Pengumuman Green Day beberapa hari lepas untuk sidang konsert di Indonesia pada awal tahun 2025 membuka persoalan adakah mereka akan turut membuat persembahan di Malaysia?
Dalam posting rasmi di page Green Day, mereka sempat bernostalgia dengan sesi lepas di Jakarta pada tahun 1996. Indonesia sangat beruntung menerima kehadiran artis antarabangsa kerana pasaran mereka sangat besar. Biasanya Malaysia terpaksa beralah dengan Singapura dan kadang-kadang ada peminat susah mati yang sanggup terbang ke Bangkok, Thailand atau Australia kerana di negara inilah biasanya mereka akan singgah.
Kuala Lumpur, Malaysia kalau singgah memang ajaib ataupun memang ada promoter yang sanggup melabur untuk membawa artis masuk ke sini.
Akhirnya hari ini, 23 Ogos 2024 setelah bertebaran flyer edit palsu, Green Day secara rasminya mengumumkan akan singgah ke Malaysia untuk tour mereka di Asia Tenggara. Berkemungkinan besar yang akan hadir nanti adalah peminat yang berusia rata-rata hujung 30-an ke pertengahan 40-an. Tak larat berdiri, silap-silap semua akan cari seat duduk (macam biasa).
Ya, kita semua makin tua, kemungkinan besar ini adalah persinggahan pertama dan terakhir Green Day ke Malaysia. Rasanya aku taknak melepaskan peluang nak tengok depan mata nanti.
Cuma sekarang, semua orang (mat saleh) hairan, sejak bila Malaysia main Ice Hockey? (Mat saleh paham hockey tu sebagai Ice Hockey, bukan Field Hockey).
Hangpa nak join pi tengok tak nanti?