![]() |
| Download gambar template ni, lepastu tanya chatgpt “ Fill my room you know everything about me “ |
![]() |
| Download gambar template ni, lepastu tanya chatgpt “ Fill my room you know everything about me “ |
1. Penang Char Koay Teow/Koay Teow Kerang. Ni maksud aku jenis kering yang ada bau wok hey (bau asap kuali).
2. Maggie Goreng mamak
3. Char Koay Teow (the one and only Penang style basah yang ramai orang trigger)
4. Koay Teow Goreng Mamak
5. Mee Goreng Mamak
6. Mee/Koay Teow Goreng Melayu
7. Mee/Koay Teow Goreng kedai siam.
Punca aku buat post ni sebab tadi aku buat story video yang aku letak ni. Ramai pulak repson. Ramai peminat mee goreng rupanya kawan-kawan aku ni.
Hangpa suka yang jenis mana satu? Share kat komen.
![]() |
| Gambar 29 Oktober 2026 Harga mungkin berubah pada masa hadapan. |
Nasi Kabsah by Firdaus Firabib ni special sikit sebab tak jual dekat kedai dia (Duaswarp dan Beswarp) dan cuma ada di tour sahaja. Ni memang taktikal dia jadi kita follow saja. Memandangkan aku follow perjalanan Ustaz Firdaus jual nasi arab ni, sejarahnya memang dia bermula jual nasi ni secara 'tour' juga dulu dengan khemah jualan pertama kali dulu.
![]() |
| Gambar Asal: Firdaus Firabib |
![]() |
| Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin |
![]() |
| Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin |
Kalau follow betul, kita akan tahu ustaz Firdaus dulu start R&D Rempah Nasi Arab, lepastu dia start try jual by order Nasi Arab Western, sampailah dia bukak khemah berniaga first depan Wisma Ria SP. Waktu ni dia buat nasi arab yang ada telur safron ala-ala Chef Amar dan waktu ni dia panggil betis kambing, bukan lambshank; mungkin sebab nak bagi penuh banner tulisan tu. Hahaha.
Ok. Mukadimah dah habis.
Dah lama aku tak tulis bab makan ni. Berkarat pula nak mulakan. Aku cuba la ya sebab rasanya Nasi Kabsah ni dah banyak kali aku beli tapi tak pernah review pun.
![]() |
| Ni set nasi kabsah ayam sebelum dikeluarkan dari bekas. |
![]() |
| Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (100%) |
![]() |
| Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (5% nasi, isteri dah ambil makan) |
![]() |
| Lamb Maglouba |
![]() |
| Chicken Mandy (smoked scent arang) - Yemen Ni kedai arab aku dapat plating paling bersepah dia serve dekat aku. |
![]() |
| Lamb Zurbian |
![]() |
| Lamb Maglouba - Modified dengan Zworbian/Zurbian Special mix by Chef |
![]() |
| Lamb Haneeth |
![]() |
| Chicken Mandy - Hadramawt |
![]() |
| Lamb Grill Mandy - Duaswarp |
![]() |
| Tour 2026 - Masjid Abdullah Fahim, Bertam |
Tok guru aku harini akan meninggalkan TM selepas mengambil skim persaraan awal.
Perkenalan aku dengannya waktu dia 37 tahun. Rasa macam tak percaya sekarang aku di peringkat umur dia pula sekarang. Sempat menghadiri jamuan perpisahan dan penghargaan unit NO BYB tadi. Harini juga hari last saudara Jasni Jamaludin di Bayan Baru.
Abang Jasni merupakan partner dan buddy aku yang paling lama sepanjang aku di TM. Sejak mula aku lapor diri tahun 2007 sampailah ke tahun 2018. Tok guru DSLAM dan DLC sebelum kami sama-sama pening dengan MSAN dan OLT.
Banyak aku belajar dari dia walaupum aku ni tak penyabar macam dia. Integrity dia memang tinggi, walaupun aku rapat dengan dia, yang mana aku salah aku kena juga.
Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan kenangan sepanjang bekerja sekali. Insya-Allah sahabat hingga akhir hayat. Rasa macam tak percaya pula saat abang Jasni bersara dah tiba.
Selamat Hari Jadi Abang 'Buffalo Soldier' Jasni.
Harini ada saringan kesihatan. Ada pusat fisioterapi datang buat pemeriksaan juga untuk anggota.
1. Single leg squat to chair - failed
2. Hip Internal Rotation Test - Failed at 90 and 85 degree.
Physiotherapist tadi tolong aku free tadi betulkan mobility kaki kiri aku. Terasa sendi tulang paha masuk dalam soket punggung nikmat betul.
Patut la hamstring kiri aku selalu ketat dan sakit lepas RDL/Squat/Leg Press. Mobility kaki kiri aku dah out terus menyebabkan hamstring kiri aku dah pressure lebih. Terkebil-kebil semua orang lain kenapa aku dapat treatment on the spot kat situ. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Berkecamuk sebenarnya hari ni. Rasanya macam terjawab kenapa sakit pinggang selama ni. Dah macam-macam tukang urut aku jumpa termasuk sport massager tapi tak jadi apa.
Masalah tu betul-betul terjawab dengan Hip Rotation Test tadi. Sebelum ni waktu buat sport massage, brader tu dah cakap hamstring kiri aku stiff, tapi waktu tu dia tak offer untuk buat hip rotation test (sport massager ni physio freelance).
Masalah sekarang ni adalah kalau aku betul-betul nak pulih, aku kena buat physio; benda yang aku rasa semua orang paling malas nak buat.
Keadaan agak sukar buat aku akhir-akhir ini. Aku meninggalkan bilik kesayangan aku selepas ayah meninggal dunia. Minat ayah terhadap muzik sebenarnya antara sebab utama aku mula meminati dan menghargai muzik, tapi aku tak sempat nak ajak ayah mendengar setup audio aku.
Ayah ialah penasihat aku masa mula-mula membina bilik ini dulu, terutamanya untuk kerja-kerja kayu. Aku pilih papan Balau untuk lantai—walaupun Ayah sebenarnya kurang setuju—tapi itulah sahaja pilihan yang ada masa PKP dulu. Nak cari Meranti atau Nyatuh mana ada sen waktu tu.
Kini aku mula semula dari awal, cuma tak pasti bila akan siap. Harap-harap cepat la siap. Main dengan umur makin meningkat ni, silap-silap loteng ni nanti tak naik dah sebab malas panjat tangga.
Selangkah kaki berada di sini, terus terasa imbas semula yang rasanya berlalu terlalu pantas. tahun 2026 ni menandakan sudah 26 tahun aku meninggalkan sekolah. Peritnya bila menjadi Batch 2000 ni; mungkin senang nak kira dah berapa tahun meninggalkan sekolah rasanya. Dalam masa yang sama, rasa takutnya bila angka 'meninggalkan' sekolah tu meningkat dari tahun ke tahun.
Aku masuk ke perkarangan sekolah, takda tempat lain dah aku tuju melainkan asrama; 'rumah' aku selama 5 tahun dulu. Tempat aku kenal erti hidup. Jalan sepanjang inilah aku berjalan kaki dari asrama ke bangunan sekolah setiap pagi, hujan panas kami redah ke sekolah. Isteri selalu kata aku terlalu bernostalgia pasal PFS ni, tapi nak buat macam mana, memang rasanya budak-budak sekolah premier ni memang 'asobiyah' sikit bab sekolah masing-masing ni. PFS/BM High School/SAHC/MCKK/Anderson/VI dan sekolah-sekolah premier yang lain rasanya sama ja pe'el macam aku. Lain sikit asobiyah kami kalau nak dibandingkan dengan budak-budak SBP dan MRSM sebab kami paling best! Hahahahah!!!
![]() |
| Memorabilia 2016 |
| Memorabilia 2026 |
![]() |
| Dinner 190th Anniversary - Jemputan Khas Ragbi |
![]() |
| Dinner Bicentenary 200 Years - 2016 |
| Dinner 210th Years Anniversary |
Aku tak pernah cerita lagi ya port baru aku ni? Aku dah berpatah arang berkerat rotan dengan penjual nasi lemak yang selalu aku beli sebel...