Showing posts with label Bob. Show all posts
Showing posts with label Bob. Show all posts

Saturday, November 28, 2026

Kuliah Penghidupan Oleh Bob

 


Kali ni Bob datang Penang lagi. Cuma kali ni dia datang dan aku jumpa dia secara rasminya dia memegang title YB; Yang Bersara. Aku tiba lewat semalam (Jumaat malam Sabtu) dan hari Jumaat ni adalah neraka highway untuk orang Pulau Pinang. Jarak dari atas jambatan ke tempat aku nak ambil bob cuma 17KM. Kalau tak jem atau naik motor, insyaAllah boleh sampai bawah 20 minit; tapi semalam aku kena sidai atas highway 42 minit. Bob yang tunggu aku pulak taktau la dia kena sidai tu kat kedai lagi lah lama, total aku nak sampai dekat dia dalan satu jam lima belas  minit!




Perjumpaan ni aku ambil peluang sepenuhnya tanya pasal kehidupan selepas bersara. Ya, aku memang suka tanya kawan-kawan yang bersara untuk persediaan aku juga, tapi majoriti biasanya taknak cakap banyak atau berkongsi. Bob ambil pendekatan berkongsi dan kami lepak kat kedai tu 3 jam sampai kedai nak tutup!

Bob seperti yang aku kenali memang style pure orang lama. Aku pulak kategori budak, dalam diam akan ada teguran-teguran dari Bob dan aku terima kelemahan aku itu untuk diperbaiki. Orang scene punk kot, kalau knowledge scene pun dah banyak, inikan pulak bab kehidupan kota. Ambil peluang dengar dan ambil iktibar kalau dapat.



Perjumpaan kali ni aku ambil peluang minta Bob sign kaset kesayangan aku ni. Rupanya dia pun cakap tu album paling dia suka. Dengar suara sebak, cuma aku tak tanya la sebab apa. Antara benda paling besar aku belajar dengan dia semalam; benda yang kita rasa waktu makan, kita rasa sedap tak semestinya orang lain kata sedap. Hidup adalah satu pengembaraan; ada waktu yang hanya kita perlukan momen itu tanpa perlu berkongsi dengan orang lain kerana bukan semua 'faham' apa yang kita suka. (Rujukan: The Secret Life of Walter Mitty)



Oleh sebab itu, aku sebelum ini dah ambil keputusan untuk berkongsi maklumat panjang dari gambar yang aku letak di Facebook di sini kerana "bukan semua orang faham".

Terima kasih Bob.


Kuliah Penghidupan Oleh Bob

  Kali ni Bob datang Penang lagi. Cuma kali ni dia datang dan aku jumpa dia secara rasminya dia memegang title YB; Yang Bersara. Aku tiba le...