Thursday, August 25, 2022

Pre-Order Tak Sampai

Tahun lepas apabila Iron Maiden mengumumkan album Senjutsu bakal rilis, aku adalah antara ribuan yang teruja kerana mereka membayangkan antara ikon Asia sebagai watak Eddie; Samurai.

Apabila pengumuman material diumumkan, aku mengambil langkah luar kebiasaan apabila aku join pre-order melalui distro tempatan. Atas sebab cadangan dan reputasi yang agak baik, aku tak teragak-agak join PO kerana ia menawarkan PO untuk rilisan piring hitam marble red, antara rilisan special selain piring berwarna hitam. Untuk melengkapkan format, aku turut memesan CD Digipak sebagai alternatif kalau hari aku malas nak spin piring hitam. Aku tak ambil version deluxe sebab malas.

Apabila tarikh rilisan 3 September 2021 sampai, aku letak buffer 2 bulan sementara aku nak dapat item ni. Ni berbeza kalau aku order direct dari web luar dimana biasanya buffer adalah sebulan dari tarikh release. Namun masuk Disember 2021, yang dinanti belum tiba. Bertanya juga pada distro, jawapan ketika itu adalah kerana shipping issues.

Masuk bulan-bulan seterusnya, aku follow sebulan sekali. Februari 2022 dimaklumkan sangkut kastam dan tunggu clearance. Masuk Mac, tak settle lagi. Kemudia dimaklumkan label cuma pos piring hitam, merah tak masuk. Ah sudah. Masuk April aku dah mula hilang sabar, minta tracking yang sangkut kastam, tak dapat. Apabenda clearance kastam dari Januari sampai April tak settle. Punya lama!

Masuk Jun dan Julai, belum sampai tapi dimaklumkan pada 4 Julai, shipping dah bergerak dan bila sampai akan terus pos. Masuk 27 Julai, cukup setahun aku buat PO dan belum dapat barang. Ni rekod baru, sebelum ni adalah 6 bulan dari Earache bila PO Sleep - Holy Mountain FDR edition (tapi selalu dimaklumkan di web akibat masalah pressing plant).

Masuk Ogos, kesabaran aku makin tipis bila web distro dah mampus tak renew, whatsapp dan Messenger owner tak berjawab. Ni memang puncak kesabaran aku hilang; aku terus post di FB akan masalah ni terus tag owner distro tu minta refund. Posting disambut secara tak disangka dengan kawan-kawan FB lain yang turut order macam-macam. Ada yang dah 2 tahun tak dapat barang pun ada! Rupanya ramai juga tak bersuara mungkin atas 2 sebab; kawan-kawan jadi tokey distro dan orang lama scene metal. Kot?

Senang cerita, aku memang nak refund semula memandangkan jumlah PO dah nak dekat sebelah tangan. Kalau 20-30 ringgit boleh aku pejam mata lagi. Dulu aku selalu baca post-post sindiran dari seller/owner local store yang collector Malaysia tak support kedai tempatan. Maka sini aku nak cakap, sebenarnya ada ja yang support tapi kalau dah kena rip off macam ni, memang ramai la order luar direct walaupun mahal sikit, ada protection refund dari PayPal/Amazon tanpa banyak cengkadak dan cakap pusing-pusing.

Sekian. 

Yang geram,
Aku.

3 comments:

  1. Mungkin aku bernasib baik…aku pernah pre-oder lp Manowar, cd Helloween dan lp/cd Iron Maiden juga dari dia. Tapi semuanya selamat sampai walaupun lewat.
    Tak pasti apa sebenarnya masalah dia. Kita kawan-kawan dah tolong support kedai dia. Patutnya dia lebih jujur tentang apa yang berlaku.
    Dan betul…untuk pre-order rasanya lebih selamat beli terus dari luar. Sekurang-kurang kita ada Pay-pal jika berlaku masalah. Untuk tempatan ni, aku rasa lebih baik beli di shopee.

    ReplyDelete
  2. Banyak pengalaman ni. Bole buat rujukan tribunal pengguna (bagi kawan2)

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...