Monday, March 9, 2009

Cuti Pelepas Tekanan



Aku tak pasti sebenarnya borang keramat yang aku dapat minggu lepas ni sebenarnya berita gembira atau berita sedih. Gembira mungkin sebab terpilih... Dan sedih sebab yurannya, mak aih... Dengan gaji aku yang tak seberapa ni, aku betul-betul sakit kepala. Up to date, aku masih tak isi apa-apa langsung lagi dalam borang-barang yang aku dapat tu. Tengoklah esok lusa macam mana pulak. Kalau teruk sangat, mungkin.. reject? Entahlah..

Bersempena cuti 3 hari ni, tambah-tambah pulak aku tak standby, sempat jugak 2 kali aku pergi trip memancing dengan colleague aku; Abang Azzahari dan Abang Rahman pada 7 Mac 2009 dan 9 Mac 2009. Boleh jugak release semua masalah yang berserabut dalam usus perut ni. Letih, tapi puas!!

Thursday, March 5, 2009

Koleksi Gambar Pilihan



Salam semua, aku dah tambah satu lagi cabang benda-benda yang selalu aku dok surf dan online. Kali ni, aku dah muatkan semua gambar-gambar pilihan aku di sini. Jadi, kalau ada murah rezeki sikit, mungkin akan tangkap DSLR dan buat macam Dave Hill pulak lepas ni (Insya-Allah) memandangkan aku takder duit asyik dok tangkap gambar pakai phone aja, kualiti dia memang sikit kureng. Tapi hairan pulak aku.. kenapa gambar makanan banyak eh? Hahahaha, memang betul la kata Husni Koboi, aku memang suka melantak makan. Muakakakak....

Tuesday, March 3, 2009

Mat Motor dan Mat Tukar Tiub



Mat Tukar Tiub
Penting mamat ni. Kalau takder mamat ni atas jalan, penat la semua orang yang bawak motor nak tolak motor ke kedai... Tambah-tambah awek lawa pulak tayar motor pecah kat jalan, mamat yang bukan kerja tukar tiub pun sanggup berenti tolong kan? Tapi kalau awek tu bawak Nouvo, Ego dan seangkatan dengan Scooter atau Mopped type.... Abang Tukar Tiub kata, boleh jalannnnnnnnnnnnnnnnnnnn da......

Dan kepada Mat Tukar Tiub yang suka taburkan paku atas jalan.... Tahniah kerana anda telah berjaya membahayakan nyawa penunggang motosikal.



Mat Motor
Kalau tayar pecah takper, boleh sabar lagi.. Tapi.. Kalau HARGA TAYAR dah melambung sampai RM84.00 untuk Dunlop TT900 Siam Mali saiz 80/80... Siapa boleh sabar..... Last sekali aku pakai Dunlop TT900 pada tahun 2006, harganya RM54-58.00 untuk sebiji tayar. Pada tahun 2007, dah naik dalam RM70.00 sebiji tayar. Tadi Pagi aku kena RM84.00. Maka sekali pasang tiub dalam, semuanya RM98.00 sekali tukar. Gila!!!! Makan Tayar la jawabnya aku bulan ni!!!

amaran:
- Bukan semua tayar boleh dibawak juga kalau pecah. Gambar atas adalah gambar sebenar yang diambil untuk perjalanan dalam 13KM (dari tengah Penang Bridge ke Bayan Baru)
- Pastikan anda mengetahui spec tayar sebelum meneruskan niat untuk tetap bawak motor dalam keadaan tayar flat untuk mengelakkan kemalangan.
- Penggunaan tayar sotong: sila berhenti dan sedekahkan aja duit kepada Mat Tukar Tiub.

RFC - Mai Sepinggen



Aku tak silap eja PINGGEN tu.. memang aku nak eja macam tu. Dulu, RADIX dengan kopi dan Mat Sallehnya dalam iklan dia sebut, "Mai Sechewenn..", Tapi kali ni, kalau dia import lagi Mat Salleh dalam iklan Restoran Radix Fried Chicken ni, mungkin kalau dia sebut, boleh jadi slang macam tu - "Mai Sepinggen..." (Aku rasalah..... Buat-buat tau...)

Pada hari Ahad, 1 Mac 2009, aku ke Sungai Petani sebab ada hal sikit kat situ, dan semestinya aku nak ke RFC, tempat yang diwar-warkan penuh dengan manusia tu. Tak dinafikan.. Memang ramai!



Aku beratur, lebih kurang 20 minit baru giliran aku nak pesan sampai, memandangkan ramai yang nak makan, aku pun order Combo Set yang ada 9 ketul ayam, 1 mashed potato (besar), 1 coleslaw (besar), french fries (kecil), 1 Radix Cola (besar) dan semestinya ada benda free satu, tak lain dan tak bukan.... 1 botol Sos Cili HPA. Hahahaaha.... Semuanya berharga.. bawah RM40.00 dan murah sikit dari KFC.

Pendapat aku sebagai peminat tegar KFC (tapi dah lama tak makan), kalau nak compare side-to-side, memang KFC menang (mulut aku).. Tapi kalau nak compare dari isu garam...RFC menang! Tak masin sangat macam KFC, ni terus terang aku cakap. Mashed potato dia pulak, rasa macam buat kat rumah, aroma mentega tu kuat dan tak terlalu 'mesin' seperti mashed potato KFC. (Aku suka mashed potato RFC, hehehe lemak berkrim). Dari segi kulit dan lemak pun RFC menang. Aku selak kulit daging ayam tu, kurang lemak berbanding daripada ayam-ayam KFC. Mungkin di sini, jelas penggunaan ayam organik seperti yang dicanangkan oleh RFC.


Tapi, sedikit 'kureng' pada Chicken Tortilla RFC. Memang nampak sangat pakai roti macam capati, sepatutnya RFC kena fikirkan roti yang lebih sesuai daripada mengunakan roti capati (liat tu...) dan isinya pulak..... sikit... tak best. Tempat makan pun kena ditambah lagi, sebab ramai sangat!!! Aku dapat tahu yang RFC dah pun membuka cawangannya di Shahab Perdana, Alor Setar dengan premis 2 tingkat (Kat Penang bila nak buka??)

Apa-apapun, RFC sebagai pesaing terbaru (dan terhangat) dalam pasaran harus memikirkan cara untuk mengembangkan lagi kualiti makanan dan servis kepada pelanggan. Aku duduk di RFC daripada lepas maghrib (pukul 8.15 malam) sampailah hampir tengah malam (11.20 Malam), dan apa yang bestnya.. Orang beratur membeli di kaunter tak putus-putus!!!! Paling sikit pun 6 orang!!!!!! Apa-apapun, satu pilihan kepada rakyat Muslim di Malaysia untuk membeli produk yang 100% halal telahpun ada. (Tokey RFC, maila bukak kat Penang pulak....)

Sunday, March 1, 2009

Taiping Bandar Warisan



Hehehehe, Dengar tajuk macam rancangan Mari Melawat Malaysia la pulak kan? Sebenarnya semalam, aku bawak orang tua aku ke Kamunting melawat kakak ayah aku yang tak berapa sihat... Sambil tu, apa lagi, jalan-jalan cari makan ler!!



Sebenarnya, orang tua aku asyik dengar orang dok cerita pasal Koey Teow Doli ni dah lama, cuma tak pernah makan. Seingat aku la, 26 tahun usia aku ni, dah beratus kali aku berulang ke Taiping, memang tak pernah makan pun kat Doli ni, hahahahah. Tapi takper, lupakan kejap semua tu, kita makan dulu...



Ayah aku order yang paling simple sekali untuk dirasa. 2 pinggan Koey Teow biasa dan satu Koey Teow Special. Dan sepanjang aku keluar makan dengan kedua-dua orang tua aku, memang diaorang ni ialah pengkritik jujur. Pernah dia cakap kat tokey kedai makan yang makanan kat kedai dia tu langsung tak sedap. Hahahaha, memang gila-gila sikit... Dan kadang-kadang, aku ngan dia pun saling tak sama pendapat bila cuba makanan yang baru. Ada yang aku kata sedap, dia kata tak sedap.. Dan selalunya memang ayah aku menang la, sebab dia memang tukang masak pun... Jadi, payahla aku nak lawan cakap, sebab point-point dia memang bagus.



Kesimpulannya, setelah 3 pendapat dari 3 kepala otak yang makan sekali pada waktu yang sama, rasa Koey Teow Goreng Doli ni...... BIASA saja.. Hahahahahah (marah orang Taiping kat aku). Fresh Orange dan Apple Juicenya... manis gula, bukan manis buah, jadi... slack sikit. Cuma tempat dia ok, dan serving dia pun ok. Pantas jugak walaupun orang dalam kedai tadi memang full house. Jujurnya, ada tempat lain yang Koey Teownya lebih sedap.




Bagi mengubati kekecewaan tak dapat rasa benda sedap, orang tua aku ajak cari Sotong Kangkung/Yong Tau Fu Taiping yang dah dekat 10 tahun dia tak makan. Jadi, apa lagi.. Food Court Padang Sarkas la jawabnya (nama yang sememangnya buat aku gelak tiap kali datang Taiping sejak dulu). Jenuh pilih Yong Tau Fu kat sini sebab semua kedai jual benda yang sama. Cuma duduk dan makan jerlah jawabnya. Aku ni bukanlah peminat Yong Tau Fu, tapi bila aku tengok licin dalam pinggan, maksudnya... OK la tu pada mulut orang tua aku. Yang ni aku tak nak komen sebab aku bukan hantu Yong Tau Fu (aka steamboat/cucuk-cucuk).

Thursday, February 26, 2009

Antara Rock, Kapak dan Kangkang



FACT NO#1
"Apa itu rock kapak? Ia bukanla satu genre music dimana siapa yg menyanyikannya harus menggenggam erat sebilah kapak,samaada kapak siam atau kapak conan the barbarian,malah bukanlah muzik yg dimainkan oleh ahli2 Kesatuan Penebang Pokok Berkapak (KAPAK) Rock kapak umumnya adalah jolokan kepada muzik rock yg dimain kan oleh kumpulan rock melayu sekitar 80-90′an,era Battle of The Bands, Box Office Ali Bakar, Muzik Muzik (dihoskan oleh Azwan Ali dgn rambut remosnya, dan Chairmaine Augustine), satu era yg di imortalisasikan oleh Mamat Khalid dalam filem box-officenya, ROCK. Tika itu, cita2 anak muda adalah untuk menjadi rekording artis,hence ramai dari mereka bersungguh belajar main gitar,bela rambut, belajar pakai seluar jeans/pvc/kulit ketat, kasut hitop (especially jenama ALIPH).sebarang apparel yg bercorakkan belang rimau amat popular di kalangan rockers2. tika itu avenue untuk mereka menunjukkan bakat mereka adalah di funfair,ekspo,dan pertandingan seperti BOTB. Kumpulan2 ini termasuklah nama2 yg glamer seperti Search, Lefthanded, MAY dan banyak lagi nama yg telah ditelan zaman seperti Sofea, Desire, SYJ, Rusty Blade, Junction, Bloodshed dan Handy Black.Mereka ini byk diinfluence oleh western band seperti motley crue,scorpions,glam rock kebanyakannya, and sesetengah yg ada influence metal sikit. Aku admit,aku pernah meminati band seperti ini. tapi after masuk koleq, kenal band omputih,maka sikit2 hilangla semangat rock kapak aku. in fact aku ingat,assumption aku it’s not cool to listen to malay songs back then. masa f2,aku ingat lagi aku sorok2 beli kaset search Gema Di Timur Jauh,janggal sungguh duduknya dikalangan kaset2 lain yg mostly nirvana dan band era grunge yg lain. And these last few weeks i’ve experienced a revival. bukan kerana filem ROCK, in fact aku baru je tgk vcd dia kelmarin,after revival ni bermula.it all began when aku stumble upon website legendarockonline,situ byk gila info,gambar2 band..and aku pun mula terkenangkan kaset2 rock kapak aku yg dah hilang,so aku pun berazam nak cuba cari apa yg dapat. pencarian aku membawa aku ke campbell,dan aku berjaya mendapat 2 album yg besar nostalgianya pada aku, Desire -Sumpitan Senja & Desire - (-+x÷).Nostalgia gila!!Dan dua2 album ni hangat berputar kat radio aku (kalau student aku dgr mesti pelik gila!).Walaupun aku tak dapat kaset original,tapi CD-R,tapi aku rasa kagum dgn usaha towkay tu copy dari kaset ke cd dgn professional equipment,which means crystal clear sounds which could last for some time (compared to casette)and aku pun boleh rip dlm Sony NW HD-5 aku. You know,surprisingly lyrical issue time tu byk juga yg unsur agama,nasihat,etc. Album (-+x÷)contohnya,memuatkan lagu Benar Tetap Benar, a tribute to the Palestinian struggle. Ada juga lagu yg menyebut pasal iman,ketuhanan dan sebagainya. Lagu jiwang pun tak la meleleh sangat, ala Eddie Hamid. Satu lagi yg buat aku kagum is their musicianship.walaupun ada dgr riff cedokan dari metallica,slayer dan sebagainya,at least diorang sendiri yg main,bukan sessionist. tak macam band2 sekarang yg tangkap muat.dapat singer suara ok,muka jambu sikit cukupla. kalau konsert takyah bawak whole band pun. so tujuan utama aku tulis berjela ni,nak find out if sesapa yg ada simpan kaset/cd lama2 yg masih elok,bagitaula aku. kot2 ada yg aku tgh cari. and if sesapa nak share experience pun silakanlah. tak malu pun mengaku ko minat rock kapak dulu.standardla time tu. lastly,sesapa minat dgr radio,bukaklah selangor fm 100.9 hari selasa dgn sabtu 10pm-12pm,rancangan retro rock, kalau nak layan nostalgia." - MCKK 9498



FACT NO#2
"Rock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya.

Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rock yang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin. Apa itu heavy metal rock? la adalah salah satu dari cabang muzik rock yang lebih aggressive lagi dari yang sedia ada. Muziknya bingit, cara nyanyiannya menjerit-jerit dan peratus besar dari lagu-lagunya rancak 'gila-gila' mengikut istilah anak-anak muda. Kelihatannya muzik jenis ini menjadi pilihan anak-anak muda dewasa ini. Nama-nama kugiran seperti Iron Maiden, Scorpions, Def Leppard, Dio, Quite Riot dan sebagainya begitu popular kini, lantaran muzik heavy metal yang mereka bawakan itu disenangi generasi baru. Selain dari heavy metal, terdapat banyak lagi cabang muzik rock seperti hard rock, slow rock, jazz rock, blues rock, country rock dan lain-lain sehingga ada pula istilah 'komersial rock'.

Malangnya, di tengah kepopularan muzik jenis ini, rock sering benar dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuhmahan dan tuduhan dilemparkan ke arahnya. Apa puncanya? Tak lain kerana situasi muzik ini yang bingit, diiringi dengan gaya persembahan yang agak liar! Seperkara yang paling 'koman' ialah rock sering dikaitkan dengan najis dadah.... musuh masyarakat paling durjana!! Salahnya jatuh kepada para pemuzik rock sendiri. Seantero (seluruh) dunia telah sedia maklum bahawa pelopor-pelopor muzik rock iaitu kesemua ahli anggota The Beatles dan Rolling Stones adalah para penagih najis dadah...!! Mereka inilah yang harus dipersalahkan kerana telah mengimejkan muzik rock dengan najis-najis dadah sedangkan muzik rock sendiri tidak memerlukan tabiat sebegini buruk!

M. Nasir pernah berkata, "Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat." Timbul kini suatu pertanyaan, mengapakah setiap kali bila akan diadakan sesuatu konsert rock, maka pasti terdapat bantahan dari segolongan masyarakat; Tak lain kerana muziknya yang bising dan gelagat anggota pemuziknya yang pasti liar ketika di atas pentas. Tetapi perlu disedari bahawa inilah apa yang dinamakan 'rock'.

Ramli Sarip ketika diminta pendapatnya berkata, "Setiap jenis muzik itu ada gayanya sendiri, seperti dikir barat, boria, pop, dondang sayang, semua ada gaya persembahannya yang tersendiri, begitulah juga dengan rock. Kalau orang kata dengar lagu rock mengkhayalkan, lagu sentimental yang mengisahkan cinta juga ada masanya lebih khayal sampai boleh hangit nasi di dapur. Cuma rock tu agak keras sedikit. Bagi saya, seseorang yang gemarkan sebarang muzik atau apa saja yang dipersembahkan kepada mereka, jika tidak terlalu memudaratkan, tidak perlu dilarang keras." Oleh yang demikian, seandainya ada saranan dari mana-mana pihak untuk menyekat konsert-konsert rock di sini rasanya adalah suatu saranan yang berat sebelah. Mereka mendakwa penonton konsert rock tak sedar diri, menari terkinja-kinja, menjerit jerit, membuka pakaian dan sebagainya. Bagaimana pula dengan penonton bola sepak? Mereka juga menjerit-jerit tak sedar diri, membuka pakaian, malah lebih dahsyat lagi pemah terjadi pergaduhan hingga roboh stadium dan mengakibatkan kematian! Haruskah pertandingan bola sepak juga disekat sama seperti konsert rock? Kini, sedunia telah menyedari kecelakaan najis dadah.

Para pemuzik rock kini sedang berusaha membersihkan muzik rock dengan hakikat 'rock tanpa dadah'. Anggota kugiran Van Halen mengepalai kugiran-kugiran heavy metal yang lain-lainnya dan memimpin mereka ke jalan ini.... rock tanpa najis dadah! Bagi para pemuzik rock di dunia sebelah timur, hakikat muzik rock tanpa najis dadah amat disenangi dan bersesuaian dengan matlamat hapuskan najis dadah musuh negara!! Sebetulnya muzik rock itu bersih, sebersih muzik-muzik lain seperti dangdut, ghazal, asli, boria dan sebagainya. Cuma kelakuan sebilangan pemuzik rock yang telah mengotorinya dengan najis dadah. Para pemuzik rock kini bersama berganding bahu berusaha membersihkan nama rock yang telah lama tercemar itu. anusia lebih senang dengan ketegasan dan kehangatan yang dapat menyaingi mereka dalam setiap arus pergolakan. Mereka tidak punya masa lagi untuk hanyut dengan lagu-lagu sentimental (jiwa-jiwa) yang mengkhayalkan dan membuai perasaan...." - Nas Ahmad © 15 Ogos 1990 URTV. Artikel dari Muzik Rock


FACT NO#3
"Biasanya bila disebut tentang muzik, ianya lebih banyak dikaitkan dengan anak-anak muda. Tapi ini tidak bermakna orang-orang tua tak minat langsung mendengar muzik atau mengikuti perkembangan dunia muzik sama sekali!

Anak-anak muda yang meminati muzik pula berbagai kategori. Ada yang lebih senang menikmati lagu-lagu yang muziknya sentimental dan mendayu-dayu. Pokoknya, bila mendengar irama yang begini, hati dibuai rindu! Malah ada yang mengalirkan air mata bila mendengar lagu-lagu yang mempunyai cerita di sebaliknya. Maka golongan inilah yang dinamakan Mat Jiwa-jiwa dan Minah Jiwa-jiwa. Biasanya golongan begini sedang diamuk cinta dan lagu-lagu berirama sentimental cepat menyentuh perasaan. Maka inilah dia golongan yang meminati lagu-lagu berirama pop termasuk dangdut. Sekiranya ada pertunjukan yang menampilkan penyanyi-penyanyi seperti Sudirman, Noorkumalasari, Sharifah Aini, Noreen Noor, Fauziah Ahmad Daud, Jamal Abdillah dan ramai lagi artis-artis pop, maka golongan di ataslah penonton utamanya. Biasanya golongan ini tidak terlalu 'menggila' bila menonton pertunjukan pop kalau dibandingkan mereka yang menyaksikan pertunjukan rock!


Paling tidak, kalau penyanyi pujaan mereka muncul dengan lagu kegemaran mereka, maka mereka naik ke pentas menghulurkan sekuntum mawar merah atau cukup sekadar bersalam. Tepukan silih-berganti dan kalau penyanyi lincah seperti Ogy, Noreen atau Sudir menyampaikan lagu 'hot', mereka mengambil masa juga untuk naik ke pentas menari bersama. Bagi yang ingin mencari ketenangan jiwa, maka pertunjukan pop adalah sesuai. Anda dinasihatkan jangan sama sekali mencari kedamaian hati dengan menyaksikan 'rock show'!


Paling ketara, muziknya kuat bagaikan nak pecah anak telinga! Alat-alat muzik semuanya heavy metal dan suara penyanyinya tenggelam dek muzik yang kuat. Showmanship penyanyi dan pemain muzik benar-benar bagaikan dirasuk. Melonjak, melompat, menggeliat, menjerit dan macam-macam gaya yang membuat mata anak muda terbeliak!


Pokoknya mata yang mengantuk terus celik. Bagi yang memang kaki rock, hai! hai! hai! Memang tak senang duduklah. Kaki sentiasa bergoyang, tangan turut melambai, malah kalau yang dah terlalu menggila sangat tu, terus melompat ke pentas dan menari bersama si penyanyi.


Kita boleh kenal dengan golongan yang meminati muzik rock dari segi pakaian dan juga rambut. Mereka bukanlah golongan Mat Smart, tapi cukup selesa dengan jeans lusuh, Kemeja-T yang terpampang bermacam-macam gambar kumpulan rock dengan perkataan yang 'bergegar' serta fesyen rambut yang kusut masai dan terjuntai sedikit di hadapannya.


Kumpulan muzik rock tanahair yang kini mendapat tempat di hati peminat-peminat rock terdiri dari Search, Lefthanded, Sweet Charity, Blues Gang, Headwind, Kumpulan SYJ dan beberapa kumpulan lagi. Penyanyi rock yang diminati masa kini pula terdiri dari Ramli Sarip, Ito Mohammad, Amy, Amir dan beberapa orang lagi. Mereka digelar 'Rocker'!


Bagi anda yang berjiwa sentimental, anda tidak akan senang melihat telatah dan gelagat 'kutu-kutu rock'. Mereka menjerit sekuat hati dan tidak mempedulikan langsung keadaan sekeliling. Mereka mabuk dengan irama rock yang bingit dan sekira si penyanyi membawa lagu yang kurang dengan irama rock, maka mereka akan menjerit: "We want rock! We want rock!" - Norbaya Musa © 15 Julai 1986 URTV. Artikel dari Muzik Rock

Gambar Cover Mengangkang adalah dari Nasryzal 'Demonic'
Gambar adalah sekadar gambar hiasan/gambar sengal
Tiada kaitan antara yang masih hidup dan yang telah mati
http://demonic.fotopages.com/
Sedia mengambil tempahan gambar kenduri kahwin, majlis dan konsert
Gambar-gambar lain ialah dari www.muzikrock.com

Wednesday, February 25, 2009

Shit Happens.



Selalu kita dengar frasa tu dalam internet takpun, dalam wayang Mat Salleh.

Hari ni, benda tu jadi kat kami dan aku. Jadi kat kami tu, sebab ada malaun mana ntah (sikit kasar bunyinya, tapi paling sesuai) yang dah mencilok harta benda TM, yang akhirnya menyebabkan sistem yang kami jaga tu, down abis. Dahla isu streamyx pun tak abis-abis lagi, benda ni pulak yang jadi. Hari ni, 4 tempat mengalami kecurian, kemarin, 1 tempat. Maka, total customer yang terlibat ialah lebih kurang 200 customer. See? Benda-benda macam ni la yang dok buat kami pening dan customer pulak, merungut. Well, customer is always right. Kepada customer-customer yang terlibat tu, harap bersabar sementara kerja pemulihan dijalankan.

Lepas tu, tengah aku asyik snap gambar kes kecurian ni, apa punya malangla aku terpijak tahik hanjeng, melayang RM18.00 beli selipar baru... Well, shit happens.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...