Tuesday, September 8, 2009

Persediaan Syawal v2

Seperti manusia-manusia lain yang akan menyambut Syawal, aku tak terkecuali untuk membuat persediaan yang paling malas dan last minit. Mengenangkan bilikku syurgaku yang dah berzaman tak berkemas, langkah pertama telah dimulakan tadi.



Poster ni dah outdated. Bercadang nak buang. Tapi sayang giler. Keputusan yang paling baik, esok bawak ke opis untuk digantung dan diberi kepada member yang betul-betul gila kereta. Owh, yang nak digantung kat opis ialah poster kalendar Malaysian Cub Prix. Boss gua mesti bengkak gila lar...



Section yang aku taktau dah nak kemas macam mana. KIV dulu. Harap custom pedalcase jer besar, stompbox cuma ada 3 bijik dan sampai sekarang aku cuma boleh main lagu Cak-Cak Lempung saja. Belum ada peningkatan, tapi gua ingat pesan Steve Vai kat gua dulu masa dia tumpang tido kat bilik gua. Dia kata "you must practice, practice and practice". Tapi gua kata, "Haiya, me spik no English!"



Ni lagi satu hal. Tak sangka pulak fishing gear aku dah bertingkat-tingkat. Hahahhaha, kalau kemelesatan ekonomi tahap serius nanti, nelayan sepenuh masa adalah target gua. Persediaan jer nih. Raket dah 2 tahun gantung sebab asyik dok kalah dengan Lin dan saja. Nanti bila dah terurus hidup sikit, akan start aktif balik.



Erm, semua rak dan bahan-bahan berkaitan muzik, vcd, dvd, LP, magazines dan segala mak-nenek yang berkaitan dengannya aku dah letak luar bilik aku. Bersepah gila. Kompom kak ipar aku bising esok. Nanti la aku pikir macam mana nak susun benda-benda ni. Nampak gaya, kena invest beli rak buku satu neh.



Future rocking section yang aku sendiri tengah pikir macam mana nak letak. 4 dah siap. ada lagi 4 poster aku tak siap frame lagi. macam mana yerk nak letak. Hrm...



Tempat penyejuk mata aku selama ini. Tengah fikir nak sambar lagi 2 atau 3 wall stand untuk gantung benda ni. Dah dekat setahun aku gantung gitar-gitar ni dan takder masa langsung nak 120% practice. Sibuk giler. Aku bukan born-gifted guitarist, jadik.... memang slow learner sikit. Harap-harap bro Sham Kobra dapat terima balik aku belajar dengan dia, insya-Allah lepas exam aku start kelas balik dengan dia. Garang siot dia tu, asyik kena ketuk jer jari aku bila fingering tak betul.



Lapang sikit, dengan penaja premium berada di sisi. Hahahahahahha~

Wait seminit.. Apa kaitan kemas bilik dengan Raya? Hampes... Esok kena tolong mak aku kemas rumah pulak.

Monday, September 7, 2009

Persediaan Syawal



Sampul ini mampu menggembirakan anak-anak buah gua nanti walaupun isinya hanya RM1.00 ataupun RM0.50 sahaja. Hahahahaha

Sunday, September 6, 2009

Saturday, September 5, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah



Lauk kami tak sampai lagi. Pekena ni jer dulu. Selamat berbuka puasa!!!

Updated 6 Sept 2009
0221 Hours

Abis pekena shisha dan selesai upacara memboyotkan diri sampai 9.30PM, kami semua nampak benda ni. Takkan nak naik? Tak mafia betul! Kami naik benda lain.

Tetiba jer gua rasa semua khazanah dalam perut gua ni nak terkeluar balik...

Friday, September 4, 2009

Showcase @ HRC

HRC tu bukanlah Honda Racing, tapi ialah Hard Rock Cafe.

Kemungkinan aku nak join adalah amat tinggi memandangkan Mr. Big punya reunion concert di Bangkok aku tak jadi pi sebab sengkek. Last sekali aku masuk HRC tahun lepas masa Telephone ada gig sempena Singapore-KL Harley Owners Group punya perjumpaan. Sound boleh tahan pecah dada. Hehehehe.

Dengan RM60.00 dan rasanya sedikit mahal daripada Planet Hollywood. Aku rasa ramai yang tak sabar nak tengok show kali ni. Bukan apa, kalau korang perasan, vokal Awie dah mula improve balik terutamanya dalam konsert terakhir diaorang iaitu konsert Sinar.fm baru-baru ni.

Lepas tu pulak. Pengkomen Tegar untuk Ogos 2009 ialah rockmetaller, Jadi, seperti biasa bro.. Tolong bagi alamat lu untuk gua pos barang. Untuk Rekod, Pengkomen Tegar Julai 2009 ialah bro Deaf.

Monday, August 31, 2009

DIY Home Recording



Aku tak berani nak komen benda ni panjang-panjang sebab aku bukan 'ahlul' dalam bab-bab ni.
Yang aku tau, dengan beberapa benda dan setting yang betul, tak susah untuk set home recording sendiri dengan syarat, kenalah keluarkan sedikit fulus untuk dapatkan sesuatu yang baik.

Banyak software-software gadget guitar sebenarnya, seperti Guitar Rig dan Drum Machine. Aku pun khatam tak abes lagi sebab rasa terlampau complicated sangat. Senang lagi kalau pijak-pijak saja stompbox tu. Jadi, aku nak review secara terperinci agak terbatas sebab ilmu tak cukup lagi.

Dalam contoh ini, aku upload video kawan aku (yang dia mintak sensor muka atas keadaan diri yang teramat seksi), tengah bereksperimen mengunakan gitar tong + distortion fx daripada sound card komputer sendiri. Takder software lain, cuma raw fx daripada Creative Sound Blaster X-Fi.



Kurt Cobain pernah buat macam ni untuk lagu The Man Who Sold The World Live Unplugged (untuk sesiapa yang terlupa), cuma pada masa tu, takder lagi software-software macam ni dalam pasaran.

Satu dan Serasikan



Aku menjengah dunia 26 tahun selepas tok wan-tok wan aku merasa susah payah makan nasi dengan garam ataupun ubi kayu cicah nyiog parut.

Aku sekarang hidup dalam keadaan makan pagi set breakfast meal McD RM8.90 ataupun harga-harga lain yang tak masuk akal untuk secawan kopi tiruan dan daging yang penuh dengan bahan kimia.

Aku terlepas zaman arwah (mungkin) tok menakan aku ditahan, kemudian lesap tanpa berita kerana bonet kereta besinya ada bom tangan versi bom jepun yang macam botol tu.

Tapi sekarang aku hidup dalam zaman curiga-mencurigai berlainan bangsa.

Aku terlepas zaman di kala bangsaku dan bangsa-bangsa lain bersatu menentang penjajahan.

Aku sekarang berada dalam zaman bangsaku sendiri berpecah kepada 3 puak dan menuduh orang-orang yang terdahulu dariku adalah boneka Mat Saleh.

Apa-apa pun, aku adalah anak pasca-merdeka dan aku sentiasa berdoa agar negaraku sentiasa aman damai, bersatu dan serasi.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negaraku yang terlebih dahulu gugur di medan bakti.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...