Wednesday, August 2, 2023

Larian Langkah Pertama


Rasanya siapa yang friend dengan aku di FB mesti tak hairan dengan posting aku pasal larian ni. Aku dah mulakan larian ni sejak 2019 (kadang-kadang) dan bermula serius sejak 2020.

Paling serius dengan larian adalah pada zaman pandemik Covid-19 di mana 100% hari kerja adalah di rumah. Aku dapat menumpukan/memberi ruang masa yang cukup untuk berlari sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja.

Pada 2022 bermulah zaman Pandemik di mana sektor perkerjaan beransur-ansur kembali normal dan majikan 'hilang ingatan' betapa efektifnya produktiviti dan Key Happiness Index para pekerja yang boleh kerja di rumah ni. Aku tak terkecuali di mana walaupun majikan membenarkan kerja secara 3+2 iaitu 3 hari di pejabat dan 2 hari di mana-mana (flexible), aku dah mula masuk ke pejabat dan masa untuk aku berlari semakin padat dan kurang (kerana faktor travelling ke tempat kerja).

Tahun 2023 adalah kemuncak aku meninggalkan terus larian ni. Hampir sebulan sekali takpun 2 bulan sekali baru teringat nak berlari. Akibatnya, badan lesu dan lemau. Nak buat apa-apa kerja pun cepat pancit dan tak bertenaga. Wife dah banyak kali suruh aku start balik lari dan harini aku try semula.

Disebabkan dah lama tak lari, fitness aku dah hilang 100% dan aku yang biasanya lakukan larian minimum sebanyak 5KM, terasa nak habiskan 1KM pun sangat seksa harini. Masuk KM ke 1.5 macam tu, aku dah rasa pedih dada. Ni petanda aku kena stop dan tak boleh paksa diri dah. Aku berjalan pelan-pelan dan teruknya di finishing line, 3KM pun tak sampai. Harapnya aku start balik ni dapat kembalikan semula rutin 5KM per run selepas ni.

Balik rumah, recovery punya hal bukak periuk nasik, panaskan dengan Sambal Nyet Khairul Aming dan tibai dengan ikan termenung belah belakang. Memang total failure la hari ni!

4 comments:

  1. aku sejak 2022 tak dapat dah nak jogging atau apa2 sukan yang berlari, lutut kanan makin sakit, dulu lutut kiri yang sakit sebab injured main futsal, heran la ni lutut kiri dah ok

    tapi syukur 2023 ni stamina makin ok sebab join boxing, dia punya penangan stamina/endurance sama macam zaman rajin main futsal 10+ tahun lepas

    ReplyDelete
  2. aku nak berlari dah tak larat... buat brisk walking ajer la...tu pun dah start jadi malas bila stop sekejap...nak mula balik tu yang payah...

    ReplyDelete
  3. Semoga kawan kawanku ijau dan bert sentiasa sihat juga

    ReplyDelete
  4. Lari je tak cukup. Dah la selalu miss pulak tu. Diet lagi penting boss.

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...