Tok guru aku harini akan meninggalkan TM selepas mengambil skim persaraan awal.
Perkenalan aku dengannya waktu dia 37 tahun. Rasa macam tak percaya sekarang aku di peringkat umur dia pula sekarang. Sempat menghadiri jamuan perpisahan dan penghargaan unit NO BYB tadi. Harini juga hari last saudara Jasni Jamaludin di Bayan Baru.
Abang Jasni merupakan partner dan buddy aku yang paling lama sepanjang aku di TM. Sejak mula aku lapor diri tahun 2007 sampailah ke tahun 2018. Tok guru DSLAM dan DLC sebelum kami sama-sama pening dengan MSAN dan OLT.
Banyak aku belajar dari dia walaupum aku ni tak penyabar macam dia. Integrity dia memang tinggi, walaupun aku rapat dengan dia, yang mana aku salah aku kena juga.
Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan kenangan sepanjang bekerja sekali. Insya-Allah sahabat hingga akhir hayat. Rasa macam tak percaya pula saat abang Jasni bersara dah tiba.
Selamat Hari Jadi Abang 'Buffalo Soldier' Jasni.

No comments:
Post a Comment