Sunday, July 26, 2009

Jenayah Di Mana-Mana

Kamal Effendi Hashim pernah mengingatkan kita di siaran 999, kita sering alpa dengan kejadian jenayah dan selalunya akan berkata hal itu tidak akan terjadi kepada kita.

Biasanya kalau kita tengok kejadian jenayah atau mengetahui sesuatu jenayah tu pun, kita cuma mengambil sikap acuh tak acuh dan yang sama waktu dengannya. Seperti dalam entry aku baru-baru ni pun ada menyebut tentang kehilangan guitar dan bass 2 sahabat online aku, kali ni, aku nak sembang tentang kejadian kecurian melibatkan kenderaan pulak.

Berapa kerat diantara kita yang mengambil sikap berjaga-jaga dalam soal keselamatan kenderaan kita dari sasaran penjenayah?
Adakah kita:
  1. Mengunci kenderaan setiap kali nak bayar duit di stesen minyak?
  2. Meletak kunci tambahan setiap kali parking kereta/motor?
  3. Tidak meletak barangan berharga didalam kereta?
  4. Dan lain-lain?
Saja ja aku membebel.... sebab... Hari Jumaat tanggal 24 Julai 2009 merupakan hari paling malang buat aku. Helmet ARC kesayangan telah hilang meninggalkanku buat selama-lamanya... Helmet yang telah di'lock' di bawah seat motor, telah ditinggalkan tanpa perasaan curiga kerana kawasan bangunan tersebut dikawal oleh pengawal bangunan. Tapi apakan daya kalau pengawal pun makan gaji buta.. Helmet telah dikerat talinya dan pencurik yang buta akai tu telah meninggalkan metal loop strap untuk aku sebagai cenderahati. Ya encik pencuri, aku sumpah ngko nanti eksiden kepala terbelah dua. - Selamat... 7 tahun pakai Helmet ARC reput.



Tapi itu semua adalah satu penyebab utama yang menggerakkan aku untuk membeli helmet baru. Muakakakakakaka.... nak beli Arai SZ-Ram 3 panggang dari api lah kan, tapi aku sambar yang lebih advance, Ram-88. Wakakaka, Arai pun tak sempat keluarkan lagi Ram-4... Aku dah sambar Ram-88!

4 comments:

  1. baru2 ni depan mata aku ada motor honda wave baru siap dengan kunci sikit punya elok parking kat satu bangunan jabatan kerajaan,
    so kesian kat owner takut moto kena kebas, aku mintak tolong pak guard kat situ ambik kunci dia letak kat helpdesk...
    pas tu aku pun chow, ntah apa citer lepas tu tak tau le....

    ReplyDelete
  2. portdy: aku pun selalu gak terjumpa motor2 yg elok parking tp kuncinya tinggal. cuai betul pemiliknya. Jikalau dijumpa oleh org2 yg tak amanah, sure dah lesap dah motor tu...

    helmet hilang? aku dah terkena byk kali...helmet buruk pun kena kebas. aku pun x paham.haha..lepas dah kena kebas, alang2 aku beli yg agak lawa skit...JAX flipup helmet..kemana2 jer aku bawak...dan aku ada perasan ada mata2 yg menjeling menunggu peluang bila aku akan sangkut kat motor time parking..Jangan Harap!! haha...

    ReplyDelete
  3. bro, lawa la ram88 tu..brp rm ko beli...

    ReplyDelete
  4. apa yang saya cari, terima kasih

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...