Ni bukan gambar smartphone. Apa yang diambil cuma boleh tahu selepas cuci gambar. Kena pulak kawan yang tukang ambil gambar memang tatau timing nak tekan shutter, maka terhasil la hasil gambar macam ni.
Tak silap aku ni tahun 2002. Zaman transition dari zaman Tana Umaga ke Richie McCaw dan Dan Carter. Waktu ni Poli Seberang Perai ada jiran; UiTM Permatang Pauh, jadi kami kawan-kawan biasa main import sama sendiri.
Bila fikir-fikir balik, syukur aku pernah kenal kawan-kawan hebat waktu ni dan sesi ni sempat merasa jadi kapten. Kapten ni kena jahat sikit. 2-3 orang junior poli makan penampar dalam padang waktu lawan dengan PUO. Lepas makan penampar semua pi lepak minum kedai abang Nasir depan poli penuh gelas atas meja.
Padan muka sapa suruh aku jadi kapten.
Kenangan.

No comments:
Post a Comment