Tuesday, July 7, 2009

Masalah Berkaitan LP Records Dan Turntable



Posting ini ialah cross-posting antara di Multiply dan blog aku di Speedrider Networks

Posting ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah atau tips-tips yang berkaitan dengan tajuk di atas. Di harap pemilik-pemilik LP Records/Vinyl terutamanya pemilik turntable untuk tampil memberi tips, panduan dan menjawab masalah.

Entry ni akan diupdate dari masa ke semasa.

Terima Kasih

Monday, July 6, 2009

Mari Belajar Buat Roti Canai



Hari ni, aku mengganggu Pak Mail yang baru bangun tido dan jugak Abang Zali. Pak Mail aku tanya pasal penjagaan piring hitam, Abang Zali pulak, aku tanya pasal mechanical parts player aku yang meragam sikit tadi. Mengambil peluang masa free, aku amik keputusan, untuk cuba cuci apa-apa yang patut. Jadi, mari kita belajar buat roti canai!!!



Memandangkan aku adalah jenis orang yang takder duit, kedekut taik idung masin pulak tu. Aku pakai sabun basuh saja. Rata-rata orang yang aku jumpak/telefon/bertenet rekemen pakai alcohol swab, tapi yang lagi ekstrem, suruh pakai minyak 2T motor (cilakak punya apek, hahaha). Ada jugak yang suruh aku cari kiwi piring hitam... Adoi, mana ala aku nak cari semua menatang tu... Jadi, apa lagi.. Eksperimen sajalah!!



Aku lupa la pulak nak tanya pak mail macam mana dia cuci, jadi, ni aku pikir secara logik sajalah. Magnetic tu anti-statik, jadi belasah sajalah letak towel lembut kat bawah sebagai pelapik.



Lepas tu, celup saja kain yang lebih lembut dan tak kasar dalam air sabun tadi, dan mulakan cucian. Untuk eksperimen aku neh, aku gunakan vinyl yang memang dah bercalar teruk, Lobo - Calumet. Masa cuci tu, ikut saja alur-alur tu, senang kata, ikut bulatan sajalah. Aku hentam saja ni!!! Mamak roti canai tengah jegil kat aku kat sebelah ni..



Lepas tu, apa lagi, terus lap saja dengan tuala lain yang kering. Sama jugak tekniknya tadi, ikut alur. Kalau nampak ada lagi kotor-kotor kat atas LP tu, sabun saja sekali lagi macam tadi. Sepetutnya, vinyl yang kotor dah berkilat pada peringkat ni. Sama macam LP Lobo aku neh, dah berkilat sikit dah. Bersemangat aku tengok.



Lepas tu, jangan simpan terus. Keringkan dulu. Agak-agak sajalah masa nak keringkan tu.... Ni pun takder penerangan spesifik. Aku belasah buat ikut naluri saja. Naluri seorang lelaki, naluri seorang yang minat rock tetapi tiba-tipa ada LP Records....



Biasanya, tadi lepas peringkat sampai dah macam ni. Aku test main balik. Dan alhamdulillah, selamatlah kot. Dah takder bunyi bising-bising dan track skip. Aku belasah saja buat ni. Aku try kat LP yang aku rasa macam rosak saja. Kalau yang betul-betul bernilai aku taktau la.... Hancur la.... Tapi kalau korang rajin, boleh baca artikel kat bawah untuk details yang lengkap:

Artikel 1: How To Clean LP records and CDs
Artikel 2: How To Clean LP Records

Tak sangka betul. Best pulak buat benda-benda macam ni. Hehehehehe



Selingan:
Ni adalah versi Season In The Sun versi NIRVANA. Nak layan pun rasa lalok semacam jer ni...

Terjahan Baru

Lepas balik aja dari Siam, aku terus cari benda-benda ni. Sedikit mengecewakan di Siam, sebab tak ramai yang boleh cakap Bahasa Melayu, jadi susah sikit nak cari benda-benda ni kat sana. Ada tu memang ada, masalah komunikasi sedikit menyulitkan keadaan.



Album Cliff Richard ni aku sambar sebab... Wait Seminit!! Aku baru perasan da! Isi dalam lain da~ Tapi takpa, sebab ada lagu Season In The Sun. Yerlah, mungkin ramai yang tahu lagu tu Westlife nyanyi kan? Tapi penyanyi asalnya ialah Terry Jacks.





Album Kak Pah yang 100% orang putih. Ada 2-3 lagu cover (atau semuanya lagu cover?) Tapi boleh tahan suara dan pronounciation Kak Pah dalam bahasa Orang Putih ni. Siti Nurhaliza speaking pun out, 2x5 aja Siti ngan aku kalau bab cakap orang putih.



Ni antara legend yang ayah aku dan aku sendiri mempunyai persamaan, kacak dan hensem! Eh, terlalut pulak... Lobo ni, memang antara favaourite aku dan ayah aku. Ayah aku pun heran macam mana la orang muda macam aku boleh suka lagu-lagu dari Lobo. Tapi entahla, lagu dia ada aura semacam yang membolehkan aku layan dengan lagu-lagu daripada dia.

Aku tak sempat lagi nak review album-album Wings yang aku ada. Bagi aku masa sikit untuk buat review full. Tanak aku review sikit-sikit macam entry kali ni. Tak puas rasanya.

Sepai Sepai... Sawadeekap!



Alhamdulillah, akhirnya aku selamat kembali dari oversea over woods over border saja. Telinga masih ada, tangan masih ada dan kepala masih ada. Syukur Alhamdulillah. Urusan kenduri di sana telahpun selamat dan kenduri panggil seluruh penduduk Betong pun selamat dah. Nasib baik bukan aku yang kawin. Heheheheh.



Aku terlupa pulak yang Betong ni pakai soket yang lain. Maka, sangaplah aku kat sana 2-3 hari ni mati kutu.



Makanan kat sana mudah sangat nak cari, tak macam Bangkok, Danok dan Patpong. Har har har... Kat Bangkok pun senang cari, kalau tau tempat la. Cuma kat Betong ni, muslim banyak dan banyak lagi orang Siam sana tau cakap Melayu. Jadi masalah komunikasi tak berapa timbul, kecuali kalau komunikasi dengan puak-puak muda ni. Masalah sikit la... Makanan dia boleh tahan pedas, aku yang tegar nasi kandar pun hampir-hampir serender dengan makanannya yang sekejap manis macam kat Kelantan dan kejap-kejap pedas nak mampus. Sup daging ni nampak tak bersalah aja, tapi lepas kena, mau berpinau biji mata pedas. Lokasi: Tuan-Tuan Betong - stailo betul nama kedai, betul-betul tengah pekan Betong.



Bab-bab ni usah dikomen. Tak dan apa-apa lagi kat Siam dah berlambak jual jersi ni. Kahkahkah. Jadi, peminat Manchester di luar sana, lu memang kodi sebab masih pakai baju lama. Orang Siam nampaknya memang advance gila dalam bab-bab ni. Heheheh..



Orang-orang TNB dan Telekom Malaysia memang untung tak dak dah infra macam ni kat Malaysia. Aku tengok pun sampai naik serabut kepala. Wayar letrik ngan telefon campur-campur ikut suka hati saja. Traffic light dia pulak, ala-ala tahun 70-an punya traffic light, lampu hijau dua-dua side, pandai-pandai korang la nak jalan nanti. Kalau malam pulak, lampu kuning kelip-kelip, pandai-pandai korang jugak.. Signboard belakang tu.... Amboi.. Kuning betul otak hangpa semua. Hahahahaa...



Apa-apa pun, nanti bila aku dah tua sikit, aku pun taktau la macam mana hubungan kekeluargaan antara Penang-Betong masih wujud atau tak. Keluarga Allahyarham Haji Ahmad (bekas Kadi Besar Betong) sememangnya ramai. Anak sulung Tok Mad iaitu Haji Ibrahim pun dah meninggal bulan satu haritu, beliau adalah satu-satunya waris Tok Mad yang mengambil alih tugas Kadi Besar Betong dari arwah Tok Mad. Sekarang, Pejabat Agama Islam Yala telahpun secara rasmi mengambil alih urusan hal-ehwal Islam di Betong sejak ketiadaan Haji Ibrahim. Anak-anak kepada Haji Ibrahim, dan juga Kak Mah, Kak Chom, Abang Adam dan lain-lain yang sebaya dengan aku pulak, rata-rata dah tak boleh cakap Melayu. Tengoklah nanti macam mana...

Saturday, July 4, 2009

Aku Dan Sesuatu


Ihsan BBC

Scott Campbell mempunyai alasan tersendiri apabila dia sanggup menukar Ipodnya untuk memiliki Sony Walkman (bukan yang baru, tapi yang gedabak ori punya) - Back to basic. Dia adalah antara jutaan manusia yang tak pernah melihat Walkman versi asal dan semestinya hidup dalam dunia digital. Bacaan penuh dapat dibaca di sini. Aku adalah antara manusia yang bernasib baik, kerana aku sendiri pernah memiliki dua jenis Walkman versi kaset dan sekarang, yang tinggal hanyalah Sony Discman. Tetapi, aku tak pernah melihat secara live Catridge Player dan LP Player (turntable). Secara terperincinya, LP Player dan Gramophone aku cuma lihat dari jauh dan tak pernah pegang pun!!!!



Sebenarnya, LP Player/turntable aku dah lama sangat cari untuk aku mainkan balik koleksi-koleksi ayah aku. Huhu, dah jadi hak milik aku dengan bersyarat sebenarnya. Dengan bantuan pengiklanan oleh Abang Zali, akhirnya impian aku dah jadi kenyataan. Turntable Kenwood P-100 ni sebenarnya milik Bro Acoi, tapi dia jual melalui Abang Zali, maka aku adalah antara orang bernasib baik dapat merembat benda ni.



Sememangnya benda ni pada mulanya akan dianggap ketinggalan zaman, tapi bila aku dah terima benda ni pada 3 Julai 2009, gua cakap sama lu ar, feel dia memang lain macam wo~. Walaupun aku dah ada CD, mp3 pulak jangan cakap la.. Entah berapa ribu fail mp3 dalam PC aku tu pun tatau la.. Aku pasang belting, aku cuak juga bila nak buka cover jarum dia tu, cucuk masuk amp.. On power switch dan aku putarkan piring hitam.. Pergh!!!! Macam ada satu adrenalin yang tetiba meluru laju ke seluruh badan apabila ia berfungsi dan memainkan semua piring hitam yang dah berpuluh tahun tak terusik di dalam stor rumah aku tu. Bunyi dia pulak, walaupun ada 'hissing' sket, tapi lebih baik dari kaset dan hampir-hampir macam bunyi CD. Mungkin aku kena cuci sikit piring hitam tu sebab kebanyakannya dah berhabuk!


Video di atas adalah antara cubaan yang pertama aku tadi. Memang cuak habis takut jarum tu patah la, silap pasang belting ka.. Alah, macam perasaan beli motor/kereta baru la. Seronok, tapi takut!!! TQ Abang Zali sebab bagi guide dan sanggup melayan pertanyaan-pertanyaan bodoh saya yang taktau apa-apa pasal LP ni. Hahahahahah, You Rawks lah Abang Zali!!!!

Dan sekarang, secara rasminya... Aku dah ada turntable sendiri!!!! Kuikuikui.... Siapa lagi nak join aku!!!!??

Wednesday, July 1, 2009

Bertukar Dan Berpusing!!



Dengan terujanya, walaupun diperli bos kerana datang super lambat ke opis hari ni, aku dan rakan-rakan penjenayah lain sempat ke Queensbay Mall kejap pada waktu lunch hour untuk membeli tiket wayang Transformers: Revenge Of The Fallen ni. Maka, kalau diikutkan statistik dan kira-kira perakaunan, Afad dah tengok 3 kali cerita ni dan Lan pulak dah tengok 2 kali cerita ni. Aku pulak akan membuat penampilan premiere dalam menonton cerita ni selepas tak dapat tengok Ahad lepas. Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang cerita ni (walaupun sedikit basi, sebab korang dah tengok), aku nak cerita pasal benda yang aku perabis dalam usaha nak tengok gambar ni.



1. Merchandise Rasmi - Awal-awal masuk dalam Petronas, gua dah sapu. Benda-benda ni walaupun nampak sedikit murah, tapi at least sah original. Baju dan cap untuk adult semua aku sapu dengan RM9.90 setiap satu. Jadi, sesiapa yang belum sempat beli, berputih mata la jawabnya. Sebab aku dah survey banyak stesen Petronas, yang tinggal cuma cap dan baju untuk bebudak sahaja.




2. Mainan Rasmi - Huhu, sedikit childish, tapi inilah benda yang aku tunggu-tunggu selama ni. Dengan RM15.90 setiap satu, sememangnya ia lebih murah daripada yang dijual di supermarket atau Toys R' Us. Setakat ni, Bumblebee dan Starscream dah keluar, dua-dua aku dah rembat, dan menemani aku di atas meja opis aku. Tengah tunggu Megatron dan Optimus Prime pulak. Cukup satu set lagenda-lagenda Transformers akan bertarung atas meja aku nanti bila aku tension kat opis.

3. Paling gila - tengah usahakan nak dapatkan life size (actually, lebih kurang 1/4) Bumblebee poster, kuikuikui...

Okey, kesimpulannya: Hari ni, memang palat. Semua tiket Transformers sold out! Dan, aku melepas lagi. Lagi 6 orang office-mate dan bukan office-mate teruskan perjuangan menonton Ice Age 3 malam ni, aku pulak, tewas dan kecewa di pertengahan jalan..



Letih betul aku hari ni sebab tak cukup tidur. Aku tertidur atas sofa rumah abang aku dengan uniform masih melekat kemas. Makcik aku datang dengan family pun aku tak sedar, maka aku pun jadi bahan tontonan sekeluarga terbongkang atas sofa depan TV. Sedar jer dari lena yang panjang, tergerak pulak nak baca buku (sebenarnya gabra beb, apa pun tak paham pasal management neh). Aku dah sebulan bergelar student PJJ Student, tapi buku haram tak bukak lagi. Konon-konon nak baca la sikit.. Yelah, Afad ngan Shahril, hari-hari datang opis cerita pasal study, aku pulak takder masa langsung nak sembang pasal study nih..

Tapi lepas bukak 2 mukasurat modul setebal suku jengkal... Sambil ditemani lagu-lagu rock sentimental.... Maka, mata aku pun menjadi sentimental se-sentimental lagu-lagu yang aku dengar... Nak studylah konon!!!!

Sunday, June 28, 2009

Aku Terselamat, Tapi Parah..



Lupakan sekejap rock hari ni. Aku keluar dengan Nurul untuk beli banyak barang hari ni. Secara spesifiknya, dia nak beli hadiah untuk kakak sulung dia. Dan, seperti biasa leteran telah diterima gara-gara Zippo semalam. Fuh, hampir bernanah sekejap telinga aku mendengarnya. Tapi, sekali aku cakap.. Tengok baju tu dan tengok balik Zippo ni. Maka, keadaan kembali aman seperti sediakala.



Jawapan aku yang paling konkrit kenapa aku beli Zippo ialah seperti video di atas. Ya, itulah tujuan utama aku sebab musabab membelinya. Senang bila nak buat campfire tepi laut, ataupun... dan lain-lainlah senang cerita.

Niat di hati, aku nak tengok Transformers: Revenge Of The Fallen hari ni, tapi humang aih. Semua time dah pun fully book. Melepas la aku... Last-last, Jangan Pandang Belakang Congkak jugak yang terpaksa dilayan untuk meleraikan kesusutan otak. Senang punya filem, tak payah pikir panjang-panjang, tengok dan bantai gelak aja.



Kemudian, kunjungan aku ke Speedy Video menemukan aku dengan cd-cd ni. Murah gila la beb. Rm13.90 satu. maka, tanpa berpandukan akal yang waras, membuatkan aku ringan tangan untuk terus mencapai dan membayar. harga normal ialah untuk DVD dan album Teori Domino Revisited Jamming (ingat tak, hari aku punya cd hilang atas bas?)

Maka secara automiknya, wallet aku telah mengalami kecederaan parah secara rasmi pada hari ini...

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...