Sunday, November 30, 2008

Trip Memancing Yang Meletihkan


Tengok sajalah gambar member aku tu memancing, sambil tidur pun boleh pegang rod lagi. Semalam memang letih menunggu sang ikan yang tak hadir-hadir. Jan berjaya menaikkan 3 ekor anak pedukang di Pantai Bersih sebelum kami berubah port ke Meriam Timbul (sebelah jeti feri Pulau Pinang).


Di Meriam Timbul, aku berjaya menaikkan seekor semilang yang akhirnya menjadi lauk tengah hari. Pukul 3.40 pagi, kami bertiga tertido atas pelantar tu sampai pukul 5 pagi dek kerana angin sepoi yang memang best sekali untuk tidur di bawah cahaya bintang. Hahahahaha


Nampaknya, khabar angin Siakap Putih muncul di Pantai Bersih adalah sekadar khabar angin semata-mata...

2 comments:

  1. Ada kot sesat sekoq..tapi dah jadi lumrah pemancing untuk makan khabar angin :P

    ReplyDelete
  2. mai join aku pi makan khabar angin. hahahaha

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...