Sunday, November 8, 2009

Hujung Minggu Paling Best

Aku terima macam-macam berita minggu ni. Daripada member aku yang dah start bawak kereta dan yang beli motor baru. Yang nak kawin dan yang kawin baru, semuanya cukup. Kalau boleh, aku rasa macam nak terjun laut macam Abang Ben dan Family buat. Tapi, laut kat Penang dah tercemar teruk dan boleh membuatkan sisa-sisa rambut aku yang masih tinggal untuk terus gugur buat selama-lamanya.

Lumut pun dah start buat contest. Tapi bapak payah punya contest. Ada ker patut dia suruh aku teka berat dia masa dia beranak dulu? Ini tak patut... Merujuk kepada contest beliau yang rasa-rasanya aku tak mampu masuk sebab soalannnya amat menduga minda, terfikir jugak aku bila la aku nak buat 2nd contest Speedrider Networks macam aku buat Speed Contest dulu tu?Nanti la kot.

Jadi biol aku memikirkan hal ni semua bukan kerana apa. Aku terlantar aja kat rumah 2 hari ni. Start daripada Jumaat selepas kena injection disebabkan diarrhea dan vomitting cases yang tak kebah-kebah. My weekend is like living in hell. Terjaga pukul 2-3 pagi semata-mata melayan perasaan loya termuntah sana sini. Memang satu perasaan ngeri yang amat sangat.

Lapar memang lapar, tapi bila nak makan ja, pikir 2-3 kali sebab takut muntah. 2 hari ni, makanan ruji aku ialah 3-5 sudu bubur nasi. Alhamdulillah, mak masak kat aku. Ni yang untung orang bujang tinggal dengan mak. Hahahahahahahaha~

Erm.. Esok Hari Isnin kan... Lupa nak cakap... Esok Doktor tu bagi MC lagi kat aku.. Hahahahahahahahahahaahahhahhahaha~ huk huk huk...Senak perut....

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #14/30
------------------------------------------------

2 comments:

  1. Sapa yang baru start bawak keta tu oi?!

    ReplyDelete
  2. Isnin cuti eh... boleh buat entry terpanjang dalam sejarah. Banyak masa tu nak membebel.

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...