Wednesday, January 20, 2010

Adnan Sempit

Nama Gua, Adnan Sempit..

Semuanya sempit, baju sempit, seluar sempit, poket sempit.. Dan bila poket sempit.... Pepahamla duit pun macam mana kan?

(gelak satu panggung)

bla-bla-bla..

Di mana ada kemahuan, di situ ada highwaaaay~ (gelak lagi)

Start Throttle Modenas GT128, 'ter'wheelie, tergolek dog - "kantoiiii......"

Sekali lagi gelak satu panggung!

--------------

Plot awal pun dah membuatkan satu panggung gelak tak henti-henti. Apatah lagi keseluruhan cerita ni!

Setelah gua agak jemu dengan KL Menjerit dan Remp-It yang gua rasa overrated sangat pasal mat motor ni, Ahmad Idham memberikan perspektif yang berbeza tentang kehidupan Mat Motor. Bolehla tengok apa kata Ahmad Idham dan pelakon dia, Yana yang ditemuramah oleh editor majalah permotoran yang paling sengal rock dalam Malaysia; Ghani Arafatz dari majalah Kapchai. (heran gak aku, pesal dia pi interview Yana... cis!)



Pada pendapat gua, Ahmad Idham pandai mengambil peluang dalam berkarya. Ya, terus terang gua katakan, walaupun filem ni tak banyak sangat aksi-aksi yang thrill macam dalam KL Menjerit, Remp-It dan Bohsia, sekurang-kurangnya imej clean Mat Motor yang cuba dikupas oleh Ahmad Idham amat gua tabik spring!




Cuma dari pendapat gua, scene yang paling gua tak berkenan ialah time Bobby dan Wawa bercengkerama kat tepi tasik sambil menyanyi. Boring yang amat, tak lawak pulak tu... (ni mungkin untuk gua saja). Keseluruhannya... Gua memang puas hati!!!! Gua rasa amatlah tidak adil kalau gua 'spoil'kan terus movie ni sampai habis. Pada pendapat gua, ini adalah Filem Melayu Mesti Tonton 2010.



Bercakap pasal motor, Remp-It V3: Samseng Jalanan punya trailer pun dah keluar... Nampak sangat lagu-lagu sekarang tak best apabila Pawana (Search) dipilih sebagai soundtrack filem ni. Long live Rock and Roll!!!!! (dan motor-motor rare atas jalan seperti Suzuki Panther Jerung dan mesin drag racing rangka pun ada...)

8 comments:

  1. sound filem amacam? ada mcm standard bunyi2an dubbing (ala kadar) cliche filem2 melayu yg lain x?

    rasa2nya filem melayu terakhir yg aku tgk kat pawagam maybe puteri gunung ledang kot (pergh punya main lama tu)

    ReplyDelete
  2. seperti biasa, ada la sikit2. Tapi aku rasa cicakman punya dubbing lagi teruk. Yang tak ketara sangat dan tak mengganggu tumpuan.

    ReplyDelete
  3. ahmad idham punya film..aku sanggup tgok lagi berbanding prof madya razak tu...hancuss..

    ReplyDelete
  4. filem nie mmg masyuk

    adegan aqiqah tepi sungai pun syok. tapi sayang kena censored. wakaka

    ReplyDelete
  5. amboi anip.. bab qiqah tu hang lajuuuuu ja..

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak tengok wayang...lebih2 lagi citer melayu... Tengok trailer macam best je...

    ReplyDelete
  7. baru abis tengok cerita ni... serius lawak. sampai ke sudah berdekah... huhu...

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...