciplak jer ni, tapi ok lah.. Bukan aku nak pakai beg pergi hiking pun. Jadi, bolehla setakat nak isi notebook. RM Fat-Fat holiau dia bagi kat aku harganya iaitu RM88.00. (pun lepas ni sakit ati jugak lagi sebulan dua kalau aku tengok kat tempat lain lagi murah).

Adik aku lagi berlagak dari aku, sekali dia bedal Case Logic RM299.00, agak-agak la nak beli beg pun... Aku pun beli cap ayam saja, menandakan aku memang kedekut. Hahahaha.


Boy dan Michael dari Activextreme ni merupakan salah seorang individu sumber rujukan aku terutamanya bila aku nak dapatkan bekalan-bekalan untuk aku overclock PC dulu.

Dulu, company diaorang ni la satu-satunya yang membawa banyak barang high-end untuk Overclocking Purposes di Penang.

Dan secara rasminya, aku adalah salah seorang pelanggan Melayu tetap di kedai diaorang ni. Graphic card yang Boy sedang pegang tu, Saphire ATI HD4890 - antara yang terbaru dalam pasaran. RM999.00 jer. Harga yang hampir sama dengan 6600GT yang aku beli dulu.

Sebab itulah, kalau nak pakai komputer, kita memang takleh merungut tentang harga.
Beli dan pejam mata.
Kalau tak, memang sakit hari terutamanya apabila melibatkan RAM. Pasaran harga RAM memang turun naik. Kadang-kadang murah, dan kadang-kadang mahal tak masuk akal. Dulu, kalau sebut PC Fair, memang jumpa ramai member, tapi kali ni... Kurang. Mungkin semua dah slow sikit bab-bab komputer ni tambahan pula sekarang ni ekonomi macam gawat sikit. (gawat hapanya, semua pakat borong barang macam nak gila!).

Aku cuma terserempak dengan Shazwan ja kali ni. Tu pun dia borong beli CD-R ngan DVD-R (Woi, hang nak buat CD pirate ka? Mai sikit kat aku...)

Thursday, April 16, 2009

Lion Suzuki Malaysia: Satu Kejutan?

Posted with: Sony Ericsson K850i
Place: Not Available

Siapa tak kenal dengan Lion Suzuki? Baiklah, untuk rekod, Lion Suzuki Malaysia telah diiktiraf oleh majalah Roda-Roda sebagai sebuah entiti pengedar motosikal yang aktif dalam memperkenalkan motosikal jenis baru dalam pasaran negara kita, khususnya dalam segmen underbone dan ber-CC rendah.

Contohnya, ingat lagi tak dengan Suzuki Panther, VS100, FX125, FXR150 dan yang terbaru, Shogun SP/RR yang dilengkapi ekzos Yoshimura yang mengejutkan dunia permotoran tanah air.

Majalah Roda-Roda sendiri misalnya telah mengakui motosikal Suzuki banyak yang bagus dan tahan lasak, tapi entah di mana silapnya, SUZUKI dipandang sepi.

Baiklah. Cukup untuk prolog.

Berita terbaru yang aku terima, Hicom Suzuki telah siap memasang lebih 300 unit motosikal baru yang akan bersaing dengan Yamaha FZ150 dan Honda CBR 150.

Kejutan yang mungkin ada daripada motosikal berkapasiti 150cc dengan jantung penggerak dari Indonesia ini ialah:

1. Sport Rim Enkei, Japan Made
2. Disc Brake depan belakang.
3. Sisten Pancutan Bahan Api (injection)
4. Bentuk... Cub, bukan supersport! - ala-ala keluaran Thailand.

Dianggarkan bernilai RM7,000+, yang amat kompetetif, motosikal ini pastinya memberikan cabaran sengit pada Yamaha dan Honda.

Yang pasti, aku akan mempertimbangkan hasutan-hasutan nafsu aku untuk bertukar motor. Hehehe. Gambar sulit tak dapat disiarkan demi menghormati Lion Suzuki Malaysia. Kita sama-sama tunggu pelancarannya nanti

--------------------------------------------

Updated 17 April 2009
Sneak Peak From Indonesia - specs
Suzuki Satria F150

Wednesday, April 15, 2009

Aku, Hobi dan Rossi

Aku adalah seoarang peminat SUZUKI sejak dulu. Bukan Sandy Suzuki yang pernah nyanyi lagu Lenggang Kangkung tu, tapi jentera suzuki yang beroda dua. Ketika saat aku menukar motor Suzuki RG110 (converted RGV 120) tu dulu kepada Suzuki Smash 110. Ramai yang skeptikal. Kenapa Suzuki? Aku pun tak ada jawapan yang tepat.

Yang pasti, aku dah jatuh cinta pada Suzuki sejak aku pakai RG dulu. Sepanjang zaman modified enjin sehinggalah kepada zaman pakai Racing Chamber Exhaust dan ball bearing FAG racing diletakkan dalam enjin motor tua tu. Motor tu tak pernah mengecewakan. Teringat lagi bagaimana member-member yang kebanyakannya pada masa tu angkut Yamaha 125Z dan 125Zr tersungkur seorang demi seorang bila enjin motor jam. Suzuki aku? Tak pernah. Sejak aku pakai Smash, pernah sekali jam 4T, tapi sempat diselamatkan sebab aku tekan klac. Tapi yang tu memang silap sendiri sebab terlupa periksa minyak enjin yang dah kering kontang. Masalah utama Smash aku sekarang ni adalah seperti gambar; rear stand sebelah kiri yang sering terpeleot. Aku dah pernah tukar foot-stand bar yang baru, dan itulah hasilnya. Hasil daripada kualiti besi yang cap ayam. Habis rosak besi tu bila stand tu bergegar. Sebelah kanan tak jadi pulak... Jadi, kepada engineer-engineer Suzuki di luar sana, perbetulkanlah kesilapan bodoh korang ni. Betul-betul menyusahkan aku. Cancel niat aku nak upgrade ke Suzuki Shogun 125SP Yoshimura. Cancel... Cancel!!!

Bercakap pasal motor, teringin aku menulis tentang koleksi replika MotoGP dan GP500 aku.. Hehehehe.

Suzuki RGV-R (2001) ni adalah motor keramat buat pasukan Suzuki Telefonica MoviStar. Tunggangan Kenny Roberts Jr. ini telah memecahkan kebuntuan Team Suzuki Racing untuk posisi world champion sejak dari zaman Kevin Schwantz. Lama tu..... Dia jadi champion setelah bertukar pasukan daripada Team Roberts Modenas KR3. Lepas dia sesah duit peruntukan dari Malaysia, senang-senang anak dia (KR Jr. la..) blah dari Modenas KR3 dan masuk Team Suzuki dan kemudian bergelar World Champion untuk tahun 2000. Bercakap pasal KR3, ia kemudian dibeli oleh PROTON dan kemudian dikenali sebagai PROTON KR3 dan bersaing dalam MotoGP 500. Dengan kejuruteraan Lotus, ia sedikit ketinggalan sebab pakai enjin V3 padahal team lain semua dah pakai V4 dan v5. Tak lama lepas tu, PROTON pulak gatai pi jual MV Agusta, kalau tak... Senang la teknologi superbike berpindah tangan. Apa punya turrr la PROTON ni..

Bercakap balik pasal motor Suzuki ni. No. 1 dipakai oleh Kenny Robert Jr. pada musim 2001 setelah dia menang world champion pada tahun 2000. No. ni bertahan pada musim tu saja sebelum dia dapat no 10 keseluruhan pada musim terakhir Moto GP 500 cc yang masih memakai motosikal 2 lejang. Jadi, berbaloi la kot aku simpan replika motor ni untuk kenang-kenangan.

Motor Merah dengan No. 7-nya... Siapa lagi kalau bukan Carlos Checa. Dengan mesin Yamaha YZR-M1 pada tahun 2004 ni, betul-betul memberikan saingan sengit pada musim tu antara Yamaha dan Honda. Dua musuh sukan permotoran tradisi. Dengan enjin 990cc 4 silinder inilah satu perlumbaan menarik antara dua gergasi permotoran (Honda dengan RC211V) tercetus.

Tak banyak sangat aku tau pasal Carlos Checa. Cuma pada musim 2003-2004, nama Checa selalu disebut dalam ulasan. Tak dinafikan, cara tunggangan dia pun sedikit agresif pada waktu tu. Apa yang aku tau, sekarang Carlos Checa dah tak main dalam MotoGP. Dia dah beralih ke level yang hampir serupa, tapi lebih berkuasa iaitu SBK Series. Musim terakhir dia dalam MotoGP ialah bersama-sama dengan pasukan Honda LCR pada tahun 2007.

Aku dah masuk part kesukaan aku. Apa lagi kalau melibatkan Valentino Rossi.

Honda NSR 500 team Nastro Azzuro ni adalah permulaan bagi Valentino Rossi mencipta nama pada tahun 2000. Status world champion diperoleh pada tahun kedua bersama Honda iaitu pada tahun 2001. Inilah design motor yang paling aku benci sekali. Hahahah, tapi aku beli jugak sebab dengan motor ni lah Rossi mula mencipta nama. Kalau ikut sejarah memang ada lagi pasal Rossi, tapi... malas cerita.


Honda RC211V tahun 2003 ni, adalah antara motor Valentino Rossi yang paling lawa di atas trek. Memang artistik habis. Tapi macam biasa la, Rossi ni gila, design ntah apa-apa. Contohnya, design ni kejap aja pun dia pakai. Lagi satu design moto time trial pada tahun ni memang best. Motor kaler hitam dengan design bulan bintang yang selalunya ada di helmetnya tu.

Ada jumpa ker kat kedai? Takder lagi kan?



Motor ni adalah design yang plain dan boring. Dengan motor ni lah Rossi asyik menang jer. Yerlah, mentor rasmi dia ialah Mikc Doohan, lagenda 500cc tu..

Pada masa ni, Honda RC211V versi keberapa ntah.. Memang tak dapat diganggu gugat oleh jentera-jentera lain.

Dalam erti kata lain. Motor ni pada musim tu.. Memang engineering art punya siri lah.



Tapi, keangkuhan Honda tersentak dengan tiba-tiba apabila Valentino Rossi bertindak bertukar kem ke Yamaha.

Yamaha yang ketandusan kemenangan podium, selain daripada Max Biaggi yang suka cakap besar tu, menerima satu sinar baru. Valentino Rossi telah membuktikan pada dunia permotoran, bukan jentera yang memainkan peranan, tetapi penunggang tersebut. Mesin Yamaha YZR M-1 yang bermasalah ni berjaya membuatkan Honda kecut perut dan tersentak. Team Yamaha bagaikan tidak percaya dengan kemampuan Rossi mengemudi jentera ni. Dan secara automatiknya, Yamaha menggunakan strategi memasarkan semua motor cub Yamaha 125ZR dengan design GO!!!!! ni pada masa dulu.

Valentino Rossi sebenarnya merupakan seorang pelumba yang cukup berbakat dan digeruni. Aku bukanlah peminat fanatiknya, tapi aku suka gaya tunggangannya yang sangat agresif dan berani mati. Aku ingat lagi insiden di mana Valentino Rossi dan Max Biaggi berentap macam nak gila atas litar dulu. Dan aku, secara automatiknya, kalau terjumpa dengan replika-replika MotoGP ni, selalunya memang akan sambar amik la... Hahahaah, yang tu memang tak dapat dibendung lagi... Dan sekarang, aku menunggu pula bila replika TEAM YAMAHA FIAT nak keluar sebab.. ada No. 46 dan PETRONAS. Hehehehehe...

Tuesday, April 14, 2009

Viva La Rossi, and Petronas too

Latest Standings - Qatar MotoGP

Casey Stoner 25
Valentino Rossi 20 (Fiat Yamaha Team)
Jorge Lorenzo 16 (Fiat Yamaha Team)
Colin Edwards 13
Andrea Dovisio 11


-----------------------

No 2 pun takper. Banyak aku nak cerita pasal Rossi, tapi hari ni tak sempat. Cuma, aku nak tunjuk betapa bangganya aku jadi anak Malaysia dan pengguna Petronas walaupun motor aku buruk, kecik dan tak laju. Heheheheh.
Aku tak tengok pun semalam sebab rumah aku mana ada ASTRO (T_T)... Sedih-sedih.. Race malam pulak tu...

Viva La Rossi, and PETRONAS too.

Monday, April 13, 2009

Check Your Notebook's Battery



Warning: Grammar Mistakes May Happen.

Dell has equipped their equipment with a very good and reliable software. You can find it in your programs folder, and usually it will start on Windows boot up. The software called Dell Quickset.
1st time using it, I felt it just a bunch of add-on software that will only slow down my notebook performance, but I was totally wrong. I has saved my day. One of the function is it monitors your battery power and consumption.

What has happened to me last week, it keep buzzing me that my battery is out of it's true performance and reaching it's end of usable life, and gave me this warning:



Its quite irritating because I depend a lot to my notebook for my working purposes. So, I've emailed DELL Support Service and mentioned the problem that I've encountered. Thank god the battery is still under warranty. After a new replacement, the battery works fine.




The other way to check your battery health with Dell Notebook is simple. You can just check it directly at the battery indicator. After a full 100% charge, if the indicator shows full bar, it is okay then. But, if it not showing a full bar, you can think out to have a battery replacement.







Notebook is important in my daily job routine. Without it, I cant access to any Fiber Optics System that need to be troubleshoot if I have to. So, battery conditions is very important so I can do my work in mobile conditions.
--------------------------------------------
Atau dengan kata sebenarnya, dengan notebook nilah aku dok update blog aku, tenet, chatting, hantar email, edit gambar.. Hahhahaha semuanya dalam satu. Kerja dan Auta.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...