Sunday, February 3, 2008

Memancing Pada Air Mati

Aku dah 5 tahun tak pernah memancing di belakang rumah aku nih. Sebab ikan yang nak dapat pun tak best... Duri dan Pedukang. Lagipun air Sungai Perai ni macam dah tercemar sikit. Sungai Perai dekat belakang rumah aku ni sebenarnya dalam kategori kuala, jadi air dia payau. kalau 10 tahun lepas, bolehla dapat ikan Sembilang ngan Siakap kat sini, tapi sekarang ni payah. Belanak pulak takleh nak buat umpan sebab besar-besar. Hari saja aku test power sungai ni sejak sekian lama aku tak memancing di sini. Korang teka la ikan apa yang aku dapat pagi tadi ni. Hahahahhahaha... Janji besar!!!!


Wednesday, January 30, 2008

Kembali Ke Ganggang

Hari ni lepas balik keja, aku buat sesuatu yang mungkin korang fikir pelik.. Hehehe, sebenarnya, hari ni aku sambar Gitar Kapok. Walaupun aku dah pernah ada 2 gitar jenis accoustic dan satu classical, yang tu tak menghalang aku untuk amik gitar yang aku terlepas beli dulu... Gitar Kapok. memang la gitar yang aku pakai sekarang (Starsun) kualitinya jauh lebih tinggi dari Kapok, tapi ntahlah, aku pun tatau nape aku amik Kapok ni lagi. Mungkin sebab teringin... atau bunyi BASS dia kuat dan sedap? tapi nak tuning, yarabbi punya payah. Aku tadi lepas beli kat kedai, siap suruh apek tu bungkus dengan paper cina, sebab aku taknak mak ngan abang aku bising. Yerlah, main tak macam Steve Vai pun, memekak je dalam bilik, tapi gitar sampai 2-3 bijik, sape tak bising.... Tapi ntahlah, aku pun tak dapat explain dengan jelas mengapa aku nak sangat gitar ni.

Bukak jer packaging tu, aku pun try la tune, tapi betul memang payah, tak dapat-dapat. Asyik sumbang jer bunyi. betul la kata orang, kalau tak pernah pegang gitar, Kapok is the best, tapi kalau dah pernah pakai gitar yang mahal, confirm Kapok ni taknak tengok dah depan mata. Takpe.. Mungkin yang ni sebagai koleksi jer untuk aku gantung dalam bilik. Hahahahahahahah

Monday, January 21, 2008

Gig oleh Melastik Bintang


Band dari Taiping Darul Hujan ini akan mengadakan gig di tempat dan tarikh-tarikh berikut:
26 Januari 2008 - Taiping at De Palace
14 Januari 2008 - Ipoh Town
15 Februari 2008 - UITM Sri Iskandar
Kemungkinan bulan Ogos - Unisel KL

Untuk sedikit maklumat, band ini dianggotai oleh Apex-Vocal,Ariel-1st Guitar/Lead, Ehsan RainHouse Studio-2nd Guitar, Abdul Karim-Bassist, Yoi-Drummer/Stomper/Wedding Crasher (hehehehe ni aku saja tambah...)

Seperti biasa, band ni macam jump into the wagon seangkatan dengan Sofaz dan meet Uncle Hussein... Maksudnya ada influence lagu Indonesia. kala nak dengar sample, bolehla melawat di http://www.myspace.com/melastikbintang

Akhir kata kepada sahabatku si drummer Melastik Bintang..... Jangan lupa diri bukak-bukak baju atas stage bila dah femes nanti.... hahhahahahahahaha.

Sunday, January 20, 2008

Apa Yang Best Minggu Lepas




Sebenarnya takde apa sangat yang best minggu lepas. Aku kursus jer. Yang paling tak best sebab aku ke KL dalam keadaan tak ready dan poket aku kering kontang. Dahlah kursus sepatah haram aku tak paham. Aku fahamkan yang betul-betul penting dan related dengan skop keja aku jer, yang lain-lain tu, ehem-ehem boleh kirim salam la jawabnya...

Tapi nasib baik la dalam boring-boring tu, member-meber forum berceretek kat KL ni. Geng-geng rojak.org (sekarang teruja.com) masih idup lagi rupanya. Ni adalah geng-geng yang menyelamatkan aku dari mati kebosanan kat KL ni dengan kepala hotak diaorang yang gila khinzir. Hahahahah


Okey, untuk group dari rockapak.org yang aku baru join tak sampai setahun ni, lain pulak ceritanya. Alhamdulillah, dengan dioarang ni semua, bertambahlah lagi kawan-kawan dalam hidup aku ni. Tambah pulak dari diaorang jugakla aku dapat jumpa dengan geng-geng multiply yang lain. Macam biasa la, kalau jumpak mesti ada TT Session (macam mini-gath la). Tak kira walaupun 2 orang jerk, janji layan kepala otak boleh masuk, kira on....
Untuk sekelian kalinya, aku dapat jumpak MasterComp dan Tolyn (ex-guitarist Dayana) dan bila dah jumpak, ape lagi... Jadi macam budak sekolah la aku. Mulut tak berenti tanya macam-macam especially dekat Tolyn. Yelah, bukan senang nak tanya orang yang arif dalam gitar ni. Budak-budak baru nak naik lagi hampeh, baru boleh main riff MCR sikit dah belagak sombong tak hengat dunia. Hahahahahahaha. Dengan terjumpanya Tolyn dan dua-tiga jawapan dan tips-tips 'live' yang aku dapat dari Tolyn sendiri. Hohohohoh aku jugak dapat pick Big Stubby dari Tolyn... Huhuhuhuhuhuh selamat RM3.00!!! :-p Nasib baik dok tanya MasterComp macam-macam dia tak hadiahkan LP Player satu kat aku.... Kalau tak, mau tak balik Penang aku... Hahahahahahha. Apat!!! Ni plak selalu aku communicata kat YM ngan Youtube jerk.. Aku rasa untuk segmen gitar kapok, Apat ni la makhluk paling aktif kat Malaysia upload lagu baru.



Dalam round punya round. Benda yang paling buat aku sakit ati ialah bila aku masuk kedai guitar. Sakit atilah sebab duit takder ha.... Tengok Gibson Les Paul harga sampai RM27,000 memang boleh membuatkan aku demam (ni nak demam dah ni). Lepas tu punyala sakit ati bila tengok Santa Cruz punya LP harga RM550 jerk. Yelah, kalau buat decal mod sket, takder sapa tau sebenarnya yang ialah Santa Cruz (kalau tengok dari jauh la).

Apa pun, tqvm kepada warga rockapak.org dan teruja.com sebab minggu lepas memang dah bertukar jadik best!!!!!!

Tuesday, January 15, 2008

Boycott!!!!

To all my friends and contacts:
Multiply makes its money through advertising. As people click on pages and links, Multiply gets money from the advertisers' links and ads that are displayed on your pages.

There is a movement afoot to boycott Multiply for one entire day, that being this Friday, January 18th. This is to protest the recent changes made to forbid the sharing of music and also the limiting of music uploads. I am a customer as are you all. We deserve to be treated with respect.

While I understand that Multiply has a right to conduct its business as it sees fit, the manner in which it has made the changes is very poor customer service and frustrating to those of us who have invested many hours setting up our sites.

Let us send a message to Multiply: disregard us and we will affect your business model. We are your customers whether you want to treat us that way or not.

I will not be on next Friday from 12:01 AM to 11:59 PM (at a minimum). Would you care to join me?

(And for those who live in a different time zone, just use your own 12:01 AM to 11:59 PM. Let's make it go round the world.)

Sunday, December 23, 2007

Wings @ Pesta Sungai Nibong, Penang

Setelah hampir 2 jam aku tersangkut di Penang Bridge, akhirnya aku sampai tepat pukul 8.55 di entrance Tapak Pesta Sg. Nibong. Sampai aja kat pesta, senior aku iaitu DJ Roslin (emcee pesta) pun datang borak ngan aku dan tak disangka-sangka pulak dia bawak aku jumpak in-person ngan Wings members (kecuali Joe sebab dia datang lambat). Aku pun tatau berapa lagu yang Wings main semalam, yang aku ingat, Ranggi Metropolis, Jerangkung Dalam Almari, Misteri Mimpi Syakilla, Semalam Yang Hangat dan 2-3 lagu apa ntah.



Akhirnya setelah 2 kali impian aku nak ke Planet Hollywood tengok showcase diaorang tak kesampaian, semalam tu macam dream come true pulak, dah tu, duduk melepak atas stage, sebeleh Joe pulak. Pergh puas gila aku!!!!! Masa memula tu, nampak macam ada technical glitch sikit bila joe mengadu kat crew diaorang yang sound system ada problem sikit, dan lepas problem tu fix, apa lagi... Naik syeikh la Joe goreng berapi-api gitar dia. Hehehheeh bukan senang nak tengok Joe goreng depan bijik mata.... dan jugak tengok dia tersilap tekan pedal, tersilap tekan string masa tengah goreng dan.... tengok dia berpeluh-peluh (sebab masa memula tu, kipas blower tu tak dihalakan kat dia, dihalakan kat aku!!!! Hahahahhahahaa)

Aku terkilan gila sebab aku tak bawak digital camera/camcorder, sebab aku budget nak tengok macam crowd lain, tapi rezeki yang tak disangka-sangka membuatkan aku berada atas stage (Heheheheheh TQ Bro DJ Roslin). Dan yang paling aku tension sebab aku susah payah bawak poster dari rumah, ingatkan nak suruh diaorang sign autograph sikit, tapi masa mula-mula aku duduk sebilik ngan Awie, Eddie ngan Black, Joe tak nampak batang hidung lagi pun... Dia datang jer, terus perform atas stage.


Kecewa punya pasal, aku sambar beli cap Wings logo gold tu dengan harga RM20.00 seketul, dan brader kat meja tu hadiahkan kat aku badge Wings satu (sebab dia kesian kat aku kot.... Wings tanak sign autograph aku). Hahhahahahaha. Malam tu jer aku dapat tengok konsert sebab hari-hari yang akan datang, dah semestinya aku sibuk ngan keja......

Lepas show jer, kami bertiga terus ke Batu Feringghi memancing dan dapat la ikan gelama 2-3 ekor, dan sekarang, tepat pukul 6.45 pagi, aku baru sampai rumah da!!!!

Saturday, December 15, 2007

Sessi Lawatan Banjir Di Pahang

Aku berjaya menghabiskan 1 annual leave aku dengan 'gatal kaki' nak ke Pahang. Takder apa yang best melainkan tengok banjir sampai tahap pucuk pokok kelapa sawit.. Aku terperangkap jap kat Kuantan sebab jalan -Bentong-Raub-Benta-Jerantut-Temerloh (satu-satunya jalan selepas highway Lanchang-Temerloh ditutup) turut dinaiki air pada hari Jumaat. Dengan makanan yang tak best sebab manis-manis, aku pulang dari pahang dengan letihhhhh gila rempah kari alagapas. Pengajaran untuk korang semua, jangan la gatai nak ke tempat banjir kalau ada yang terkena banjir. Dan akhirnya aku dapat jugak makan nasik kandar banjir kat area rumah aku sendiri. No place like home.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...