Ini akan menjadi entry yang agak panjang.
4 May 2017 aka May The 4th Be With You day merupakan hari yang tak akan aku lupa. Manakan tidak, lagenda thrash metal dunia, Megadeth pertama kali mengadakan persembahan setelah hampir 20 tahun diharamkan dari mengadakan persembahan di Malaysia atas tekanan politik pelbagai pihak. Tarikh yang tepat adalah sejak tahun 2001, mereka telah diharamkan dari membuat persembahan. Mati akal juga nak letak tajuk entry kali ni. Tapi tengok sendiri la gambar di atas, dua bapak budak macam dapat cokelat bila isteri masing-masing bagi ‘line’ ke KL, ok la kot tajuk tu. Hahahaha!
Plan asal nak buat entry berasingan macam travel log, tapi tak jadi. Aku rasa baik aku masukkan semuanya dalam satu entry supaya anda semua terseksa baca satu-satu apa yang aku nak tulis.
Perjalanan ke KL, aku ditemani Ikhwan (gambar atas). Nak dijadikan cerita, Ikhwan adalah jiran taman aku. Dia tinggal di Fasa 1 dan aku di Fasa 2. Sebenarnya aku tak tinggal lagi pun di taman perumahan tu. Pertemuan dengannya di majlis hari raya persatuan penduduk taman dan oleh kerana dia ada mutual friends dengan kawan-kawan aku di FB, dia menjadi rakan FB aku. Dari situ, dia mula tahu ada benda yang menghubungkan aku dengan dia; gambar, motosikal dan muzik.
Cut the story, dalam perjalanan melalui PLUS, Ikhwan mencadangkan Mee Kari di R&R Ulu Bernam (arah selatan) dan sebenarnya aku tak pernah cuba langsung Zul Mee Kari ni. Bila rasa, Masya-Allah punyala sedap. Aku ambil Mee Kari Special berharga RM6.90 (boleh pilih daging atau ayam) dan rasanya memang power ya amat. Sesiapa yang singgah R&R ni bolehla try, memang padu.
4 jam perjalanan tak terasa apabila kami asyik membincangkan pasal Megadeth. Yang membezakan, Ikhwan ambil seat UL5 dan aku UR5. Punyalah kalut Ikhwan ni sampai ambil tiket tak bagitau aku, sanggup duduk sorang-sorang. Aku sempat survey kawan-kawan yang ambil tiket PPRT Pit ni (hahahahha) dan banyak yang berada di UR5. Lagi satu, memandangkan aku masih baru dengan material Megadeth, membuatkan aku rasa cukupla sekadar tiket PPRT memandangkan satu lagu Megadeth tak melekat pun dalam kepala.
Aku menginap di Hotel Midah. Biasanya aku tak cerita pasal hotel. Tapi memandangkan Hotel Midah belanja aku Premium Room, aku masuk jugak dalam entry kali ni. Sebenarnya aku ambil bilik yang paling murah, tapi bilik aku tu telah diberikan kepada semua anggota TLDM (Navy). Kalau tak silap mereka semua ada la dalam 3 bas punya ramai dan mereka menginap sebab ada perbarisan menghadap Agong yang baru, Sultan Muhammad V.
Terima kasih Hotel Midah sebab bagi free upgrade walaupun tab mandi tak boleh tutup lubang dan soket plug satu tak boleh pakai. Hahaha takpa sikit ja janji bilik besar boleh terjun tiruk.
Lepas post gambar sikit di FB, datang dah racun-racun dari bandar KL ni. Khairil dan Awyn (kenalan Vinyl Passion @ FB) dah mula tabur racun yang Tandang Records cuma dalam 200M meter saja belakang Hotel Midah. Sekali tauke Tandang pun masuk komen tabur racun tempek peta. Dalam keterpaksaan, aku pun berjalan kaki dan singgah ke Tandang Records.
Ini pertama kali aku ke Tandang Records. Sebelum ni diaorang bertempat di Rumah Api, baru berpindah ke Jalan Kampung Attap ni. Nama je Kampung Attap tapi semua bumbung absestos. Silap-silap orang KL ni, atap pun tak tahu benda apa.
Wong (yang jaga kaunter) rupanya asal dari Bagan Dalam. Aiseh my friend jumpa orang kampung. Maka keluarlah loghat Penang dalam kedai. Last sekali, tauke Wan Hazril datang dan sempat la aku ambik gambar sikit-sikit buat kenangan.
Tangan photobomb tu milik Aaron Gergasi, dia mati-mati tanya aku mintak Bob Pilgrims datang kedai sebab rindu dah 16 tahun tak jumpa. Lepas sembang-sembang apa sikit, aku pun balik hotel. Tandang tutup awal haritu sebab diaorang ada kerja di Rumah Api.
Ini kisah perjalanan aku ke Stadium Negara. Wan Hazril dan kawan-kawan KL lain cakap jalan kaki ja boleh. Tapi Bob Pilgrims (Magnus Caleb @ FB) call aku dan bagi tips macam mana nak naik LRT. Ya, alasan aku cukup kuat; kat Penang tak ada LRT, bagi la can kat aku naik LRT!
This metalchick (baju nak oren) ask me whether Im going to Merdeka Stadium for Megadeth. I said no, it should be National Stadium. She look back her ticket and start panicking. She asked me whether I want to share a cab there.
But macam I biasa, I berlagak cool. Asked her to take LRT instead and turun at Hang Tuah.
Ahhh thank you Magnus Caleb for the tips. Awkward gila orang hulu Penang ajar awek Ampang kat mana nak naik LRT. Dah la tu terkebil-kebil aku nak bayar LRT ni pakai token! (Touch N Go tertinggal dalam kereta). KAHKAHKAH!
Setelah turun dari LRT stesen Hang Tuah (aku naik dari Maharaja Lela, tambang RM1.60) dengan Metalchick baju oren tu, dalam 300M dari stesen, masuklah aku ke laluan Stadium Negara. Gerai-gerai jualan merchandise (bootleg) dah macam cendawan. Ada yang elok dan ada juga yang buruk. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tapi aku pegang nasihat Ijau, kalau nak beli, beli lepas habis konsert sebab biasanya semua akan lelong untuk last kopek punya sale.
Akhirnya aku sampai di kaki bukit menuju pintu masuk Stadium Negara. Kat sini aku terkebil-kebil dan timbul juga penyesalan datang seorang.
Metalhead ramai dah berkumpul dan semua ambil kesempatan ni macam friends reunion. Ada yang melepak isap rokok dan ada yang melepak makan-makan.
Dari visual, kebanyakan yang datang adalah Gen-X. Banyak yang dah beruban tapi ranggi dengan baju tengkorak. Jumpa juga muka-muka familiar yang aku kenal kemas dan segak tapi hari ni adalah hari ‘A Tout Le Monde’, mestila pakai baju tengkorak warna hitam! Hahahha!!
Aku dicuit dari belakang dan akhirnya saat yang ditunggu telah tiba, Ijau yang telah aku kenal melalui blog akhirnya muncul di depan mata buat pertama kali. Daripada bersembang pasal gitar, meleret kepada nasi kandar. Itu adalah versi aku dan Ijau di dalam blog.
Versi realiti haritu dimulakan dengan tanya khabar masing-masing dan kesihatan family (anak-anak dan isteri Ijau baru baik demam campak sebelum dia datang KL) kemudian disusuli dengan cerita Metallica di KL (menyesal tak pergi tengok) dan Ijau siap cakap apa outfit yang dia pakai haritu 90% outfit waktu tengok Metallica.
Ada juga tanya apa cerita Jairo dan Takilala sikit dan geng-geng Borneo yang lain, tapi nampaknya kali ni Ijau seorang yang datang. Tabik!
Kami bertiga (dengan Ikhwan) menunggu Berteromber datang sebelum kami masuk ke pintu utama stadium.
Pemeriksaan keselamatan mengejutkan ramai perokok apabila rokok tidak dibenarkan dibawa masuk. Samada tinggalkan di pos keselamatan atau balik simpan di kereta. Banyak jugakla rokok bertimbun atas meja tu. Untungla masa balik yang tinggal rokok sikit, masa balik gagau kotak rokok banyak.
Ijau paling sempoi, dalam yang lain-lain kantoi botol air, dia dengan Ribena terlepas masuk. Sebelum tu dia dah tunjuk poket Doraemon dia tu. Aku pulak nasib baik vape lepas bawa masuk, kalau tak pishanglaaaaa nak tinggal vape. Mana ada kereta kat tempat parking nak simpan!
Merchandise booth sangat menyedihkan. Dah la kecik, aku rasa booth jual karipap lagi lawa hias kat pesta makanan. Gila apa booth merchandise Megadeth nampak bodoh kosong macam ni.
T-shirt sold out sejak sale mula dibuat pukul 4.30. Rasa macam nak terbalikkan meja pun ada. Dapat info cuma 50 set tour tshirt dibawa masuk, lebihan dari show di Singapura. Yang tinggal cuma Bandana RM70, snapback cap RM120 dan sweater RM250. Ijau siap tanya Seventen or Seventy dua tiga kali dalam entry Dystopia di Kuala Lumpur. Ye la gila apa bandana kecik RM70. Tshirt sold out tu khabarnya RM150. Tapi aku tak beli apa pun sebab aku declare official merchandise punya design buruk nak mampus. Bootleg kat gerai luar stadium buat lagi lawa.
Lebih kurang pukul 8, aku, Ijau, Berteromber dan kawan Bert masuk ke UR5. Akhirnya dapat juga tengok sekali seperti yang dirancang. Kenal melalui blog, bloggger dari Penang, Johor dan Sarawak berjaya buat meet up dalam konsert ulung Megadeth Live In Malaysia.
Kami duduk di UR5 dan kami menggelarnya sejak konsert Metallica ia adalah tiket seat PPRT memandangkan ia adalah tiket termurah untuk sesebuah konsert berskala besar.
Aku pulak tak begitu ralat sebab kalau aku ambil Deth Pitt tapi tak boleh sing along pun tak guna jugak.
Tepat pukul 8 malam, opening band malam tu Massacre Conspiracy atau MC16 memulakan persembahan. Aku memang blur habis sebab tak tahu ni band apa. Siap terus post kat FB tanya sapa opening band ni, dari situ dapat jawapan.
Patutla Bert kata awal-awal nak skip band ni sebab tak kenal. Waktu ni, Deth Pitt dan Rock Zone pun nampak kosong nampaknya semua berfikiran sama macam Bert; skip opening band.
Genre apa yang dimain tu mula-mula aku tak dapat tangkap. Sebab ada keyboardist tapi boleh tahan la MC16 ni. Tak pasal-pasal nak kena study pasal band ni sebab dah tengok.
Tak kisah la siapa pun mereka, aku toleh kepada Ijau dan cakap “Depa ni kalau orang perlekeh, depa boleh cakap – aku main opening untuk Megadeth, hang pernah?”
Lepas tu kami gelak ramai-ramai.
Pukul 9 malam. Deth Pitt dan Rock Zone dah penuh dan lagu latar dimainkan. Sorakan “Megadeth! Megadeth! Megadeth!” bergema di dalam stadium.
Dewan bergema dengan sorakan apabila kelibat De Facto Megadeth, Dave Mustaine muncul di pentas. Tiada intro meleret-leret tetapi Megadeth terus balun Hangar 18, Wake Up Dead, In My Darkest Hour dan The Threat Is Real sebelum Dave Mustaine membebel sebab dah lama tak boleh masuk Malaysia agaknya.
Kredit gambar pada pemilik asal |
“Cantik baju ni tapi ada tengkorak pulak kat belakang, spoil betullah takleh bawak gi masjid!” – Berteromber |
Kami berempat mati akal ketika di tangga stesen monorail Hang Tuah. Ijau cakap dia akan menapak saja balik hotel. Bert dan kawan akan menuju ke TBS dan aku paling malas akan menuju ke Maharajalela.
Padahal boleh je kalau nak singgah makan-makan kejap sebab memang semua lapar tak makan lagi pun!
Ijau melangkah pergi dengan salam, dan aku berpisah dengan Bert/Rakan di persimpangan stesen. Sempat juga la menyaksikan aksi kantoi orang jarang naik LRT. Sesungguhnya kami jarang sangat naik LRT, kasi can la…. Hahaha.
Apa pun, inilah sekadar coretan dari aku yang menyaksikan sendiri Megadeth di depan mata walaupun sekadar tiket PPRT.
Megadeth akan diberikan perhatian serius di dalam pengumpulan material seterusnya kerana selama ni aku rasa aku cuma dikaburi dengan Metallica.
Semoga dalam masa terdekat nanti akan ada harapan kemasukan Iron Maiden di Malaysia dan ketika itu, harapnya semua blogger atau pembaca dapat berkumpul sekali lagi di venue.
No comments:
Post a Comment