Saturday, October 10, 2009
The Pilgrims - Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture (Live) (1998)
Album pertama dalam hidup aku dalam mengenali Punk Rock. The Pilgrims aku mula-mula kenal dalam tahun 1997, masa diaorang tengah top dengan album Da' Capo. Tapi aku tak beli, aku amik album ni. Masa ni, Bob ialah VOX-nya.
Masa form 2, aku haram taktau apa tu gig dan macam mana nak membezakannya dengan concert. Pada aku waktu tu, benda tu semua sama aja. Untuk album keluaran Pony Canyon ni, rakaman dibuat di Fire Discotheque - jangan tanya aku kat mana tempat tu.
Seingat aku, inilah album yang aku rewind berpuluh-puluh kali sampai nak tercabut tali tape semata-mata nak mengenali Punk Rock tu menatang apa! Kalau tak silap aku, harga tape masa ni dalam lingkungan RM15-19. Jadi, bayangkanla aku simpan duit makan sekolah macam mana, time balik kampung, singgah jetty dan sambar atas Parkson Emporium (stesen bas yang terbakar di Butterworth dulu).
Dalam album ni, ada 2-3 lagu yang membuatkan aku melekat terus dengan The Pilgrims. Tunggu review aku untuk album The Pilgrims seterusnya. Untuk sesiapa yang tak mengenali band ni, untuk next review aku cerita sikit.
Remarks:
1st live album yang pernah ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...
fire discotechque dah tak de dah..sekarang jadi kelab apa ntah. album ni aku tak sempat beli. dah tak jumpa kat kedai dah.,konsider rare..haha kalau the pilgrims aku cuma simpan kaset 1st album ngan achtung this not metal band jer.
ReplyDeleteThe Pilgrims zaman Bob jadi vox muzik dah makin "cantek". Kombat pun dah pakai gitar "cabang-cabang".
ReplyDeleteAway from the number, Da Capo, The Wise Fisherman ngan album ni aku ada simpan. Perfum Garden tak sempat beli. Selepas The Wise Fisherman dah tak follow.
Band Acid Rain pun ada nak buat stail2 Pilgrims ni. "Boria version Punnk Rock"..hahaha
Oo.. Pilgrims.. Dulu Hijrah. Tapi zaman diorg demotape aku tak sempat la nak beli demotape diorg. 1st album masa Lee nyanyi best sbb Punk diorg masa tu RAW sikit.. baru la punk. Zaman Bob aku dah tak follow sangat. Dengar2 gitu je la.
ReplyDeleteaku dengar gitu2 je..yg dia cover lagu hindustan tu...
ReplyDeletegua start dengar sejak Lee jadik vocal, debut diorang Perfume Garden tu, yg paling biol ialah 'My Own Mind'.
ReplyDeleteDa Capo merupakan 'Black Album' bagi Pilgrims, fame and glory bergentayangan di depan mata, Bob cukup kelakar, gua suka baca inlay setiap album, ada saja lawak diorang... sekarang pun gua selalu layan blog dia di...
http://maladroited.blogspot.com/
Kombat dgn surf band dia pun gerek jugak.
Ramai Jugak yang layan The Pilgrims rupanya.. heheheheh
ReplyDeletebest2...kugiran tpi pntai pun asyik juga.,,,keh keh keh....
ReplyDeleteaku layan dorang dari zaman Hijrah dgn demo tape the pilgrimage...yg ada lagu sue sue kemuning tu sehingga la Perfume Garden (ni aku ada simpan cdnya..nanti bila2 rajin aku review...)..tp lepas tu aku dah tak follow dah..
ReplyDeleteAku start beli The Pilgrims sejak Da Capo sampailah Wise Fisherman. (jgn tanya mana kaset tu, rasanya kebanyakan dilarikan pencuri yang masuk rumah) Yang tinggal hanyalah CD Kombat-Kalabu Malami.
ReplyDeleteAku pun sama, gengaq gitu gitu sj. Tapi aku da beli gak albm depa, yg hindustan 2 ngan sua sue good morning!!! Album yg sama kalu x cilap.
ReplyDelete