Monday, May 29, 2023

Era Masalah Pertengahan Usia Bermula


Alhamdulillah, tiada apa apa yang dapat aku ucapkan melainkan syukur pada Allah yang memberi aku peluang dan kesempatan sehingga usia aku menginjak ke 40 tahun, hari ini.

Terus terang cakap, memang aku rasa takut. Perasaan ini tidak muncul pada injakan usia ke 20 dan 30 yang lepas. Langsung tiada. Kali ini, aku mula dah rasa takut bermula lebih kurang 6-7 bulan lepas. Rasanya macam sekejap betul, tiba-tiba dah sampai 40 tahun. Takut tu bukan sebab apa, tapi usia 40 tahun ini disebut di dalam Al-Quran dan rasanya dah banyak ceramah agama berkaitan dengan umur 40 tahun ini telah berjalan. Kalau selama ini amal ibadat tersusun baik takpalah jugak, ni rasanya lompong banyak betul.

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Semoga usia ini akan memberikan aku satu ketenangan hidup dan semoga taubatku diterima. Amin.

2 comments:

LANGSUIR MELAYU MYSTIC PENINSULAR TOUR

Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...