Sunday, September 20, 2009

2 Minutes 2 Midnight



Dengan perasaan malasnya, kelmarin aku mandikan bini aku ni. Dah lama tak mandi. Sempena hari raya yang hampir kunjung tiba, spesel sikit aku mandikannya, dengan buih sabun 1st class di kedai mencuci kereta. Orang lain semua cuci kereta, tapi aku sebagai VVIP, masuk motor pun takper.



Lazimnya, secara tradisi, akan ada satu jamuan pada malam raya di hadapan kampung aku. Ada 2 seksyen utama, iaitu seksyen Pemuda dan satu seksyen lagi seperti gambar diatas, dikhususkan untuk orang-orang masjid. Biasanya, kami akan start bakar satay dan ayam sebaik selepas Isyak. Selepas takbir raya berkumandang di masjid berhampiran, kalut jugalah kami bakar semua stok-stok makanan tu.



Tukang bakar pulak, tiap-tiap tahun muka yang sama. Aku pulak, makan saja. Hahahahaha... Dulu rajin nak bakar-bakar ni, tapi makin lama, makin malas.. Tunggu nak makan saja.



Majlis akan bermula secara rasmi selepas orang-orang masjid mengambil tempat duduk masing-masing di belakang stall burger yang selalu aku lepak. Selepas doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid, jamuan pun bermula. Selalunya simple-simple saja seperti teh o, teh tarik, kopi o dan minuman sejuk. Makanan pulak, makanan standard doa selamat la - bihun goreng. Kami pulak geng-geng pemuda ni, biasanya akan supply satay dan ayam bakar untuk dimakan bersama-sama.



Uniknya jamuan kami, pada malam raya tersebut. Tak kira la korang orang UMNO ker, PAS ker, KeADILan ke, DAP ker, kami semua makan sekali. Hah, jangan tak caya pulak! Politik diketepikan, keharmonian dijaga. Biasanya, tokey-tokey kedai Cina di hadapan kampung selalu dijemput makan sekali dengan kami. Tahun ni, menerima kunjungan daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Naib Ketua, Setiausaha dan AJK-AJK lain. Kami collect duit sikit saja, jadi tak berani nak panggil ramai-ramai. Setakat makan-makan dan bersembang apa yang patut saja. Malam ni jugak, derma kilat dikutip daripada kami semua untuk tabung bencana kebakaran yang berlaku di Jalan Mengkuang, Bagan - 6 keluarga terlibat.



Biasanya, semua member-member rapat aku di kampung akan berada pada malam ni. Tak kira yang dah kahwin atau tak, malam ni ialah malam pemuda. Selalunya peluang ni lah yang diambil untuk bertanya khabar member-member yang dah lama tak jumpa.



Yang speselnya pulak tahun ni, ada mesin jus. Apa lagi, macam-macam la yang dieksperimenkan. Jus tembikai campur epal pun ada! Jangan sakit perut time nak sembahyang raya esok sudahla...



Harharhar... Tradisi ni memang takleh nak kata apa dah.. Untuk rekod, geng-geng kampung pernah kena kejar dengan polis sambil tanggung meriam buluh dulu. Biasanya hal ini adalah sangat biasa kerana pada Tahun Biru Cina, 2x5 aja macam ni. Jadi, give and take la.. Setahun sekali.. Kuikuikui..



Bersempena hari baik bulan baik ni, saya - Musyrif Bin Abu Bakar, dengan ini menyusun 10 jari memohon keampunan daripada sesiapa saja yang mengenali aku atas keterlanjuran kata-kata dan sikap yang mungkin tidak disenangi oleh sesiapa saja. Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin dari www.speedrider.org

Kepada perantau.. Hayati video di bawah.

11 comments:

  1. Sangat menarik ritual malam raya korang. Acara ritual malam raya aku ialah lepak kat town Klang sampai pagi sambil layan tengok orang yang shopping last minutes dengan member2.

    Kalau kat tempat aku basuh motor kat car wash RM 4. Siap tembak chemical kat bawah enjin..hahaha

    Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya. best la aku tgk gmbr dan aksi mlm raya korang. huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya bro.Maaf zahir dan batin...

    cam best tgok aktiviti mlm raya korang...haha

    ReplyDelete
  4. selamat berlebaran bro...

    meriah beb tempat lu!

    ReplyDelete
  5. slamat beraya

    suasana malam ni mmg best untuk buat macam2

    ReplyDelete
  6. update blog! update blog! aku gigil wei takde blog nak baca

    ReplyDelete
  7. Masing-masing masih kekenyangan ketupat lemang & mintak mak kuih sepotong.

    Maybe minggu depan masing2 akan berebut-rebut update blog..hehehe

    ReplyDelete
  8. The killers breed or the demons seed,
    The glamour, the fortune, the pain,
    Go to war again, blood is freedoms stain,
    But dont you pray for my soul anymore.
    2 minutes to midnight
    The hands that threaten doom.
    2 minutes to midnight
    To kill the unborn in the womb.!!!

    yeah,...sori lama gua tk berblogging!selamat raya!(raya kn sbln!)gua asyik ngn ps je skrg...huhu....erm,brader speedrider lyn metal jgk kn>?7hb sil khannaz ,voci,as sahar men kt kl.jom pegi!k?

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...