Friday, January 12, 2024

Batu Nisan Ayah

Ayah, harini Pengerusi Masjid Jamek Perai bagi can tunggu Mus pi letak sendiri batu nisan. Betul la ayah kata dulu, berat betoi batu nisan ni. Nasib baik jenis moden ni dah ada tapak. Kalau tenggelam tak payah jack dah macam ayah buat kat kubur Wan kat Balai Pukat.

Aku tanya Abang Suhairi (Pengerusi), takpa ka letak awal batu nisan sebab biasanya orang tunggu sebulan lebih (biar tanah padat habis), katanya batu nisan sekarang jenis tapak ni dah ok. Dan kubur ni ada orang jaga. Jadi tak perlu fikir bab batu tenggelam.

No comments:

Post a Comment

LANGSUIR MELAYU MYSTIC PENINSULAR TOUR

Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...