Sunday, November 22, 2009

External Drive Pertama



Merujuk kepada blog Orang Kecil Orang Besar tentang thumbdrive, aku pun mula teringat benda penting ni dalam hidup aku.

Thumbdrive pertama dalam hidup aku ialah Corsair Flash Voyager 1GB. Lambat betul aku beli. Harga aku beli time ni ialah RM150.00 sebijik. Aku beli 2 biji, satu aku punya, satu ayah aku yang punya. Banyak berjasa thumbdrive ni masa zaman Poli dulu. Benda ni la yang dok simpan segala assignment aku termasuk benda-benda tuuuuuut dan assignment copy and paste. Hahahahahah.... Daripada rekabentuknya yang unik, thumbdrive ni memang tahan lasak dan waterproof. Untuk rekod, pernah termasuk dalam washing machine dan aku terus cucuk kat PC tanpa ada sebarang masalah.

Thumbdrive kedua pula Kingston Data Traveller 2GB. Dapat free saja masa aku register sebagai PJJ Student di USM haritu. Kegunaan? Entah, jadi penghias dalam beg aku saja sekarang. Spare kot-kot nak pakai.

Aku lebih prefer dengan benda ni. Maxtor One Touch Mini, 160GB. Aku beli berapa ntah tak ingat. Samada RM200+ ataupun RM300+ di PC Fair. Betul-betul berbaloi. Aku gunakan benda ni sekarang untuk backup keseluruhan kandungan notebook aku. Yang bestnya, Maxtor sediakan sekali software suite yang boleh buat GHOST (klik untuk info) keseluruhan OS dan data aku. Jadi, kalau notebook aku kantoi, aku boleh terus restore notebook aku ikut time yang aku buat image ghost tu dengan hanya sekali klik (ok la, beberapa kali klik sebenarnya).

Itulah kisah aku dan thumbdrive. Kalau tak pakai, rasa menyemak... Tapi masa nak pakai, ialah satu penyelamat.

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #28/30
------------------------------------------------

Saturday, November 21, 2009

Sayangi Jubog Anda



Gelak guling-guling adalah reaksi pertama aku dan member-member apabila membaca SMS ni. Tapi selepas gelak tu, beberapa perkara telah dibincangkan.

  • Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita. - e-farmasi
  • SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

    Masalah sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

    “Obstipation” merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia. - klik4sihat

  • Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. - wikipedia
Jadi, walaupun kadang-kadang benda ni nampak lucu.... Bolehlah lucu kalau tak kena pada kita. Tapi jangan lupa, hal ni boleh terjadi juga pada kita.

Maka....

SAYANGILAH JUBOG HANGPA!!!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #27/30
------------------------------------------------

Friday, November 20, 2009

Char Koey Teow Sungai Dua



Gerai ni terletak betul-betul di Exit Sungai Dua berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Untuk direction daripada Kuala Lumpur, keluar terus ke Exit Sungai Dua dan anda akan nampak gerai ni di laluan utama ke Sungai Dua di Sebelah kiri. Kedai ni dekat-dekat saja dengan Aziz Mee Pak Ngah (klik).



Bilangan orang yang ramai, sesak, padat dan keadaan gerai yang berasap adalah satu lumrah di kedai yang menjual Char Koey Teow asli. Jadi, begitulah pemandangan di sini. Sekiranya anda tidak selesa dengan pemandangan dan suasana sebegini, lupakan saja tentang Penang Char Koey Teow.



Tentang minuman... Tak pasti pulak samada air buah dijual atau tidak, kerana biasanya minuman inilah yang selalu dipesan untuk 'balancekan' rasa Char Koey Teow. Samada Teh O ataupun Teh Tarik.



Harga yang dikenakan adalah harga standard di Penang. Cuma di sini, ada variety sikit. Boleh order udang saja ataupun kalau nak Nasi Goreng Udang pun ada. Owh, lupa nak cakap. Sesiapa yang belum biasa dengan Sungai Dua (klik), kawasan ni pun femes dengan udang. Bukan di Kuala Sepetang (klik) atau di Teluk Kumbar saja.



Berkenaan servis, boleh tahan lajunya sebab tukang masak ramai. Jadi bolehlah datang kat sini dan jangan risau tentang servis walaupun kedai macam tin sardin dah ramainya.



Untuk review Char Koey Teow (besar), gambar menceritakan segala-galanya. Berbaloi. Tapi ikut mulut aku, aku lebih prefer kepada Char Koey Teow Alka Ria (yang asal, bukan sekarang) dan Char Koey Teow Permatang Pauh. Boleh tahanla kalau nak makan dan rasa di sini, tapi tak boleh dikategorikan sebagai 'hebat'.

Untuk Char Koey Teow Alka Ria tukang masak lama (belakang lorong) itu adalah amat hebat. Sekarang sudah teruk sekali, tak ingin aku nak review.


View Char Koey Teow Sungai Dua in a larger map

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #26/30
------------------------------------------------

Thursday, November 19, 2009

Kenapa Aku Tak Boleh Jadi Boss

Semua orang bercita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Aku pun bercita-cita macam tu jugak. Tapi masalahnya bila kerja aku dah melibatkan tahap supervisory yang membolehkan kenaikan pangkat.

Terus-terang aku katakan, walaupun aku adalah Old Frees, aku tiada ciri-ciri pemimpin yang bakal disegani. Lagipun, aku lebih suka bekerja sendiri dan aku sebenarnya tak suka nak mengarah-arahkan orang kecuali adik-adik aku (hahahah). Jadi, biarlah aku kerja dengan rezeki yang halal dan cukup untuk keperluan aku dan anak bini nanti sudahlah.

Sebelum staf-staf aku menilai aku, aku lebih suka menilai diri sendiri sebab-sebab aku tak boleh jadik boss:
  • Tak cekap
  • Tak terer
  • Tak reti nak pembuhong kaw-kaw
  • Tak reti jadi diktator
  • Tak dak karisma membodek
  • Pendidikan tak tinggi melangit
  • Cakap tak reti nak belit
  • Tak reti cover mulut
Kerja-kerja aku juga melibatkan banyak vendor yang datang buat kerja kat tempat aku. Kalau kes dulu (klik), vendor tu sampai merajuk hanya kerana aku sound direct kat dia dan untuk info, sampai hari ni dia tak datang balik habiskan kerja dia. Tapi aku tak peduli pun.

Kes terbaru pun sama jugak, tapi aku tak sound sebab dia dah blah awal. Tak reti nak tulis report log pulak tuh. Jadi.. Aku rasa, aku memang takkan boleh jadi seorang boss yang berkaliber. Semua ni internet yang ajar gua untuk jadi jahat macam ni.



Gua memang takkan boleh jadi boss!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #25/30
------------------------------------------------

Wednesday, November 18, 2009

XPDC Reunion - Rasopariso (2009)



Akhirnya, line-up terakhir pada 1997 XPDC kembali lagi dengan RASOPARISO. Sebuah album yang teramat dinantikan kepada peminat-peminat Heavy Metal Melayu. Setelah artikel terdahulu (klik), akhirnya gua berpeluang untuk mengulas buah tangan terbaru daripada XPDC. Rasopariso bermaksud budi baik. Bahasa Jawa ka, Minang ka, Banjar ka... Gua taktau, sebab maksud rasopariso ada ditulis dalam inlay album ni.



Di tengah-tengah CD inlay, ada disebut sejarah ringkas XPDC sejak 20 tahun dulu yang diringkaskan dalam 2 mukasurat saja. Tak puas pulak gua baca. Tapi gua heran, dalam banyak-banyak cerita, diaorang tak ulas pulak title "Raja Funfair" diaorang. Gua ingat, kalau dia ulas konsert funfair kat kampung gua, Sungai Puyu pada 1993 pun mau 2-3 buku tak habis. Hehehehe.



Pembelian RM29.90 ini disertakan sekali dengan VCD ala dokumentari XPDC. Satu bonus features la boleh dikatakan. Dokumentari XPDC terbaekkkk gua pernah tengok dengan gambar-gambar sejak darpada kumpulan asal iaitu Tragedy. Lagu latar ialah daripada hits-hits XPDC. Betul-betul puas dapat tengok. Cuma mungkin untuk cut-cost, video editing adalah macam standard gua yang edit home video. Hahahaha... Ok lah, janji sarat dengan info.

Sebelum itu, bercakap pasal lagu-lagu terbaru dalam album ni... Gua rasa macam ada satu benda yang tak kena.. Line-up dah asal balik, album dah gempak.. Apa lagi yang tak kena? Album ini terasa sangat dengan kehilangan J.S. Kevin yang sepertimana semua orang tahu, adalah perencah utama dalam lagu-lagu XPDC. Argh... ni suatu hakikat.

Walaupun ada dua lagu J.S. Kevin iaitu Curahan Rasa dan Menentang Arus, gua rasa macam tak kena sangat la lagu ni dengan XPDC yang gua biasa dengar. Semacam! XPDC tak boleh mengharap sangat dengan Izo seorang untuk buat lagu. Dah lebih 20 tahun XPDC di stage seni Malaysia. Gua betul-betul nak tengok XPDC punya lagu/lirik 100% by XPDC la pulak lepas ni.

Line up Mael, Izo, Zua dan Amy adalah line-up XPDC pada waktu kegemilangan XPDC sebelum kemasukan Ali Terra Rossa dan pengunduran 2-3 ahli asal yang lain.. Ok, Mael dah masuk balik, line up dah asal.. Apa yang tak kena? Apasal tak rasa macam XPDC "Tak Nak Jadi Soh Chai" atau "Ntahapapantah" jer ni?

Pada pendapat gua setelah mendengar album ni 2 kali berturut-turut... Terasa pelik bila sura Mael dibantu lagi oleh peralatan studio. Dah berpuluh-puluh tahun bro.. Takkan nak mix suara tu lagi? Nanti bila live hancur la.. Lagu-lagu lain masih tak berapa umpph! lagi. Belum cukup keras, tak sampai tahap keras, sederhana. Entahlah!!! Macam ada benda yang tak kena!!!



Tracklist bagi XPDC - Rasopariso ialah:
  • Sanasinisamasaja
  • Aku Tetap Aku
  • Ntahye Ntahtidak
  • Rasopariso
  • Rasa
  • Puing Cinta ----- sekali riff nak sama macam Hidup Bersama da.....
  • Sampai Bila
  • Curahan Rasa
  • Menentang Arus
  • Raja Kertas (Bonus Headbang: Remastered)
  • Talam Dua Muka (Bonus Headbang: Remastered)
  • Bahalol (Bonus Headbang: Remastered)
  • Tak Nak Jadi Soh Chai (Bonus Headbang: Remastered)
Lagu-lagu bonus tu menyelamatkan CD ni sebenarnya kerana lagu-lagu tu memang antara yang gua suka.

Untuk album ni, gua amik:
  1. Sanasinisamasaja (riff ada iras-iras Tak Nak Jadi Soh Chai)
  2. Aku Tetap Aku (ballad rock)
  3. Curahan Rasa (ballad rock yang memang layan, selalu masuk radio)
Woit, awat sikit sangat gua suka ni!!!! Apasal tak macam Darjah Satu, Timur Barat dulu!!! Arghhhh!!!!



Pembelian kali ni, gua dah tapau amoi Speedy Video tu untuk dapatkan poster ni. Gila susah nak dapat poster-poster XPDC. Yang ni pun kira okaylah.... Tapi yang tensionnya, gua mintak 2-3 keping dia taknak bagi... Mungkin sebab gua datang dengan amoi gua haritu, jadi mungkin amoi tu jeles dengan amoi gua. Dia bagi satu ajalah.



Full size poster ni sebenarnya adalah poster calendar. Gambar atas tadi tu clear sikit sebab dah disable flash. Gambar bawah ni ada flash, dah hilang sorang member XPDC. Tapi gambar bawah gua tarik sampai nampak kalendar tahun 2010 tu.

Oklah.. Sebenarnya gua poyo jer letak gambar last tu sebab nak tunjuk seluar koyak dan bertampal gua. Hahahahha....
Kesian kat amoi gua dapat balak gila macam gua.

Rumusan: Mesti Beli!!!!!!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #24/30
------------------------------------------------

Tuesday, November 17, 2009

Riding Glove - Satu Keperluan



Artikel aku kali ni aku tujukan kepada bikers brothers aku terutamanya motor ber-CC kecik. Terutamanya 250cc ke bawah. Gambar yang aku cilok kat internet ni menunjukkan satu fatigue injury yang melibatkan rider selalunya. Biasanya kerana jatuh akibat sliding. Senang cerita, bila eksiden makan tar.



Aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Gambar yang aku bulatkan adalah bekas parut kerana makan tar. Kecederaan yang dialami adalah lebih serius daripada gambar contoh yang atas sekali tu, di mana hampir 50% tapak tangan aku pada waktu boleh dikatakan.... Barai habis. Semua ni adalah cerita lama gua.. Jadi kepada rider-rider diluar sana, contohnya Mastercomp (gua tau la lu sekarang dah join big bikers, cis!!), pakailah glove untuk keselamatan.

Bayangkan dengan kecederaan seperti kat atas tu, proses rawatan di hospital amatlah menyeksakan. Bila Hydrogen Peroxide (klik untuk info) dituang atas luka tu, boleh membuatkan korang mengelupur beb!! Tujuan diletakkan solution tu adalah untuk mengeluarkan pasir-pasir halus di dalam luka tu. Sakit wo!!!!



Baru-baru ni, aku dah sambar satu riding glove yang pertama dalam hidup aku. Aku tak mampu nak beli yang mahal-mahal, jadi aku beli yang paling basic sekali. Bukan kata kalau dah pakai tak injured beb, at least, ia dapat mengurangkan injury (insya-Allah). Brand yang aku beli, Fieldsheer - Schoeur Keprotec. Ori tak ori, aku taktau, belasah saja janji sedap pakai.



Kepada yang bertanya, tu bukan lambang 3 line PEKIDA, tapi tu adalah satu layer gripper untuk pegang brakde dan clutch lever. Jadi, bila korang brake, tak la tergelincir. Kalau pakai kapchai, dah tentu la 2 jari tak cukup... 2 jari biasanya untuk bike yang menggunakan disc-brake system, pakai 2 ja dah cukup.




Penggunaan velcro strap adalah untuk keselesaan. Pandai-pandailah adjust nanti. Kalau tak silap aku, penggunaan kain adalah dari jenis cordura dan mesh, campur-campur untuk memberikan pengudaraan pada tangan, Jadi, tangan tak la masam sangat sebab berpeluh nanti.



Orait, yang yang paling aku suka. Carboflex.
Daripada laman rasmi Fieldsheer, ia menyatakan:

"Carbolex® is a high performance fabric made of an especially strong Polyester fiber. This fiber has been designed to perform at the highest levels of resistance to abrasion, puncture, ripping, tearing and pilling. Products made of Carbolex® materials are easy to care for and are long-lasting. Fieldsheer uses its Carbolex® Materials on various lines of Jackets, Pants and Luggage.

Fieldsheer uses many different forms of Carbolex® material. The difference in the materials is best described by their Denier, or weight of the weave. The heavier the weave, the higher the Denier and vice versa. Fieldsheer utilizes a range of Denier, from 300 to 1200 for different applications in our product lines."

Yang tu sajalah aku termampu nak beli. Abang Ipar aku dan geng-geng Harley dia mungkin dapat beli yang lebih baik daripada ni. At least, korang belilah satu kalau risiko perjalanan korang tu tinggi terutamanya bila ada banyak selekoh. Tak payah beli mahal-mahal, belilah yang murah, tapi ada safety features.

Info pasal glove ni boleh dirujuk dengan panjang lebar daripada MSN. Dia ni orang lama jugak. Hehehe...

Akhir kata...
Rock and Ride!!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #23/30
------------------------------------------------

Monday, November 16, 2009

TM Streamyx - Satu Lagi Inovasi?

Sebelum ni, TM dikritik hebat kerana kondisi Streamyx yang tidak berapa stabil.

Tapi ingat... Itu adalah dulu.

Khabarnya, (aku pun tak pernah test sebenarnya), terdapat Streamyx versi Wi-Fi (aku pun tak reti sangat pasal ni) telahpun dilancarkan tak lama dahulu. Sekarang, terima kasih kepada facebook, info-info macam ni bertambah pantas aku dapat.

Khabar terbaru yang aku dapat, TM sedang dalam proses ujian akhir dengan satu projek dengan teknologi bernama EVDO. Aku pun tak pasti pasal hal ni, mungkin khabar angin atau hoax. Tapi aku letak sajalah sebagai satu info.


Setelah aku merujuk web AnyDATA, EVDO (atau dikenali sebagai EV-DO, 1xEvDO dan 1xEV-DO) ialah satu standard untuk high-speed wireless broadband. EVDO ialah singkatan kepada "Evolution, Data Only" atau "Evolution, Data Optimized". Nama rasminya seperti yang telah didefinasikan oleh ITU ialah "CDMA2000, High Rate packet Data Air Interface".

Wah teknikal pulak kan walaupun dah dengar nama?

Oraitlah, aku taknak ulas panjang-panjang sebab aku tak sure sangat benda ni. Dengar ceritanya teknologi ni boleh penetrate dengan lebih baik dan semestinya tiada gangguan pada waktu hujan kerana menggunakan frekuensi 450MHz.

Bila surf-dan surf lagi, google la, apa lagi la... Macam-macam lagi yang aku jumpak. Cerita TM dengan EVDO ialah, menunggu kelulusan MCMC saja untuk dilancarkan kepada pengguna. Apa lagi........ POTONG WiMAX la~ Dah ada teknologi lain.... Kuikuikui....


P/S: Credits given to owner of this testing unit. TQ bro. Kepada TM, taknak bagi kat aku sebijik ker untuk aku evaluate? Hehehehe.

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #22/30
------------------------------------------------

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...