Hari pertama perjalanan aku ke Thailand adalah pada Jumaat, 5 Julai 2024. Pertama kali melalui sempadan Wang Kelian-Wang Prachan dan rezeki aku, waktu aku nak daftar immigresen, tak ada siapa pun! (Ada la seorang dua sebelum aku)
Tempat pertama aku singgah adalah di monumen Satun Geopark Gateway ni. Semata-mata untuk bergambar kenangan. Budak-budak la yang seronok (mak budak juga).
Kemudian kami terus menghala ke restoran Krua Tangke; sebuah kedai seafood yang meniti di bibir Rakyat Malaysia (senang cerita dalam list viral la). Detail seperti di bawah:
Kruang Tangke Halal Food
Tanyangpo, Mueang Satun
Tomyam Seafood (Isi Ikan 2, Kepah, Udang)
Telur Dadar (Isi Ketam, Enoki)
Ikan masak masam manis (2 ketul)
Daging Bakar (8 cucuk)
Air 3 orang (Oren/Sirap/Teh O)
THB 730 ≈ RM94.00
Tekak aku cuma boleh letak 2.5/5, setakat boleh makan saja. Tomyam dia lain sedikit dari kebiasaan kita makan di Malaysia dan aku tak biasa makan Tomyam yang ada isi ikan ketul dalamnya. Jadi, agak 'kejutan budaya' di situ.
Kedai ni di tepi laut. Kalau nak santai-santai dan ambil gambar memang tempat dia la. Boleh la nak datang sini, macam biasalah, tekak aku tak sama orang lain. Mungkin orang lain tekaknya rasa sedap. Jadi, datang dan cuba sendirilah.
No comments:
Post a Comment