Monday, April 20, 2009

Sahabat Dan V'sion


Akhirnya, penantian Ramo dan Omma Akiera untuk melancarkan satu buah tangan akhirnya terlaksana jua.

Ramo, sebelum ini telahpun diwawancara oleh Muzik.FM bersama dengan Joe Burnmark untuk single Jasad Liar terbaru iaitu 'Bukan Secebis Rayuan', tetapi oleh kerana terdapat masalah-masalah yang tidak pasti. Single tersebut senyap begitu saja. Sayang seribu kali sayang, aku tak nafikan suara Ramo dengan gabungan Joe Burnmark memang menjadi. Tapi nak buat macam mana, dah tak kesampaian nak release single, tapi macam-macam dah jadi... Apa boleh buat kan?

Bukan mudah untuk mendapat '4 star' dalam review di akhbar arus perdana. Tambahan pula, V'sion masih baru - tapi sebenarnya tak baru. Hehehehe. Omar dalam V'sion dikenali sebagai Omma Akiera (amboi amboi bro Omar, dah macam Akira Takasaki jer pun?) ialah bekas pemain gitar untuk Laksamana yang terkenal dengan... Gugurnya Bunga Cinta. Ramo pula, sapa tak kenal di youtube? Carilah sendiri,

Tambahan pula, sesiapa yang pernah melepak di Bistro Bukit Bintang, sudah pasti pernah bertemu kelibat Omar dan Ramo.



Dah lama aku tak jumpa Ramo. Lama sangat.
Kadang-kadang semua info dia aku dapat dari sms saja. Maklumlah, Ramo orang Singapore. Jadi, kalau dia ada di KL, aku takder, Kalau aku ada di KL, dia takder - macam tu lah kisahnya kisah aku, kawan-kawan lain dan Ramo.





Abang Omar pulak, aku cuma jumpa masa dia perform di Bistro jer. Aku tak kenal sangat sebenarnya. Hehehehe. Tapi apa boleh buat, masa darjah satu lagu hit Laksamana tu aku dah hafal sampai periksa aku dapat no 2 dalam kelas. Wakakakak.

Apa-apapun, aku doakan agar mereka berdua berjaya. Vokal dah sedap, guitarist dah power. Cuma peranan media jer nak tolong support atau tak artis kita sendiri. Aku pulak dengan kumpulan aku iaitu SPR atau nama panjangnya Suruhanjaya Pilihanraya Sungai Puyu Rockers, memang dah lama meletup dengan album pertama kami dengan lagu berhantu kami Lena Dibelit Ular Sawa suatu ketika dulu. Jadi, takper, bagi jerlah kawan-kawan sukses. Muakakakka~ Semoga V'Sion berjaya. Salam dari sahabat - speed.

6 comments:

  1. lena dibelit ular sawa yg top skrg ni kat youtube ke? hehe..nt glemer jgn lupa aku..hehehe

    ReplyDelete
  2. gua dengar2 lu ni pesen geng2 kapak. betol ke??

    ReplyDelete
  3. Ha'ah. Mamat gendut dalam Kung Fu Hustle tu, sidekick aku ler tu. Geng Kapak.

    ReplyDelete
  4. ni pesen indie ke group ko nieh??
    tak menahan aku dengar tajuk Lena Di Ulit Ular Sawa tuh..

    ReplyDelete
  5. tu lagu cover Wings tu. Bila SPR main, jadi la tajuk lain. wakakaka

    ReplyDelete
  6. Akhirnya harapan untuk melihat kemunculan geng Ramo dan Omar dah terlaksana... Ramo pun dah lama sangat diamkan diri.. bz agaknya...

    ReplyDelete

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...