Monday, August 7, 2023

Kelas Demokrasi - Rakyat Adalah Boss oleh Fahmi Reza

Siapa kat Facebook ni tak kenal dengan Fahmi Reza maksudnya dia memang tak ambil port langsung pasal politik kat Malaysia ni. Aku boleh simpulkan benda tu saja.

Enamel pin "Kelas Demokrasi" ni aku beli dari Fahmi Reza sendiri dari FB dia. Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum Pilihanraya Negeri. Fahmi waktu PRU-14 yang lepas sudah giat mengadakan siri Kelas Demokrasi di platform Tik Tok dan untuk PRN kali ni, dia banyak membuat siri Kelas Demokrasi secara fizikal di tempat-tempat terpilih.

Kelas Demokrasi yang Fahmi Reza buat ni pada aku sangat berfaedah, neutral dan bermanfaat. Walaupun pandangan politikal Fahmi dan aku bagai langit dengan bumi, aku tak dapat menafikan Kelas Demokrasi tersebut sangat neutral dan orang putih selalu kata; educational purpose.

Aku tak peduli, enamel pin ni aku rasa cantik dan aku perlu beli buat koleksi. Kelas Demokrasi tu sangat sesuai untuk mereka yang tak faham sistem demokrasi negara kita ni berjalan macam mana, Fahmi Reza ajar memang guna bahasa orang kebanyakan atau laymen term. Bolehla cari di TikTok.

Wednesday, August 2, 2023

Larian Langkah Pertama


Rasanya siapa yang friend dengan aku di FB mesti tak hairan dengan posting aku pasal larian ni. Aku dah mulakan larian ni sejak 2019 (kadang-kadang) dan bermula serius sejak 2020.

Paling serius dengan larian adalah pada zaman pandemik Covid-19 di mana 100% hari kerja adalah di rumah. Aku dapat menumpukan/memberi ruang masa yang cukup untuk berlari sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja.

Pada 2022 bermulah zaman Pandemik di mana sektor perkerjaan beransur-ansur kembali normal dan majikan 'hilang ingatan' betapa efektifnya produktiviti dan Key Happiness Index para pekerja yang boleh kerja di rumah ni. Aku tak terkecuali di mana walaupun majikan membenarkan kerja secara 3+2 iaitu 3 hari di pejabat dan 2 hari di mana-mana (flexible), aku dah mula masuk ke pejabat dan masa untuk aku berlari semakin padat dan kurang (kerana faktor travelling ke tempat kerja).

Tahun 2023 adalah kemuncak aku meninggalkan terus larian ni. Hampir sebulan sekali takpun 2 bulan sekali baru teringat nak berlari. Akibatnya, badan lesu dan lemau. Nak buat apa-apa kerja pun cepat pancit dan tak bertenaga. Wife dah banyak kali suruh aku start balik lari dan harini aku try semula.

Disebabkan dah lama tak lari, fitness aku dah hilang 100% dan aku yang biasanya lakukan larian minimum sebanyak 5KM, terasa nak habiskan 1KM pun sangat seksa harini. Masuk KM ke 1.5 macam tu, aku dah rasa pedih dada. Ni petanda aku kena stop dan tak boleh paksa diri dah. Aku berjalan pelan-pelan dan teruknya di finishing line, 3KM pun tak sampai. Harapnya aku start balik ni dapat kembalikan semula rutin 5KM per run selepas ni.

Balik rumah, recovery punya hal bukak periuk nasik, panaskan dengan Sambal Nyet Khairul Aming dan tibai dengan ikan termenung belah belakang. Memang total failure la hari ni!

Thursday, July 6, 2023

Statement Langsuir 2023


Disebabkan statement ini telah di paparkan kepada umum di page FB Langsuir, maka aku letak dekat sini untuk rujukan online pada masa akan datang. 

Saturday, June 24, 2023

Mimpi Ngeri Collector

Hari ni aku ada ubah barang-barang dari tingkat bawah naik ke man cave aku; audio room.

Masa nak susun-susun barang tu, aku ada perasan benda 'off' sikit dekat LP-LP yang aku bawak naik. Aku perasan macam ada kulat/lumut. Ah sudah, bila tengok betul-betul, lebih kurang dalam 10 LP kantoi bahagian bawah bekas kena air. Ni semua punca dari bumbung bocor la ni haritu kat bilik bawah. Aku tak perasan rupanya bocor tu air meleleh sampai ke lantai dan semua LP aku ada kat lantai tu.

Antara LP yang terkesan adalah Best Of Wings ni dan Ella USA. Habis barai cover LP dia. Rekod tu ok boleh main. Yang tak tahan, Yngwie Malmsteen - Blue Lightning yang dalam shrinkwrap pun rosak sebab ada lubang dekat shrinkwrap tu. Salah satu lagi ACDC Power Up ada kena juga tapi yang ni tak terkesan sangat.

Alang-alang tengah membuka, aku buka kejap boxset CD Scorpions, Return To Forever. Alahai abis USB drive dia ni sebab material dari getah. Melekit-lekit jadinya sebab lama dalam kotak tu. Adoilaaa..... Tak guna simpan sebab akhirnya dia makan diri, self destruct sebab tak pakai. Rasa terkelu juga bila tengok barang-barang kesayangan ni rosak. Mula-mula agak nak panic attack, tapi berjaya tenangkan diri dengan; semua benda ni dunia ja dan pasti akan berakhir termasuk aku sendiri yang bila-bila masa ja boleh mati.

Haaaa dia punya tarbiah dekat diri sendiri tu sampai terus tak jadi nak frust melampau sebab barang rosak. Insaf terus.

Monday, May 29, 2023

Era Masalah Pertengahan Usia Bermula


Alhamdulillah, tiada apa apa yang dapat aku ucapkan melainkan syukur pada Allah yang memberi aku peluang dan kesempatan sehingga usia aku menginjak ke 40 tahun, hari ini.

Terus terang cakap, memang aku rasa takut. Perasaan ini tidak muncul pada injakan usia ke 20 dan 30 yang lepas. Langsung tiada. Kali ini, aku mula dah rasa takut bermula lebih kurang 6-7 bulan lepas. Rasanya macam sekejap betul, tiba-tiba dah sampai 40 tahun. Takut tu bukan sebab apa, tapi usia 40 tahun ini disebut di dalam Al-Quran dan rasanya dah banyak ceramah agama berkaitan dengan umur 40 tahun ini telah berjalan. Kalau selama ini amal ibadat tersusun baik takpalah jugak, ni rasanya lompong banyak betul.

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Semoga usia ini akan memberikan aku satu ketenangan hidup dan semoga taubatku diterima. Amin.

Wednesday, May 17, 2023

Selamat Tinggal Facebook

Apa perasaaan hangpa bila memulakan hidup seperti biasa dan nak bersosial secara maya ni tiba-tiba dapat mesej macam ni?

Untuk yang tak berapa aktif di media sosial mungkin takkan rasa apa-apa tetapi ini adalah kisah hidup aku....

Facebook kena disable tu aku boleh lagi rasa tak panik, tapi dua tiga hari lepas kejadian FB aku kena disable dan dekat opis aku nak check email (Gmail) aku dan dapat mesej yang password aku dah ditukar ni buat muka aku bertukar jadi warna biru!

Ini disebabkan profile email aku yang terlibat ni adalah profile utama dalam banyak-banyak email yang aku ada dengan Gmail ni. Terus jadi masalah besar.


Gambar di atas adalah kronologi yang jadi selepas aku berjaya recover balik akaun Google aku tu. Segala persoalan pasal 2 Factor Authentication memang kantoi habis dan tak valid untuk ditanya bila tengok apabenda si hacker ni buat dekat akaun aku. Suspek utama adalah PC aku dah kena backdoor dan ada keylogger installed dalam tu. Jadi mudah kerja dia untuk teka password aku.


Menambah garam di luka adalah YouTube MamuVinyl aku turut kena disable. Ni betul ibarat jatuh ditimpa tangga kemudian ada benda lain jatuh atas tangga tu kemudian kena pada aku.

Segala kenangan video aku di YouTube sekarang ni habis macam tu saja dan untuk Facebook pulak, segala post dan gambar kenangan sejak 2007-2023 bersamaan 16 tahun lenyap macam tu saja. Terduduk juga aku dibuatnya.

Aku try buat profile FB baru (sebenarnya ada aku buat backup profile, jadi dah ada friend sikit dalam tu) dan try add semula kawan-kawan, tapi nampaknya susah untuk kawan-kawan yang dah level influencer untuk accept bila friendlist mereka dah lebih 5000 orang dan follower sampai tahap berpuluh ribu orang. Senang cerita, feel ada profile FB ni dah tak sama dengan profile asal.



Sekali kena tegur macam ni pulak kan. Terus sel otak berhubung; kalau profile aku dah hilang sebab kena disable pun orang tak perasan dan cari, inikan pula kalau aku mati, lagi orang tak peduli pun sebenarnya kan?

 

Saturday, May 13, 2023

Life Begins At 40

The saying "life begins at 40" has been around for centuries, but what does it really mean? Does it mean that we finally have our lives together by the time we reach our 40s? Or does it mean that we are finally free to live our lives the way we want to?

There is no one answer to this question, as it is different for everyone. However, there are some common themes that emerge when people talk about life in their 40s.

One of the most common themes is that people in their 40s feel more confident and self-assured than they did in their 20s or 30s. They have more experience under their belt, and they have a better understanding of who they are and what they want out of life. This can lead to a sense of freedom and empowerment that was not possible when they were younger. 

Another common theme is that people in their 40s are more focused on their health and well-being. They may have more disposable income to spend on things like fitness classes, healthy food, and travel. They may also be more motivated to take care of their health, as they are starting to realize that their bodies are not as young as they used to be.

Finally, people in their 40s often have a stronger sense of purpose than they did when they were younger. They may have children or grandchildren who they are raising, or they may be pursuing a career that they are passionate about. Whatever the case may be, they have a sense of direction and meaning in their lives that was not always there before.

So, what does it mean that life begins at 40? It means that we are finally free to live our lives the way we want to. We have the experience, the confidence, and the resources to make our dreams a reality. We are no longer held back by the fears and insecurities of our youth. We are ready to take on the world and live our best lives.

If you are turning 40 or are approaching 40, don't be afraid to embrace this new chapter in your life. It is a time of great opportunity and possibility. So go out there and make the most of it!




Tahniahlah kepada yang baca sampai habis. Aku generate entry ni guna AI ja. Dunia semakin moden dan boleh cater manusia pemalas macam aku. Hahahha!

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...