Showing posts with label vinyl. Show all posts
Showing posts with label vinyl. Show all posts

Wednesday, November 15, 2023

Loteng Untuk Audio Room aka MANCAVE

 Hari ni baru teringat nak publish video Part 3 (dan terakhir) berkenaan loteng aku.


Proses merancang dan melaksana pembinaan loteng ni bukan aku buat dalam tempoh seminggu, tapi hampir 5 tahun lebih rasanya. Site survey dah pernah buat di 2-3 rumah yang dah buat loteng dan banyak benda yang tak dijangka/rancang terjadi waktu pembinaan loteng tersebut, terutamanya disebabkan PKP, perjalanan menyiapkan loteng tersebut telah tergendala hampir 10 bulan.


Di sini secara peribadi aku ucapkan terima kasih pada (aku rasa mereka pun dah lupa aku pernah approach depa ni minta nasihat):


1. Asraf Rahim - structural load dan material untuk platform memandangkan beliau adalah construction contractor.

2. Ibrisam Akbar - structural platform maximum load based on his project on platform memandangkan beliau adalah pensyarah untuk bidang berkenaan.

3. Mohd Al Hafiz - advice beliau berkenaan struktur memandangkan beliau terlibat dengan construction company 

4. Mohd Faisal Md Isa - memandangkan beliau dah ada listening room sendiri. Pembinaan loteng aku merujuk kepada abang Faisal juga untuk mix/match sesetengah benda dan material.


Kalau ikut kesimpulan akhir, memang loteng dalam Malaysia ni semuanya tak ikut spec. Betul-betul ikut spec kalau buat konkrit terus lantai tu atau pasang pillar. Tapi dari situ, memang aku dah minta kontraktor loteng aku reinforce sesetengah bahagian yang dirasakan perlu.


Benda dah buat, selebihnya berdoa baik-baik sahaja semoga semuanya selamat.


Lama sungguh nak siapkan drama bersiri berkenaan loteng rumah aku ni. Harini aku dah keluarkan Part 3 (Finale) sebab baru perasan yang aku dok letak gambar dalam bilik yang dah siap tapi kawan-kawan masih tanya "eh ni loteng haritu ka". Ya ni loteng haritu cuma aku lupa update dah siap kerja-kerja utama dan mengecat.


Semoga vlog berkenaan loteng aku ni boleh memberikan sedikit idea dan maanfaat untuk kawan-kawan yang nak buat loteng juga.


Loteng Part 1:


Loteng Part 2:


đŸ†•Loteng Part 3 (Finale):



Thursday, August 25, 2022

Pre-Order Tak Sampai

Tahun lepas apabila Iron Maiden mengumumkan album Senjutsu bakal rilis, aku adalah antara ribuan yang teruja kerana mereka membayangkan antara ikon Asia sebagai watak Eddie; Samurai.

Apabila pengumuman material diumumkan, aku mengambil langkah luar kebiasaan apabila aku join pre-order melalui distro tempatan. Atas sebab cadangan dan reputasi yang agak baik, aku tak teragak-agak join PO kerana ia menawarkan PO untuk rilisan piring hitam marble red, antara rilisan special selain piring berwarna hitam. Untuk melengkapkan format, aku turut memesan CD Digipak sebagai alternatif kalau hari aku malas nak spin piring hitam. Aku tak ambil version deluxe sebab malas.

Apabila tarikh rilisan 3 September 2021 sampai, aku letak buffer 2 bulan sementara aku nak dapat item ni. Ni berbeza kalau aku order direct dari web luar dimana biasanya buffer adalah sebulan dari tarikh release. Namun masuk Disember 2021, yang dinanti belum tiba. Bertanya juga pada distro, jawapan ketika itu adalah kerana shipping issues.

Masuk bulan-bulan seterusnya, aku follow sebulan sekali. Februari 2022 dimaklumkan sangkut kastam dan tunggu clearance. Masuk Mac, tak settle lagi. Kemudia dimaklumkan label cuma pos piring hitam, merah tak masuk. Ah sudah. Masuk April aku dah mula hilang sabar, minta tracking yang sangkut kastam, tak dapat. Apabenda clearance kastam dari Januari sampai April tak settle. Punya lama!

Masuk Jun dan Julai, belum sampai tapi dimaklumkan pada 4 Julai, shipping dah bergerak dan bila sampai akan terus pos. Masuk 27 Julai, cukup setahun aku buat PO dan belum dapat barang. Ni rekod baru, sebelum ni adalah 6 bulan dari Earache bila PO Sleep - Holy Mountain FDR edition (tapi selalu dimaklumkan di web akibat masalah pressing plant).

Masuk Ogos, kesabaran aku makin tipis bila web distro dah mampus tak renew, whatsapp dan Messenger owner tak berjawab. Ni memang puncak kesabaran aku hilang; aku terus post di FB akan masalah ni terus tag owner distro tu minta refund. Posting disambut secara tak disangka dengan kawan-kawan FB lain yang turut order macam-macam. Ada yang dah 2 tahun tak dapat barang pun ada! Rupanya ramai juga tak bersuara mungkin atas 2 sebab; kawan-kawan jadi tokey distro dan orang lama scene metal. Kot?

Senang cerita, aku memang nak refund semula memandangkan jumlah PO dah nak dekat sebelah tangan. Kalau 20-30 ringgit boleh aku pejam mata lagi. Dulu aku selalu baca post-post sindiran dari seller/owner local store yang collector Malaysia tak support kedai tempatan. Maka sini aku nak cakap, sebenarnya ada ja yang support tapi kalau dah kena rip off macam ni, memang ramai la order luar direct walaupun mahal sikit, ada protection refund dari PayPal/Amazon tanpa banyak cengkadak dan cakap pusing-pusing.

Sekian. 

Yang geram,
Aku.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...