Thursday, July 18, 2024

Pra-Dengar Mini Album Langsuir: Engkar

Gambar: Kadir Chan

Pada 14 Julai 2024 yang lepas, dengan satu keputusan luar jangka yang isteri sendiri tak sempat hadam apa benda yang aku nak buat, aku dah sampai ke Garage Space Ampang dengan menaiki ETS pada pagi tersebut. Tujuan aku ke sini cumalah untuk menghadiri sesi Pra-Dengar Mini Album Langsuir; Engkar.



Gambar: Kadir Chan

Sebenarnya kehadiran kali ini lebih kepada 'menebus' ketidakhadiran aku pada sesi Pre-Listening album Dirgha Belasungkawa pada tahun 2019. Cuma pada sesi kali ini, sesi ini dilihat agak 'panas' dengan isu pengunduran tunjang Langsuir; Azlanthor.

Pengumuman pengunduran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind dibuat betul-betul beberapa hari sebelum sesi Pre-Listening ini. Sekaligus, menimbulkan cakap-cakap kenapa pengumuman pengunduran dibuat lambat dan sebelum sesi Pre-Listening berlangsung? Seperti biasa, yang melontarkan soalan ni tak datang pun. Sekadar memanaskan ruang komen Facebook.



Selaku Melayu berkiblatkan masa orang Jepun yang sampai awal di venue, aku sempat melontarkan soalan nakal pada Mirlanast dan Bentara, adakah Azlanthor akan hadir juga?

Memetik tulisan Bentara, "Azlanthor adalah sebenarnya identiti Langsuir." (6 Julai 2023) sedikit merisaukan aku dengan hala tuju Langsuir selepas pengumuman pengunduran dibuat. Tetapi sebagai pemerhati luaran yang tidak punya hak ke atas kugiran, aku cuma boleh berharap supaya semuanya baik-baik sahaja. Dan ketika sesi Pre-Listening berlangsung, kejutan berlaku dengan kehadiran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind! 




Kehadiran Burning Twilight yang diumumkan akan mengisi tampat AP Filthgrind menjadikan sesi hari ini juga sebagai hari 'reunion' album Dirgha Belasungkawa. Ah lupa cakap, gambar selfie dengan team Dirgha Belasungkawa ni aku ja yang ambil haritu sebab ramai tak perasan Dr Cinot nak ambil gambar group ni.

Kehadiran mereka sedikit memberi harapan supaya apa-apa yang berlaku di dalam band cumalah hal kecil sahaja dan tidak perlu berlarutan.


Line-up baru untuk mini album 'F' yang diumumkan adalah Burning Twilight (kembali semula), Bloodhym (IEON, Tasyim, ex-IV V I IV) dan Faiz (Rehearse, Blood Revenge). Sesi ini juga Bentara menerangkan secara ringkas bagaimanan Faiz dan Ad dipilih untuk menganggotai Langsuir.

Kemungkinan sesi ni membuatkan mamat metal paling true dalam dunia akan nampak kekok dan canggung. Ya lah, sessi ni macam sidang media sebenarnya dan nampak 'tak underground' dan 'tak metal'. Tapi dari segi promosi dan hubungan dengan penyokong band, sesi ni amat baik.

Habis tu hangpa ingat aku saja-saja turun dari Penang nak join sesi ni? Sebab aku nak dengar dari mulut Bentara sendiri apa yang jadi dengan band dan album. Seperti mana kata Bentara dalam sesi tersebut "Langsuir ni bermasalah sejak dulu".

Logo yang ditonjolkan di FB Page langsuir juga diperkenalkan secara rasmi di sesi ini. Ada satu soalan dilontarkan, adakah logo ini dibuat supaya dapat disesuaikan dengan profile Langsuir terbaru (line up mini album 'F')?. Jawapan Bentara yang sedikit pendek dalam sesi ini telah dijawab kemudian di FB Page Langsuir beberapa hari kemudian siap dari Lakaran #1 oleh Bentara.

Untung menghadiri sesi ini, aku dapat satu lagi cerita pasal Logo ni dan untuk story ini, biarlah aku saja yang tahu sebab off record dari sesi Pra-Dengar. Begitu juga dengan sesi Pra-Dengar yang aku segan nak tanya open, aku tanya 'PM Tepi' ja lepas tu off record. Senang cerita!


Sayang sekali, kalau ada band lain yang hadir, sebenarnya boleh saja 'crosspost session' untuk promote band masing-masing. Tapi mungkin disebabkan sesi Pra-Dengar ini dilihat tak metal/tak true/tak underground (sekadar anggapan nakal), tak ramai kawan-kawan band lain yang hadir. Aku cuma sempat jumpa Hafiz (Tebabo/Nrocinu), Alhamdulillah dapat pick Tebabo (nasib baik dah beli EP Tebabo. Hahahaha).



Gambar: Kadir Chan

Dah datang jauh ni, aku dah ready kewangan sikit untuk beli merchandise dan memang plan untuk sign apa yang patut. Pick ni aku paksa band members sign. Ya, ni line up Engkar yang sign. Langsung mereka tak Engkar untuk sign. Hahahha. Bonus sekali bila Burning Twilight ada, aku bawa juga merchandise Dirgha Belasungkawa yang kekurangan sign Burning Twilight dan ada dua tiga benda aku minta line-up Dirgha Belasungkawa sign juga. Sesi ni dah jadi sesi Engkar dan Dirgha Belasungkawa!


Apa pun, aku rasa puas hati kali ni dapat hadir dan dapat jumpa kawan-kawan FB yang kali pertama aku jumpa juga. Aku sempat la bagi sticker Mamu Vinyl pada kawan-kawan yang sempat jumpa.

Harapnya nanti kalau ada sessi macam ni, dapatla aku join lagi dan jumpa kawan-kawan juga.

Penutup nukilan aku ini adalah luahan Bentara di facebook beliau sejurus pengumuman pengunduran ahli Langsuir, tetapi dengan perkongsian post Wormrot yang turut mengumumkan pengunduran ahlinya;

"Dua pilihan:

1. Kuburkan band
2. Teruskan band

Pilihan adalah jelas."

Jelaslah, kita sebagai peminat/pendengar/kawan tiada pilihan lain selain mereka sendiri yang membuat keputusan.

2 comments:

  1. Pra Dengar album F saya duduk belakang brader lagi ye🤭🤭🤭

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...