Saturday, August 15, 2009

Kekasihku Stella



Umpama memiliki sebuah Bugatti Veyron, ataupun Lamborghini Murcielago; sekiranya pemancing tegar memiliki benda di atas. Dan semestinya makhluk anti pemancing akan mengatakan ini kerja gila.

Dan jawapan paling menyakitkan hati dari ayah aku ialah:

″Aku nak pakai benda ni pancing kat pantai aja kalau aku tak larat naik bot.″

Aku sakit hati.

Ayat member aku pulak, si Shidi:

″Big boss pakai stella, anak sampai KL, rembat megi″

Aku speechless, kemudian gelak macam orang sewel.

Remarks: Gua tau gua kodi.

Monday, August 10, 2009

Penyamun Dalam Cerah



Aku memang tak boleh terima kalau tempat parking yang teruk, nak keluar masuk pun susah dan dengan keadaan lampu yang malap, mengenakan charge rm2.00 sejam. 9.55am-2.00pm dengan harga tu? Dahla KOMTAR tu hidup segan, mati taknak... Negeri berkebajikan kata ngko? Pegi mampus la!

Saturday, August 8, 2009

Satu Apresiasi



Akhirnya... Brader Joe telah dikejutkan dengan satu pemberian yang tidak dijangka oleh salah seorang peminatnya iaitu Saudara Zulhakim (nick: fanatikwings) dengan pemberian Ibanez RG370DX Lefthanded.

Saudara Zulhakim dari Alor Star, telah menyerahkan Ibanez RG370DX (lefty) kepada Joe Wings pada 2 Ogos 2009, bertempat di Hotel Sunway, Penang. Saudara Zulhakim merupakan salah seorang dari ribuan peminat WINGS yang betul-betul hardcore. Dengan penyerahan gitar ini, menjadikan Joe Wings menambah satu lagi koleksinya selain daripada:

GIBSON Les Paul Custom
HAMER Custom Reverse Headstock
KILLER KG-Prime Original
SCHECTER Hellraiser Lefty
TAYLOR Acoustic
MAESTRO EJ-1, ED12-1 Acoustic

Maklumat lanjut di forum Sayap-Sayap Wings (rasmi)

Apresiasi bukan Bahasa Melayu. Tapi ia membawa maksud kepada Appreciation atau dalam Bahasa Melayunya ialah penghargaan. Dalam kes ini, aku speechles dengan Zul. Aku tanya dia, kenapa dia sampai sanggup bagi guitar kat Joe Wings? Aku yang nak beli gitar sendiri pun terketar tangan nak beli.. Berikut ialah jawapan dia, tanpa sedikitpun aku edit:

"Dari kecik, aku mmg minat joe wings. Memang impian aku dari dulu utk bagi gitar kat abg joe. Akhirnya, selama 22 thn menunggu, akhirnya impian aku tercapai. Baru2 ni, aku borak panjang semasa dlm perjalanan dari penang ke ipoh. Abg joe naik kereta aku. Sembang2 pengalaman dia. Memang best. Tak sombong. (Yg lain hang tulis la, aku x tau nak karang dah.. Hi3..). Tapi mmg minat gila dgn joe wings.. "

Zul, memang beruntung ko dapat peluang macam tu. Dan 22 tahun adalah satu tempoh yang cukup panjang untuk dapat peluang macam tu. Aku pulak, baru 2 -3 kali dapat jumpa Abang Joe, tu pun tak pernah bersembang apa pun!!! Tak reti aku nak bersembang. Hahahahah... Yang aku tau, bagi gitar aku mintak dia sign aja.. Nak bagi? Mati idup balik aku nak beli balik gitar tu tak dapat dah... Miskin beb!
--------------------------------

Mood gua tengah baik. Di sini... Gua juga ingin menghargai pembaca-pembaca gua selama ini. Untuk Bulan Julai.. Gua lupa snap la pulak...
Pengkritik paling tegar pada bulan Julai jatuh kepada Deaf. TQ for rocking my un-famous blog, walaupun kadang-kadang ada entry rock leleh menghampiri dangdut.
So, bro deaf... Sila emailkan alamat lu untuk gua bagi satu barang sebagai penghargaan gua untuk lu. Mungkin akan sampai lambat sikit sebab dengar cerita, posmen cuti emergency banyak hari. Tapi, gua janji.. TETAP akan sampai. Email gua yerk!!! Alamat ada kat atas tu atau klik aja kat sini. Takleh tulis direct, nanti kena spam.

Tuesday, August 4, 2009

Rock N Retro Sinar.fm



Macam ku kenal... Botak dan gitar pun macam aku punya... Tapi jauh panggang dari api la kalau nak dibandingkan dengan legend yang dikenali sebagai Iron Maiden Singapore ni.



Dengan himpunan orang awam, daripada baby sampailah ke Pak Lebai (kompom aku tak tipu), kebanjiran manusia tak dapat dinafikan lagi.



Keriangan yang terpancar setelah lama tidak membuat open show... Ditambah pulak dengan penghargaan daripada peminat yang menghadiahkan EP berharga kepada beliau.. Iaitu EP album bapanya yang mereka sendiri tiada, mampu membuatkan wanita bersuara power ini menangis terharu.



Dengan himpunan otai-otai yang tidak perlu diperkenalkan lagi, bisa membuatkan rockers utara terubat gundah gulana merasa peluh meleleh acapkali konsert menjelma, dan mampu membuatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik berjoget sekali.



Kehadiran insan-insan boroi semestinya... Menghangitkan suasana!!! Har Har Har....

Sebenarnya, aku dah tak tahu hujung pangkal macam mana nak cerita konsert Rock N Retro Sinar.FM ni. Suasana free concert ni lain sikit daripada Tapak Pesta Sungai Nibong. Mungkin keluasan tempat ni menjadikan.... Mungkin 12-15 ribu manusia membanjiri Tapak Ekspo ni untuk mengimbas kembali nostalgia zaman Rock dan Pop yang begitu gah sedikit masa dahulu.



Kehadiran MAY yang bertenaga persembahannya amat dinantikan. Asyik sekali mendengar gorengan-gorengan gitar dari Abu yang mampu menghangitkan setiap ayam goreng yang dijual dengan rentak dan tune yang sama dalam album, mendapat pujian ramai daripada juri-juri proffessional yang tak bertauliah. Mus seperti biasa, berjaya mengawal crowd. Dan setiap kali nama MUS dilaungkan... Aku pun dengan perasannya menyahut.



Rusty Blade.
Tak mampu aku nak review panjang-panjang pasal legend ni. Apa yang aku boleh katakan. Konsert ni... Dah jadi MACAM DEPA YANG PUNYA!!! SERIUS WA CAKAP SAMA LU!!. Dengan langsuir headbang sekali atas stage sewaktu Langsuir Liar dimainkan, penonton histeria.. Sehinggalah lagu yang sepatutnya terakhir dimainkan iaitu Pertama Dan Terakhir.. Dengan lautan manusia melaung untuk encore, Yantzen tak menghampakan peminat dengan.. membelasah beberapa lagi lagi termasuk Ikrar Perwira. Rusty Blade, band of the night!!!



Papa Rock yang cukup sporting dengan peminatnya, adalah satu fenomena kali ni di Penang. Sing Along Kamelia menenggelamkan Fantasia Bulan Madu, di tempat yang sama beberapa bulan lalu. Keputusan kalau ada pertandingan Kamelia Vs Fantasia Bulan Madu.. Adalah seperti Malaysia membelasah Manchester United 4-0. Hahahaha jangan marah aku. Ini kenyataaan.



Sayap-Sayap Wings menerima tempiasnya kali ni. Produk yang dijual, habis setengah dalam masa konsert berlangsung. Dan kesempatan aku menolong dalam menjual official merchandise Wings ni, bertemu pulak aku dengan hardcore dan fanatik Wings yang lain. Lu rasa lu true? Lu hardcore? Then... Lu sanggup hadiahkan gitar kat Guitarist Idola lu? Yeargh!!! Itu kenyataannya. Bro Joe Wings menerima sebuah Ibanez RG370DX Lefthanded yang baru daripada seorang fan-nya, Bro Zul dari Alor Setar. Jadi.. Lu kata lu true hardcore? Lu pikir la sendiri.. Aku pun tak sampai lagi tahap tu, nak beli gitar sendiri pun terketar-ketar!!!! Aku respek habis pada semua Fan-Fan Wings yang lain. Lu semua memang rock kangkang habessssssss!!!!!!

Kesimpulannya.. Pada aku, inilah Free Concert paling berjaya sekali tahun ni. Mengalahkan Sure Heboh yang entah apa-apa!

Friday, July 31, 2009

Old Timer



Aku bukan seorang yang femes dulu. Aku juga bukan seorang yang top. Musuh aku tak banyak. Erk... Betul ker tak banyak?

Sekolah.
Aku masuk lewat seminggu sekolah ni atas sebab-sebab tertentu. Surat aku lambat dikeluarkan. Jadi, tahun 1 hingga 3, skema adalah perumpamaan terbaik untuk menyatakan sikap aku. Dan sampai hari ni, kes aku sorok satu tin biskut Khong Guan dalam locker selalu diungkit kalau ada reunion. Hampeh! Begitu juga kalau bab-bab kedekut benda makan kat hostel. Hehehehe. Kalau diingatkan balik, Tun Dr. Mahathir pernah keluarkan satu isu pasal pelajar-pelajar Melayu berkongsi 4 orang untuk sepinggan nasi ayam. Dengar mungkin macam tak logik saja kan? Tapi percayalah.. Benda tu betul-betul terjadi, malah, kami berkongsi sepinggan nasi ayam untuk satu dorm!!! Hebat betul kehidupan asrama.

Buli.
Aku tak pernah kena buli sebab aku bernasib baik. Kuikuikui...
Seorang senior yang merupakan anak hantu tahap dewa adalah penyelamat aku sebab aku sekampung dengan dia. Ingat lagi, malam suai-kenal, pukul berapa pagi ntah, disoalnya kami seorang demi seorang asal kampung kami, sampailah part aku.... Kampung Benggali Sungai Puyu bang!!!!
Apa!!!!!!!!!!!!?? - pekik salah sorang senior.
Maka rasmilah, aku tak disentuh langsung, waima untuk membasuh baju senior sekalipun selepas nama kampung keramat disebut. Har har har.... Jadi secara automatik juga, aku tak pernah sentuh budak-budak untuk dikendurikan, walaupun kadang-kadang ada jugak budak-budak yang mak bapak diaorang tak pernah ajar gamaknya. Tapi ada satu benda yang aku buat.. Dulu, bebudak mana yang tak pernah kena pow ngan aku? Setakat Nasik lemak, burger dan keropok tu jadi perkara biasa semasa aku Form 5. Jadi, sesiapa yang terbaca statement aku neh.... Aku minta maaf sepenuh hati, kalau nak aku belanja balik burger korang yang aku pow dulu tu, jom kita ke McD, aku belanja.

Sukan.
Aku kaki bangku kat sekolah. Tapi lepas sekolah, aku main Rugby untuk state. Gila.
Tapi aku pelik, petang-petang aku boleh main bola, satu permainan yang paling aku tak suka, tapi aku main. Gila jugak.


Disclaimer.
Mungkin aku jahat. Mungkin mulut aku busuk dan jahat. Mungkin perangai hati kering aku membuatkan aku sedikit dibenci. Mungkin perangai kasar aku membuatku susah dapat awek yang memahami. Mungkin Aku tak reti jaga hati awek aku sendiri atas sifat-sifat aku. Mungkin jugak kepada kawan-kawan aku. Mungkin mulut aku laser gila babi. Mungkin jugak semua tu atas sebab aku hidup dalam dunia lelaki 100% sebelum ni.
Jadi, bersempena hampirnya Ramadhan, aku menyusun sepuluh jari kepada semua.
Terutamanya pada Nurul. Dia paling banyak terluka atas sikap dan mulut aku. Aku mintak maaf.

Monday, July 27, 2009

Konsert Penghargaan Sinar.FM



Urrrrghhhhh..... Dahla aku standby haritu. Harap-harap tak jadi apa-apa la. Untuk penggemar baju-baju band tempatan, insya-Allah Sayap-Sayap Wings akan membuka booth jualan di sana. Jadi, kita jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Sunday, July 26, 2009

Jenayah Di Mana-Mana

Kamal Effendi Hashim pernah mengingatkan kita di siaran 999, kita sering alpa dengan kejadian jenayah dan selalunya akan berkata hal itu tidak akan terjadi kepada kita.

Biasanya kalau kita tengok kejadian jenayah atau mengetahui sesuatu jenayah tu pun, kita cuma mengambil sikap acuh tak acuh dan yang sama waktu dengannya. Seperti dalam entry aku baru-baru ni pun ada menyebut tentang kehilangan guitar dan bass 2 sahabat online aku, kali ni, aku nak sembang tentang kejadian kecurian melibatkan kenderaan pulak.

Berapa kerat diantara kita yang mengambil sikap berjaga-jaga dalam soal keselamatan kenderaan kita dari sasaran penjenayah?
Adakah kita:
  1. Mengunci kenderaan setiap kali nak bayar duit di stesen minyak?
  2. Meletak kunci tambahan setiap kali parking kereta/motor?
  3. Tidak meletak barangan berharga didalam kereta?
  4. Dan lain-lain?
Saja ja aku membebel.... sebab... Hari Jumaat tanggal 24 Julai 2009 merupakan hari paling malang buat aku. Helmet ARC kesayangan telah hilang meninggalkanku buat selama-lamanya... Helmet yang telah di'lock' di bawah seat motor, telah ditinggalkan tanpa perasaan curiga kerana kawasan bangunan tersebut dikawal oleh pengawal bangunan. Tapi apakan daya kalau pengawal pun makan gaji buta.. Helmet telah dikerat talinya dan pencurik yang buta akai tu telah meninggalkan metal loop strap untuk aku sebagai cenderahati. Ya encik pencuri, aku sumpah ngko nanti eksiden kepala terbelah dua. - Selamat... 7 tahun pakai Helmet ARC reput.



Tapi itu semua adalah satu penyebab utama yang menggerakkan aku untuk membeli helmet baru. Muakakakakakaka.... nak beli Arai SZ-Ram 3 panggang dari api lah kan, tapi aku sambar yang lebih advance, Ram-88. Wakakaka, Arai pun tak sempat keluarkan lagi Ram-4... Aku dah sambar Ram-88!

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...