Wednesday, July 31, 2024

Ayam Merah Ipoh, Rahmatha


One Meal A Day

Tengah hype OMAD ni sekarang. Aku pulak dah lama amalkan OMAD ni cuma masalahnya tak kurus-kurus ajalah. Hari-hari meal nasik kandaq.


Aku singgah ke tempat kenangan di Ipoh. Aku tak pernah sebut dalam post aku sebelum ni tapi kali ni aku rasa nak sebut. Restoran Rahmatha terletak di Jalan Maxwell. Cuma aku tak pasti adakah nama jalan ni telah ditukar ke Jalan Tun Abdul Razak?


Kedai ni tak guna istilah nasi kandar. Tak ada lauk fancy lain melainkan ayam masak merah stail Ipoh. Aku lebih suka makan di sini berbanding Yong Suan sebab sini ayam dia basah sikit.


Rezeki aku harini datang ada ayam goreng tepung. Dah terpaksa ambik dua ketul; satu untuk nasi dan satu lagi untuk meratah. Sini seperti aku cakap, lauk dia takda merapu sangat. Lauk ayam ni ja lepastu dia letak sikit la jelatah kering bawang/timun. Rasa sini memang klasik dan kalau tekak moden memang takleh telan masuk rasanya.


Dengarnya tauke/tukang masak ni asalnya bekerja dengan Rahmath (belakang masjid negeri) dan itulah jadinya Rahmath tambah 'a' di belakang. Dan kalau compare dengan Rahmath, aku pilih Rahmatha.

Maaf kawan-kawan yang tunggu lama sejak 2018, aku baru reveal hari ni. Kedai dapat Rating B dari Majlis Perbandaran yang pada aku ok dah. Kalau A bukanlah kedai makan nasik kandaq tapi Klinik Kesihatan.

1 comment:

  1. kat Bintulu minggu lepas ada pesta makanan Thai, aku round terjumpalah satu gerai jual nasi kandar utara (utara mana aku tak tau)... dapatlah hilangkan rindu makan nasi kandar walaupun jenis lauk limited

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...