Sunday, February 16, 2025

Timex dan Aku


Timex bermula dengan imej knock-off untuk Rolex, dan ia juga dikenali sebagai Poor Man's Rolex.

Jam pertama yang aku beli dengan gaji sendiri adalah Timex. Sebab aku selalu tengok arwah ayah guna Timex. Ada satu model Timex aku beli waktu aku kerja di Komag USA, lepas habis belajar. Tahan betul model tu, sampai harini aku guna. Biasanya aku beli sebagai ingatan atau waktu bila kejadian pembelian itu berlaku.

Jam dalam gambar ni adalah jam chronograph aku yang pertama. Pattern ni dikenali sebagai coin's edge, sebab ada ukiran bentuk siling di casing jam. Jam ni aku beli sewaktu aku berkerja di Ipoh, kerja berulang Penang-Ipoh setiap hari. Sebab apa aku beli design syiling ni? Sebab waktu ni aku struggle betul dari sisi kewangan sebab perbelanjaan banyak habis untuk pengangkutan pergi balik kerja.

Now you know.

ini pula, hadiah untuk Muhammad Qayyum Bin Musyrif . Advance untuk birthday akan datang dan sempena memasuki alam ramaja.

Harapnya dapat bertahanla untuk dia kenang nanti.

Saturday, November 2, 2024

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk minum petang saja (laksa dan cucur udang; menu tak banyak). Terus Plan B.

Bab makan, memang Ipoh tak mengecewakan. Kami singgah ke Konda Kondi Cafe  di tengah pekan Ipoh. Rezeki kami, kedai baru buka. Ikut jadual operasi, kedai buka pukul 5 petang dan kami sampai pukul 5.40. Seperti mana kedai western lain, kedai ni menyediakan menu pasta & grill yang proper. 


Mengejutkan, Nachos yang aku sangka sedikit, rupanya banyak betul dagingnya; harga sedikit tinggi iaitu RM 19+, tapi portion daging yang diberikan banyak, sampai tak boleh nak komplen. Aku tak boleh kalau tak compare dengan Nachos favourite aku dari Gelaihh . Tapi nyatalah, masing-masing ada kelas tersendiri. Gelaihh cara Gelaihh, Konda Kondi cara Konda Kondi. Mild versus Pedas (pedas betul). Jadi takda pemenang. Dua-dua sedap.

Rice with buttermilk chicken sedap. Portion untuk Shoulder Lamb; 3 keping yang aku consider banyak. Sos black pepper mild tak pedas/hangat lada jadi aku rasa ok sangat.


Crème Brûlée dia just nice. Tak manis tak tawar cuma lapisan burnt sugar atas tu nipis. Kalau tebal sikit lagi best.

Aku rasa tekak aku, aku bagi 5/5. Boleh datang lagi.

Cerita Nasi Lemak

  Aku tak pernah cerita lagi ya port baru aku ni? Aku dah berpatah arang berkerat rotan dengan penjual nasi lemak yang selalu aku beli sebel...