Friday, August 23, 2024

Green Day Live In Malaysia



Pengumuman Green Day beberapa hari lepas untuk sidang konsert di Indonesia pada awal tahun 2025 membuka persoalan adakah mereka akan turut membuat persembahan di Malaysia?

Dalam posting rasmi di page Green Day, mereka sempat bernostalgia dengan sesi lepas di Jakarta pada tahun 1996. Indonesia sangat beruntung menerima kehadiran artis antarabangsa kerana pasaran mereka sangat besar. Biasanya Malaysia terpaksa beralah dengan Singapura dan kadang-kadang ada peminat susah mati yang sanggup terbang ke Bangkok, Thailand atau Australia kerana di negara inilah biasanya mereka akan singgah.

Kuala Lumpur, Malaysia kalau singgah memang ajaib ataupun memang ada promoter yang sanggup melabur untuk membawa artis masuk ke sini.


Akhirnya hari ini, 23 Ogos 2024 setelah bertebaran flyer edit palsu, Green Day secara rasminya mengumumkan akan singgah ke Malaysia untuk tour mereka di Asia Tenggara. Berkemungkinan besar yang akan hadir nanti adalah peminat yang berusia rata-rata hujung 30-an ke pertengahan 40-an. Tak larat berdiri, silap-silap semua akan cari seat duduk (macam biasa).

Ya, kita semua makin tua, kemungkinan besar ini adalah persinggahan pertama dan terakhir Green Day ke Malaysia. Rasanya aku taknak melepaskan peluang nak tengok depan mata nanti.

Cuma sekarang, semua orang (mat saleh) hairan, sejak bila Malaysia main Ice Hockey? (Mat saleh paham hockey tu sebagai Ice Hockey, bukan Field Hockey).

Hangpa nak join pi tengok tak nanti?

Wednesday, July 31, 2024

Ayam Merah Ipoh, Rahmatha


One Meal A Day

Tengah hype OMAD ni sekarang. Aku pulak dah lama amalkan OMAD ni cuma masalahnya tak kurus-kurus ajalah. Hari-hari meal nasik kandaq.


Aku singgah ke tempat kenangan di Ipoh. Aku tak pernah sebut dalam post aku sebelum ni tapi kali ni aku rasa nak sebut. Restoran Rahmatha terletak di Jalan Maxwell. Cuma aku tak pasti adakah nama jalan ni telah ditukar ke Jalan Tun Abdul Razak?


Kedai ni tak guna istilah nasi kandar. Tak ada lauk fancy lain melainkan ayam masak merah stail Ipoh. Aku lebih suka makan di sini berbanding Yong Suan sebab sini ayam dia basah sikit.


Rezeki aku harini datang ada ayam goreng tepung. Dah terpaksa ambik dua ketul; satu untuk nasi dan satu lagi untuk meratah. Sini seperti aku cakap, lauk dia takda merapu sangat. Lauk ayam ni ja lepastu dia letak sikit la jelatah kering bawang/timun. Rasa sini memang klasik dan kalau tekak moden memang takleh telan masuk rasanya.


Dengarnya tauke/tukang masak ni asalnya bekerja dengan Rahmath (belakang masjid negeri) dan itulah jadinya Rahmath tambah 'a' di belakang. Dan kalau compare dengan Rahmath, aku pilih Rahmatha.

Maaf kawan-kawan yang tunggu lama sejak 2018, aku baru reveal hari ni. Kedai dapat Rating B dari Majlis Perbandaran yang pada aku ok dah. Kalau A bukanlah kedai makan nasik kandaq tapi Klinik Kesihatan.

Tuesday, July 30, 2024

Tudiaa.. SUUURRR

Tajuk ni sebenarnya tagline Nasi Kandar Bendi Gani Maju yang terletak di The Earth, Bukit Jalil.
Surrrrr!

Akhirnya harini aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Gani Maju atau lebih dikenali sebagai Nasi Kandar Bendi.

Terletak di Bukit Jalil, ia adalah kedai yang menggunakan surrrr sebagai slogan kedai yang tertera di dinding kedai dan baju pekerja masing-masing. Tiada kedai di Penang berani nak guna atau claim surrrr tapi Nasi Kandar Bendi ni memang ada telur! Goreng.


Aku dah tunggu ketularan kedai ni habis reda dan aku baru sampai pada hujung Julai, 2024. Walaupun sampai pada pukul 6 petang, joki dikekalkan orang yang sama viral dan ini pasti membuatkan rasa tak lari. Betul kata orang, bila video tengah on, menjadi-jadi joki ni dok sebut surr. Kedai ni pernah viral dalam group nasik kandaq, menjadikan ia memang hebat betul la tu.

Aku ambil Ayam Bawang (specialty kat sini) dengan bendi dan telur masin. Apa yang menarik, joki sebut kacang lendiaq, ni bahasa orang lama utara saja yang guna.


Skip ke bahagian terakhir. Rasa kat sini memang surr. Kalau ada 5 surrr, aku bagi 6 surrr!!! Aku hairan kenapa orang KL masih ke Penang cari nasik kandaq. Mungkin disebabkan parking dekat sini macam musibat.

Sunday, July 28, 2024

MRSM Balik Pulau Dan Nasi Kandar Saddam

Yang dirancang tak semestinya jadi.


Harini aku sebenarnya aku merancang nak pi tengok game quarter final MRSM Balik Pulau vs Kolej Melayu Kuala Kangsar di Padang MCKK. Game dijangka bermula lebih kurang pukul 4 petang. Nak ajak kawan-kawan, nampak macam coach Cikgu Mat Pea dan kawan-kawan lain tengah sibuk di King Edward 7, Taiping. Terbantut la nak ajak depa.

Lepas tu wife cakap, lebih baik bertolak awal, takut sangkut di jalan. Dah betul, plan nak tengok game di MCKK yang ditukar ke nak makan di Nasi Kandar Saddam pukul 1.30 petang terbantut juga apabila ada traffic jam di Tapah. Akhirnya aku sampai pada pukul 5.30 petang. Waktu ni aku sempat tengok live, MRSMBP dapat try mendahului MCKK dan kemudian MCKK lead semula dengan mata penalti. Akhirnya Alhamdulillah MRSMBP menang dengan MCKK. Satu sejarah!

Aku nak open table di Saddam Segambut, tapi rupanya dia jenis bayar dulu baru makan. Ni sahih geng KL banyak makan lari ni. Potong betul polisi bayar dulu baru makan ni. Terus tak jadi open table!


Cikgu Wan Gedebe ajak-ajak ayam ja rupanya. Dia sambung tidur kat rumah tak datang Saddam pun 😝. Tapi kebetulan kedua adalah apabila terserempak dengan Azikin Nikiza . Alhamdulillah dia yang cam aku walaupun aku dah menyamar habis.


Kesimpulannya, Saddam Segambut ni memang paling sedap dalam Malaysia. Orang KL sebenarnya tak perlu mai Penang dah. Saddam Segambut ni ja tau ajaq semua mamak nasik kandaq Penang.

Mai Saddam Segambut ok, jangan mai Penang.

Rating: 20/10. Power tarak nak ranjau punya.

Thursday, July 18, 2024

Pra-Dengar Mini Album Langsuir: Engkar

Gambar: Kadir Chan

Pada 14 Julai 2024 yang lepas, dengan satu keputusan luar jangka yang isteri sendiri tak sempat hadam apa benda yang aku nak buat, aku dah sampai ke Garage Space Ampang dengan menaiki ETS pada pagi tersebut. Tujuan aku ke sini cumalah untuk menghadiri sesi Pra-Dengar Mini Album Langsuir; Engkar.



Gambar: Kadir Chan

Sebenarnya kehadiran kali ini lebih kepada 'menebus' ketidakhadiran aku pada sesi Pre-Listening album Dirgha Belasungkawa pada tahun 2019. Cuma pada sesi kali ini, sesi ini dilihat agak 'panas' dengan isu pengunduran tunjang Langsuir; Azlanthor.

Pengumuman pengunduran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind dibuat betul-betul beberapa hari sebelum sesi Pre-Listening ini. Sekaligus, menimbulkan cakap-cakap kenapa pengumuman pengunduran dibuat lambat dan sebelum sesi Pre-Listening berlangsung? Seperti biasa, yang melontarkan soalan ni tak datang pun. Sekadar memanaskan ruang komen Facebook.



Selaku Melayu berkiblatkan masa orang Jepun yang sampai awal di venue, aku sempat melontarkan soalan nakal pada Mirlanast dan Bentara, adakah Azlanthor akan hadir juga?

Memetik tulisan Bentara, "Azlanthor adalah sebenarnya identiti Langsuir." (6 Julai 2023) sedikit merisaukan aku dengan hala tuju Langsuir selepas pengumuman pengunduran dibuat. Tetapi sebagai pemerhati luaran yang tidak punya hak ke atas kugiran, aku cuma boleh berharap supaya semuanya baik-baik sahaja. Dan ketika sesi Pre-Listening berlangsung, kejutan berlaku dengan kehadiran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind! 




Kehadiran Burning Twilight yang diumumkan akan mengisi tampat AP Filthgrind menjadikan sesi hari ini juga sebagai hari 'reunion' album Dirgha Belasungkawa. Ah lupa cakap, gambar selfie dengan team Dirgha Belasungkawa ni aku ja yang ambil haritu sebab ramai tak perasan Dr Cinot nak ambil gambar group ni.

Kehadiran mereka sedikit memberi harapan supaya apa-apa yang berlaku di dalam band cumalah hal kecil sahaja dan tidak perlu berlarutan.


Line-up baru untuk mini album 'F' yang diumumkan adalah Burning Twilight (kembali semula), Bloodhym (IEON, Tasyim, ex-IV V I IV) dan Faiz (Rehearse, Blood Revenge). Sesi ini juga Bentara menerangkan secara ringkas bagaimanan Faiz dan Ad dipilih untuk menganggotai Langsuir.

Kemungkinan sesi ni membuatkan mamat metal paling true dalam dunia akan nampak kekok dan canggung. Ya lah, sessi ni macam sidang media sebenarnya dan nampak 'tak underground' dan 'tak metal'. Tapi dari segi promosi dan hubungan dengan penyokong band, sesi ni amat baik.

Habis tu hangpa ingat aku saja-saja turun dari Penang nak join sesi ni? Sebab aku nak dengar dari mulut Bentara sendiri apa yang jadi dengan band dan album. Seperti mana kata Bentara dalam sesi tersebut "Langsuir ni bermasalah sejak dulu".

Logo yang ditonjolkan di FB Page langsuir juga diperkenalkan secara rasmi di sesi ini. Ada satu soalan dilontarkan, adakah logo ini dibuat supaya dapat disesuaikan dengan profile Langsuir terbaru (line up mini album 'F')?. Jawapan Bentara yang sedikit pendek dalam sesi ini telah dijawab kemudian di FB Page Langsuir beberapa hari kemudian siap dari Lakaran #1 oleh Bentara.

Untung menghadiri sesi ini, aku dapat satu lagi cerita pasal Logo ni dan untuk story ini, biarlah aku saja yang tahu sebab off record dari sesi Pra-Dengar. Begitu juga dengan sesi Pra-Dengar yang aku segan nak tanya open, aku tanya 'PM Tepi' ja lepas tu off record. Senang cerita!


Sayang sekali, kalau ada band lain yang hadir, sebenarnya boleh saja 'crosspost session' untuk promote band masing-masing. Tapi mungkin disebabkan sesi Pra-Dengar ini dilihat tak metal/tak true/tak underground (sekadar anggapan nakal), tak ramai kawan-kawan band lain yang hadir. Aku cuma sempat jumpa Hafiz (Tebabo/Nrocinu), Alhamdulillah dapat pick Tebabo (nasib baik dah beli EP Tebabo. Hahahaha).



Gambar: Kadir Chan

Dah datang jauh ni, aku dah ready kewangan sikit untuk beli merchandise dan memang plan untuk sign apa yang patut. Pick ni aku paksa band members sign. Ya, ni line up Engkar yang sign. Langsung mereka tak Engkar untuk sign. Hahahha. Bonus sekali bila Burning Twilight ada, aku bawa juga merchandise Dirgha Belasungkawa yang kekurangan sign Burning Twilight dan ada dua tiga benda aku minta line-up Dirgha Belasungkawa sign juga. Sesi ni dah jadi sesi Engkar dan Dirgha Belasungkawa!


Apa pun, aku rasa puas hati kali ni dapat hadir dan dapat jumpa kawan-kawan FB yang kali pertama aku jumpa juga. Aku sempat la bagi sticker Mamu Vinyl pada kawan-kawan yang sempat jumpa.

Harapnya nanti kalau ada sessi macam ni, dapatla aku join lagi dan jumpa kawan-kawan juga.

Penutup nukilan aku ini adalah luahan Bentara di facebook beliau sejurus pengumuman pengunduran ahli Langsuir, tetapi dengan perkongsian post Wormrot yang turut mengumumkan pengunduran ahlinya;

"Dua pilihan:

1. Kuburkan band
2. Teruskan band

Pilihan adalah jelas."

Jelaslah, kita sebagai peminat/pendengar/kawan tiada pilihan lain selain mereka sendiri yang membuat keputusan.

Timex dan Aku

Timex bermula dengan imej knock-off untuk Rolex, dan ia juga dikenali sebagai Poor Man's Rolex. Jam pertama yang aku beli dengan gaji se...