Tuesday, November 20, 2007

Rip Dari Kaset

Malam ni, pukul 9 Malam, aku dah buat benda mengarut. Aku start Rip dari koleksi kaset-kaset aku. Aku mulakan dengan kaset Evolusi (Album: Evolusi). Sebenarnya aku nak pi tempah cable untuk Line-In, tapi nampak gayanya tak sempat sebab keja bertimbun (padahal duit takder!).


Jadi, aku gunakan alternatif lain. Cable guitar la aku sebat!!! Aku cucuk kat headphone out Hi-Fi aku, aku cucuk masuk ke Mic in PC aku. Hampeh jer bunyi, tapi at least terselamat jugaklah kaset aku ni dari rosak macam tu jer... Bila dah masuk ke MIC in, pepaham jerlah bunyik macam mana... Tapi belasah jerlah............................ Kalau aku pi kedai, dia charge aku RM20.00. Huh! baik aku buat sendiri!!! Rasa-rasanya kaset aku ni dah nak arwah dah, bunyi tenggelam timbul... Adoilaaaaa....



No comments:

Post a Comment

Officially an iFag

Harini 6 Julai 2026, nak up kat Facebook rasa segan. Letak sini ajalah. Selamat datang 17 Pro Max. Hareyyyy officially an iFag! Semp...