Monday, February 23, 2009

Tak Sepedas Itu



Mee Goreng Sotong Padang Kota Lama ni termasuk dalam list kegemaran aku. Cuma aku jarang-jarang makan, mungkin dalam setahun, dua kali saja aku singgah makan. Pekena pulak dengan Coconut Shake, pergh! Boleh membuatkan aku tak bangun 15 minit sebab kekenyangan. Tu belum termasuk kepala aku basah macam kena simbah air sebab berpeluh.

Sebenarnya aku sedikit terkilan, terutamanya bila sahabat-sahabat aku dari luar Pulau Pinang datang, aku tak boleh bawa mereka jalan-jalan. Sebabnya mudah, aku belum memiliki kereta. Kereta Lembu pun aku takde..

Kalau bernasib baik, ada la kereta abang-abang aku, sempat la aku bawak diaorang ni jalan-jalan cari makan seluruh Penang. Takkan aku nak bawa motor pulak, memang berdesup la aku bawak, sesat pulak diaorang ni kang sebab tak sempat ikut aku.

Pedih jugak telinga dengar kutukan kawan-kawan sebab belum ada kereta, tapi nak buat macam mana, masih banyak benda lain yang perlu aku selesaikan. Pedas macam manapun kutukan yang aku terima, tapi takkan sepedas mee goreng itu. Hehehe.

Monday, February 16, 2009

Refill Ink Canon MP-145



Sebenarnya dah lama aku tak buat kerja-kerja refill dalam catridge Canon sejak aku pakai jenis Think Thank (lebih mudah nak refill sebab tank warna berlainan)

Kebetulan, printer abang aku ni memang dah nak habis inknya, jadi aku pun buat la guide step-by-step ni.



1. Cari lubang yang ada bawah sticker catridge tu, kalau dah jumpa, tebukkan aja. Atas ialah warna Magenta, kiri bawah ialah warna Cyan dan kanan bawah ialah Yellow. Untuk kefahaman yang lebih, aku masukkan gambarajah disebelah kanan tu.



2. Cara terbaik untuk isi ialah macam gambarajah ni. Biarkan ia dalam keadaan menegak 90 darjah. Untuk mengelakkan bocor jer ni.

3. Ok, selepas selesai mengisi, biar kejap dalam 5 minit untuk tengok kalau-kalau bocor. Lepas masukkan balik cartridge dalam printer, reset Ink Warning tu macam ni (aku copy and paste jer ni lepas search)
  • Connected Printer to a Power source, Turn off the printer if printer on
  • With the Printer power off, press the Power button while press and hold Stop/Reset button.
  • When the Power led is light, press Stop/Reset button two times while pressing and holding the Power button.
  • When releasing the Power button and the Stop/Reset button (regardless of order), the printer will move into a service mode. (Waiting for menu selection)
  • When the on/off lights in green, press the Stop/Reset button four times to reset wase ink counter. For other specified number pressed function listed in the table below. (Each time the Stop/Reset button is pressed, the LED lights alternately in orange and green, starting with orange).
  • Unplug cable power from a power source.

The number of the Reset button pressing LED Function Remarks
0 time Green Power off
1 time Orange Service pattern print
2 times Green EEPROM print
3 times Orange EEPROM reset
4 times Green Waste ink counter reset


4. Kalau tak ok jugak warning tu, masa print tu, tekan jer button reset dalam 4 saat, printer akan print jugak akhirnya...

Aku kena asthma hari ni, MC terkejut. Nak bercakap pun penat... Kalau korang call aku tak jawap, sms ajerlah..

Thursday, February 12, 2009

Kenduri, Memancing dan Garage Gig



Gambar: Aku
Gambar Edited: Nasryzal 'Demonic'

Malam minggu yang lalu, aku berangkat ke Kuala Kangsar pada tengah malam buta untuk menghadiri majlis kenduri di Kuala Kangsar. Tapi, malam sebelum kenduri tu.... Memancing dulu... Hehehehe. Habuk pun tarak!

Selepas selesai majlis kenduri, aku berangkat pula ke Sayong, Kuala Kangsar untuk menghadiri gig sempena ulangtahun www.rockapak.org yang ke-2. Dikhabarkan, telah dirancang untuk diadakan Battle Of The Band pada malam tersebut, tetapi dibatalkan atas faktor permit, tetapi ia telah digantikan dengan gig yang telah mendapat kelulusan Ketua Kampung!!! (hehehehe, macam dalam filem ROCK pulak!!)

Band yang terlibat dengan gig tersebut ialah: (klik sini untuk video)
  • Reunion (Sungai Siput, Perak)
  • The Flangers (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
  • Nazindraloka (Kuala Kangsar, Perak)
  • Cryin Rockers (Kuala Kangsar, Perak)
  • Metallan The King (Kuala Kangsar, Perak)
Yang menariknya tentang gig ni, tiada kelab-kelab mewah ataupun disko ker apa ker sebagai venue, tetapi hanyalah sebuah garaj sahaja. Ya, GARAJ!! Sebijik macam kita dok tengok tv cerita mat saleh tu.... Dan sebijik macam stage-stage dalam gambar-gambar klasik SYJ, Lefthanded, Search dan Wings perform masa zaman kegemilangan rock di Malaysia dulu (rock kapak, rock kangkang, rock klasik, glam rock).

Band yang hadir pun hebat-hebat belaka dalam membawa lagu-lagu tribute seperti REUNION yang mempersembahkan Orang Timur (SYJ) dan Heavy Chain (Loudness). Menarik tentang Reunion ialah gitarisnya ialah bekas gitaris SYJ08.



The Flangers pun boleh tahan hebatnya, semuanya lagu MAY yang dibawak, memang boleh layan kepala, semuanya rancak dan bertenaga. Dalam gig ini juga telah menampilkan Cryin Rockers yang telah mengeluarkan single terbaru mereka untuk edaran di... Kuala Kangsar (kalau nationwide terus kan lagi bagus).




Gambar, aku akan kemaskinikan kemudian...



Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami

Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Meminta lepaskan
Jerangkung dalam almari...

Sunday, February 1, 2009

Dah Lama Tak Memekak

31 Januari 2009 tarikh keramat...

Berbicara tentang gitar, sebenarnya secara rasminya, aku tak pernah berlatih secara serius sejak JUN 2008 memandangkan masa dan waktu kerja yang tidak mengizinkan. Pada minggu ni, banyak kilang member-member aku yang shutdown, cuti panjang la diaorang sempena Tahun Baru Cina.

Entah macam mana, Mizie ajak pergi jamming. Gila ker hapa aku tengah sengkek ni, dia ajak aku pergi jamming pulak!!! Tetapi dengan pantas dia dan Halim cakap diaorang akan payung kos untuk aku. Tapi masalahnya, aku dah lama tak pegang gitar, takkkan terus nak pergi jamming? Tapi diaorang kata, tak kisah...

Aku pantas telefon Shahrul untuk mintak tolong dia record video sessi jamming (sebenarnya tiap kali main atau practice, aku suka rekod untuk tujuan self-revised). Shahrul pulak offer untuk jadi photographer, semata-mata nak test DSLR Canon yang dia baru beli tu. Bun pun datang jugak masa sessi jamming tu, tapi dia blah awal (mungkin tak masuk kepala atau kami main terlampau teruk, wakakakakakaka)

Hasilnya, kami dapat la main dan men'sumbang'kan lagu pada malam 31 Januari 2009, setelah rata-rata semuanya dah lama tak main... Chord salah, tempo out, suara lemak merdu sampai lembu pun boleh pengsan.....

Maka aku namakan senarai lagu-lagu yang kami main. Pandai2 lah cari kat Youtube video sessi jamming kami tu...

1. Lena Dibelit Ular Sawa
2. Lena Dibelit Intan Payung
3. Ku Dalam 8 Dilemma
4. Hidup Berasingan
5. Lupakan Ajelahh...
6. Dendam Cinta Seusia Dah Tua
7. Sketsa Tak Jadi
8. Hati Besi Buruk
9. Cintamu Kembang Semangkuk




Kalau ada yang dapat teka lagu yang kami main tu, korang memang Mat Rock yang tinggi integritinyalah...... Sesuka aku jer rename semua tajuk lagu tu sebab kami memang berjaya men'sumbang'kan tenaga kami untuk sessi jamming kali ni.

Nampak gayanya, memang kami semua kena berlatih balik main, rugi wo kalau tak main....

p/s: Helmi Kobra jenuh gelak tengok kami main...

Monday, January 26, 2009

Happy Chinese New Year

After 2 years not blogging in English, I beg an apology if my entry this time sucks from the term of grammar and spelling. Well, it has passed two years man! (since Mblog)
I take this opportunity to wish to all my Chinese friends a happy and prosperous new year, especially to these persons:
1. Thong Lin Da (Ameera Linda Thong Abdullah) - hey, try to find Mee Bandung or Air Bandung when you and husband arrive at Bandung, hahahahha. Happy honeymoon.
2. Mr Yap, Nokia @ Carrefour Seberang Jaya - Hey man, happy selling. Bila mau naik pangkat?
3. Sam @ Mblog - I've got your Raya message man, dont forget to save my Celcom number. You now is a Captain!!!!! Whoa!!! When you getting married, there's a bunch of soldiers will raise their sword above you and your wife man, thats pretty cool huh?
4. Boy & Michael @ Activextreme Penang - hey guys, wait for me to start overclocking again. Phenom II looks promising.
Well, these persons below are quite special, they are my best buddies in SRK St. Mark Butterworth. I haven't seen them about 13 years now. I hope we can meet again soon (well, I missed the reunion dinner guys because Im working that time, sorry!)
I hope I dont misspelled your surnames.
1. Lim Wu Kheng - Is your face still look like Jackie Chan?
2. Lim Seng Liang - You have make me addict to Dragon Ball comics
3. Ang Chiew Chuan - I heard you open a Kopitiam in Bagan Jermal?
4. Earnest Yeang Kong Meng - Where have you been?
5. Marvin Tham Ma Win - Do you still gila-gila?
6. Khoo Shou Wern - Still study meh?
7. Surannit Sureen Chit - I know you're Siamese, but why I still wishing you a Happy Chinese New year................. And WHY you still wish me back? Hahahhahahahaa

Sunday, January 18, 2009

Orang Bujang Hujung Minggu 2

Mood: letih
Layan: Mutiara (Mutiara), Riyadh (Rantaian Cinta), U-Topia (Jemala Kasih)



Hari ni sebenarnya aku standby, tapi bertindih pulak dengan aktiviti Pemuda UMNO di mana ada satu kejohanan bowling yang diadakan di Megalanes, Megamall Prai. Jadi, aku tiada pilihan melainkan membawa siap-siap notebook dan peralatan yang lain, kot-kot la Operation Center call aku sebab ada breakdown, boleh aku cargas terus ke tempat kerja.




Kejohanan bowling ni, aku masuk suka-suka aja. Dari dulu masuk memang tak pernah menang. Lagipun, member-member semua masuk, jadi sebab nak seronok ngan kawan-kawan, aku pun masuk sekali ajalah..... Kena kutuk jugakla sebab aku sampai bawak backpack kerja pi main bowling, tapi macam mana, dah nama pun kerja makan gaji dan jadi kuli aja pun...



Kami main pun semuanya just for fun aja, seronok-seronok jumpa kawan-kawan. Memang langsung tak serius main, jadi peluang ni lah yang ada untuk try skill Mr. Bean dan macam-macam lagi. Dalam kejohanan tu, seperti jangkaan, Pedi menang No. 1 dan dengan tak disangka-sangka, Latip dapat jugak hamper walaupun No 13!!!




Lepas main bowling, aku, Latip, Pedi, Halim ngan Jan Hayabusa ronda aja sekitar Pacific tu. Teringat jugak zaman-zaman sekolah menengah dulu kerap la ronda-ronda shopping complex ni, bila dah mai tua-tua macam ni, rasa malas dah nak ronda-ronda macam ni. Sampai aja kat Archery Shop ni, kami berlima pun apa lagi, mulalah nak try. RM4.00 aja seorang dengan 12 shots. Hahahahaha macam-macam style punya memanah da... Aim gila-gila tapi anak panah pi merata!! Kalau pi perang memang confirm kena tembak dulu sebelum anak panah masuk dalam bow. Wakakakakak.

Acara ronda-ronda kami pun dihabiskan dengan makan di foodcourt aja sebab boycott McDonalds. Kalau tak, memang kami selalu lepak McD aja pun...

Saturday, January 17, 2009

Bersenam?



Terkangkang!!!! Adoi... Aku ngan Latip dah lama gila tak beriadah sekali terutamanya aku. Hari ni, kami gatal kaki pi berjalan mendaki Bukit Mertajam. Malas nak cerita.. letih.. sempat berjalan sampai aras 2500M dari paras laut aja, lepas tu dua-dua give up. Balik!!!





Last sekali aku naik bukit ni, masa tahun 2007, masa tu aku masih lagi dengan unit radio. Masa tahun 2007, aku memang tangkas naik bukit ni..... sebab aku naik HILUX 4WD, wakakkakakaka... Seram tak hengat punya ibusawat atas tu jangan cakap la, dahla besar, tapi sunyi sepi, memang tempat jin bertendang. Kali ni aku pi, siap ada chalet kat bawah tu. Jadi, sapa yang rajin bersenam, bolehla ke sini selalu.. Aku? Give up!!!! hehehehe

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...