 |
Gambar 29 Oktober 2026 Harga mungkin berubah pada masa hadapan. |
Nasi Kabsah by Firdaus Firabib ni special sikit sebab tak jual dekat kedai dia (Duaswarp dan Beswarp) dan cuma ada di tour sahaja. Ni memang taktikal dia jadi kita follow saja. Memandangkan aku follow perjalanan Ustaz Firdaus jual nasi arab ni, sejarahnya memang dia bermula jual nasi ni secara 'tour' juga dulu dengan khemah jualan pertama kali dulu.
 |
Gambar Asal: Firdaus Firabib
|
 |
Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin
|
 |
Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin
|
Kalau follow betul, kita akan tahu ustaz Firdaus dulu start R&D Rempah Nasi Arab, lepastu dia start try jual by order Nasi Arab Western, sampailah dia bukak khemah berniaga first depan Wisma Ria SP. Waktu ni dia buat nasi arab yang ada telur safron ala-ala Chef Amar dan waktu ni dia panggil betis kambing, bukan lambshank; mungkin sebab nak bagi penuh banner tulisan tu. Hahaha.
Ok. Mukadimah dah habis.
Dah lama aku tak tulis bab makan ni. Berkarat pula nak mulakan. Aku cuba la ya sebab rasanya Nasi Kabsah ni dah banyak kali aku beli tapi tak pernah review pun.
 |
| Ni set nasi kabsah ayam sebelum dikeluarkan dari bekas. |
 |
| Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (100%) |
 |
| Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (5% nasi, isteri dah ambil makan) |
Sengaja aku letak terus 3 gambar supaya boleh nampak portion tu banyak mana. Ok, dari segi Nasi Kabsah, pendapat aku nasi ni dah memang modify habis ke 100% tekak Melayu. Disebabkan itu juga aku dah berapa kali repeat beli sebab dah masuk tekak. Kalau nasi kabsah betul arab piaw, makan nasi tercekik jugak bhai.... Sebab tu Nasi Kabsah Firdaus Firabib ni datang dengan lauk yang bersup; untuk cater tekak Melayu macam aku.
Nasi Kabsah ni jenis berempah. Kalau nak dibezakan dengan Nasi Kabsah di kedai Arab memang berbeza. Jadi kalau yang beli ni jenis true lidah arab, confirm dia akan kata ni bukan nasi arab ori. Hah macam tu la aku bagi perumpamaan untuk senang faham. Tapi disebabkan aku memang hantu nasi kandar, nasi kabsah ni ada rasa rempah berbahang (sikit) yang buat aku boleh terima berbanding Nasi Kabsah ori pak arab.
Ayam/Kambing/Lamb Shank memang dimasak kabsah cuma mungkin mazhabnya sedikit berbeza. Biasanya lauk dimasak tanam, atau grill sebelum tanam, tapi untuk versi Ustaz Firdaus, lauk dimasak asing dengan ada jirusan sup. Seperti yang aku cakap, mungkin untuk sesuaikan dengan tekak Melayu.
 |
| Lamb Maglouba |
 |
Chicken Mandy (smoked scent arang) - Yemen Ni kedai arab aku dapat plating paling bersepah dia serve dekat aku. |
 |
Lamb Zurbian
|
 |
Lamb Maglouba - Modified dengan Zworbian/Zurbian Special mix by Chef |
 |
| Lamb Haneeth |
 |
| Chicken Mandy - Hadramawt |
 |
| Lamb Grill Mandy - Duaswarp |
Kena korek pulak gambar-gambar lama nasi arab yang pernah aku makan. Kebanyakan nasi arab asal ni memang rasa hambar sikit (bland). Kebanyakan kedai arab ni cuba counter dengan bagi sepiring gulai (Hahahhaa ingat nasik kandaq ka!?)
 |
| Tour 2026 - Masjid Abdullah Fahim, Bertam |
Rasanya untuk elak masalah rasa hambar atau rasa takda perasaan ni, Nasi Kabsah Firdaus Firabib dah melalui fasa asimilasi untuk 'masuk' dengan selera orang Melayu. Kawan-kawan yang tanya aku, yang ni la jawapan aku; nasi arab ni aku taktau nak cakap sedap tu boleh jumpa dekat mana, tapi kalau aku dah 2-3 kali ulang beli tu maksudnya boleh masuk tekak aku la tu.
Nasi Kabsah Ustaz Firdaus pulak memang tak dijual di Duaswarp dan Beswarp dan cuma dijual semata-mata di road tour sahaja. Kalau nak makan selesa, kena makan kat kedai la, pair dengan Al-Busyra Latte perghhh! (Kat kedai ada mandy sahaja).
Tekak kita berbeza dan penerimaan kita juga mungkin berbeza. Pada aku, rasa dulu baru kita tau boleh masuk selera kita atau tak.
No comments:
Post a Comment