Thursday, October 8, 2009

Junction - Arah (1988)



Aku gatal tangan nak amik gambar dan menulis pasal Junction. Aku taktau kenapa. Susah aku nak explain kenapa aku nak jugak buat entry pasal Junction neh. Jawapan yang amat komplikated rasanya untuk diterjemah dan dilahirkan dalam bentuk jawapan Bahasa Melayu (Pemahaman) UPSR.




Dari segi lahiriah, kaset ni adalah dalam bentuk terbaik, tapi dari segi batiniah, dah sumbang mambang suaranya tenggelam timbul. Ditambah pulak dengan ke'melankoli'kan suara Hatta selaku vox, boleh membuatkan lagu Akan Ku Kenang dan Demi Cinta Setia aku kategorikan sebagai lagu pop rock paling leleh dalam genre rock! (tolak Eddie Hamid punya lagu la).



Album tahun 1988 ni, kepunyaan sepupu aku. Dan secara rasminya aku dah buat harta sejak hampir 10 tahun rasanya. Terdapat permintaan untuk trade kaset ni, tapi perasaan sayang tu menebal. Ditambah pulak, ni adalah satu-satunya album Junction yang aku dapat pegang, memiliki, memainkan dan mendengarinya dalam bentuk fizikal. Dulu-dulu punya kaset memang simple habis. Bukak inlay cuma kosong dan ada lirik sajalah jawapnya. Tahun 1988 rasanya $9.35 (ya, masih Simbol dollar) dah mencekik kalau nak membeli. Jadi, alternatifnya, banyak kaset hitam dengan logo Dolby Surround berlambak-lambak time tu. Aku ingat lagi, aku pernah ikut abang sepupu aku pergi dubbing kaset depan Supermarket Grand, depan padang PPC di Bagan Luar.



TRACKLIST
Kesetiaan
Demi Cinta Setia
Arah Kehidupan
Akan Ku Kenang
Perjalanan
Dosa
Tak Mungkin Lagi
Kenangan Berlalu
Alam Mimpi
Berakhirnya Pencarian

------------------------info band------------------------

Info dari Muzikrock.com
JUNCTION
(Rock)
BIODATA

ASAL Segamat, Johor
PENYANYI Hatta
GITAR Mann (Noorazaman Zainal Abidin)
Amir (Mohamad Amir Ahmad)
BASS Syed (Syed Mohamed Syed Abdullah)
DRAM Misman (Misman Kisot)

KONSERT Reunion di Karnival Setapak Jaya, Kuala Lumpur (28 Jul. 2007)
ALBUM
Arah (1988)
Penentuan (1989)
Petualang (1990)

ALBUM KOMPILASI
Best Of Junction (2001)
4 Terbilang: Memori Hit Kumpulan Pop Rock - Pelbagai Artis (2005)

RAKAMAN SEMULA
Akan Ku Kenang (2006 / Def-Gab-C - RWD 0106)

LAIN-LAIN
Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Cebisan Luka & Kepastian.



Sekalipun banyak komen-komen dari forum-forum yang mempertikai/memperkecilkan kemampuan vokal Hatta (dikatakan, dulu... senang jadi artis, hehehe) terutamanya dari segi suaranya.... Tapi apa mau buat.. Akan Ku Kenang dan Demi Cinta Setia boleh aku labelkan sebuah evergreen song dalam Rock Scene Malaysia. Aku taktau la kalau ada yang tak setuju dengan aku, tapi aku rasa itulah hakikatnya memandangkan kerja aku ni, memerlukan aku memandu jugak, jadi dengar radio ni hampir hari-hari waktu kerja sambil memandu. Asyik 2 lagu ni saja yang diulang, sorry to say la...

Tengok possing pun aku rasa dulu minah-minah rock boleh terus cair. Album simple, tapi 2 lagu berhantu yang menjadi siulan sampailah kini temasuk di Karaoke Jamban sekalipun.

Personal Favourite:
Akan Ku Kenang
Demi Cinta Setia
(kuikuikuikui yang lain tak masuk kepala aku, hahahaha)

6 comments:

  1. Ahak!!! Lu ada simpan lagi harta karun ni....aduiii memori tu!! Antara rock leleh yg pernah gua layan... Ok apa!!

    ReplyDelete
  2. Demi Cinta Setia tu kalau William Axl Rose dapat, dia bikin style November Rain beb, jgn main-main...

    lagi satu lagu gua suka ialah Tak Mungkin Lagi. makan jiwa woo..!!

    ReplyDelete
  3. junction ni aku ingat dulu pompuan yang nyanyi hehe tp aku tak pernah dgr lagu2 heavy junction..yg slalu dgr cam yg ko nyatakan tu ler hehe

    ReplyDelete
  4. aku masih ada simpan kaset ni dan Penentuan..

    tu la..ramai org tau Junction pasal lagu leleh dia jer..cuba try dengar lagu Dosa...power beb!

    ReplyDelete
  5. wow!rare ah!!!gua byk simpan sofea!hehehe....

    ReplyDelete
  6. ade sesape yg nk trade album junction gtau aku..
    dh lama aku cari wey...

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...